Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 19 Oktober 2017

LHDN Sahkan Gambar Pegawai Viral Bukan Kakitangannya - Malunya Cybertroopers UMNO.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menafikan individu yang tular di media sosial ketika ini kerana aktif memberikan pandangan negatif dan mengkritik kerajaan adalah pegawainya lapor Bernama hari ini.
LHDN dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya telah mengenal pasti individu itu yang menggunakan akaun Facebook atas nama Shariff Hjahmad yang dikatakan sebagai pegawai LHDN.
Menurutnya individu tersebut ialah bekas pegawai LHDN yang telah bersara pada Ogos tahun lepas.
"Maka LHDN ingin menafikan individu tersebut masih mempunyai perkaitan dengan LHDN dan menegaskan bahawa pendapat dan komennya di laman sosial adalah tidak mewakili LHDN," katanya.
LHDN juga menggesa individu terbabit agar tidak mengaitkan dirinya dengan LHDN memandangkan beliau tidak lagi berkhidmat dengan organisasi itu, kata laporan itu lagi.
Sebelum ini beberapa cybertroopers BN / UMNO dikesan menyebarkan poster yang mereka percayai sebagai pegawai LHDN agar satu tindakan tegas diambil terhadap individu tersebut kerana mengkritik Najib Razak.

Bagaimanapun ternyata usaha dan provokasi mereka itu sia-sia sahaja apabila LHDN tampil menafikan individu tersebut ada kaitan dengan agensi berkenaan. Rupa-rupanya pegawai yang dah bersara. Kesian. Busuk hati yang tak kesampaian.
KAH KAH KAH!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...