Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 15 Oktober 2017

Ini Penjelasan Mufti Wilayah Isu Sokong Himpunan 'Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi'.

Pada 12 Oktober lepas terdapat pihak yang menyebarkan satu poster yang membabitkan Mufti Wilayah, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yang dikatakan telah menyokong perhimpunan pro pembangkang, 'SAYANGI MALAYSIA HAPUS KLEPTOKRASI' yang berlangsung semalam.

Berikutan tularnya poster tersebut dan mendapat perhatian ramai netizens yang tertanya-tanya apakah Mufti Wilayah kini menyokong pembangkang maka satu jawapan rasmi telah dikeluarkan oleh pihak Mufti Wilayah untuk merungkai persoalan tersebut.
Berikut adalah kenyataan rasmi dari pihak Mufti Wilayah;
PENAFIAN PENGLIBATAN DALAM PROGRAM "SAYANGI MALAYSIA HAPUS KLEPTOKRASI"
1. Kami menerima kiriman poster ini sebentar tadi daripada seorang netizen yang bertanyakan tentang penglibatan Mufti Wilayah Persekutuan dalam program ini.
2. Kami menafikan sekeras-kerasnya penglibatan kami samada atas kapasiti peribadi atau jawatan Mufti Wilayah Persekutuan dalam program ini.
3. Kami menghormati hak kebebasan bersuara di Malaysia, namun berpendirian untuk kekal tidak memihak kepada mana-mana parti politik atas kapasiti Mufti Wilayah Persekutuan. Justeru, tindakan membuat poster ini dan menyebarkannya tanpa usul periksa adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab.
4. Semasa program ini dijalankan, kami berada dalam penerbangan daripada Labuan ke KLIA 2 selepas menghadiri program di sana.
5. Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk lebih berhati-hati dan menyelidik hal yang belum dipastikan lagi. Media sosial hendaklah dimanfaatkan dengan baik dan sewajarnya untuk tujuan yang bermanfaat.
6. Semoga Malaysia akan terus aman damai di bawah lembayung pemerintahan D.Y.M.M Yang Dipertuan Agong Sultan Muhammad V
Akhukum fillah
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...