Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 18 Oktober 2017

Yasin Mana Ada Duit Nak Beli Tanah 700k, Macam Ada Konspirasi Kata Husam.

Tular di laman sosial kononnya Adun Salor, Datuk Husam Musa telah mendapat notis bagi mengosongkan bangunan yang menempatkan pejabat beliau dan Amanah di Wisma Tok Guru.

Mesej tular itu menyebut nama Mohd Yasin Yusoff, selaku pemilik tanah tersebut telah memberikan notis kepada Husam Musa agar mengosongkan premis berkenaan dalam tempoh 30 hari.

Bagaimanapun dalam satu penjelasan yang dibuat oleh Husam Musa menerusi halaman Facebooknya menafikan hal berkenaan.

Menurut Husam Musa beliau tidak menerima apa-apa notis mengenai tuntutan pengosongan premis setakat hari ini. Malahan beliau juga mempunyai bukti yang kukuh mengenai pemilikan tanah tersebut.



Husam Musa menjelaskan bahawanya beliau telah diberikan izin oleh pemilik tanah untuk terus menggunakan tanah dan bangunan tersebut sampai bila-bila meskipun Husam Musa bukan lagi pemimpin PAS dan telah menyertai Amanah.

"Ambo pesan pada anak buah ambo, kalau kunci, kita patahkan kunci tu dan masuk. Guna pejabat tu sehingga mahkamah perintah. Kerana tu bangunan kita, tu benar. Dan kita duduk atas tanah tu dengan izin tuan tanah, itu benar," katanya.

Husam turut membayangkan seolah wujud konspirasi oleh pihak tertentu bagi mendapatkan hak milik terhadap tanah tersebut.

"Di dalam keadaan luar biasa, ADO pergi ke rumah Datin (balu Dato Rosli), buat tanda-tangan borang 14, dipinda tanah tu. Saya dikatakan (diberitahu) begitu. Betul ke tidak ambo sendiri tidak tahu juga. 

Kalau ADO, DO pergi ke rumah orang berkenaan tentulah tuan-tuan berasa pelik. Biasa orang nak tukar tanah (nama) ni dia pergi pejabat DO. Ini DO angkat meja dia dengan setem-setem dia, cop-cop dia pergi ke rumah orang, tidakkah pelik," kata Husam Musa dalam rakaman video berkenaan.

"Mengikut sesetengah orang, lima orang pergi ke rumah Datin tadi. Ibrahim Bakri, seorang lagi pegawai pejabat tanah, dua orang peguam, seorang lagi bernama Ibrahim Bin Isa. Pergi minta Datin ini tanda-tangan hari-hari. Kalau Datin ini sebenarnya nak jual tanah kenapa tidak Datin ini pergi ke pejabat tanah,".

"Ini sudah menunjukkan ada satu konspirasi. Samada ada orang nak report ke tidak itu tak usah kira, tapi konspirasi tu wujud. Dan Mohd Yasin ni kalau betul dia beli tanah 700,000 dia ambil duit dari mana? Jabatan hasil dalam negeri kena siasat dia ambil duit dari mana," katanya.

Husam turut menjelaskan bahawanya tanah tersebut adalah pemilikan bersama di antara beliau dan Datin Harifah, isteri kepada arwah Dato Rosli.

Malahan menurut Husam, urusan mengenai harta pusaka yang dituntut oleh adik beradik arwah Dato Rosli juga belum lagi diselesaikan dan agak pelik kerana PAS mahu mendapatkan tanah tersebut.

"Biarlah dalam keadaan apa pun kita ni sekali dengan Tuhan. Janganlah kerana kita ada pitih (duit), ambil daripada duit balak, duit diasing dan beli tanah tu kerana kita nak melepas dendam. Tuhan tu ada. Yassin tu takde pitih, ambo tahu dia takde pitih," katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, turut dilaporkan pemilik tanah tersebut ialah arwah Dato Rosli Ibrahim yang telah meninggal dunia pada Julai lepas. Arwah mengatakan bahawanya tanah itu dibeli dari Munah Binti Musa dan telah didaftarkan atas nama isteri arwah iaitu Harifah Binti Dollah.

Di atas tanah tersebut ada dua bangunan iaitu bangunan lama yang menempatkan PASTI dan bangunan baru yang menempatkan pejabat DUN Salor dan pejabat Amanah.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...