Disember lepas Najib melancarkan MRT Fasa I yang beroperasi di laluan Sungai Buloh - Semantan. Pelancaran fasa II melengkapkan laluan MRT Sungai Buloh - Kajang seperti dalam perancangan asal projek.
MRT Sungai Buloh - Kajang kini beroperasi sepenuhnya bermula 17 Julai (hari ini). Ketika melakukan operasi percubaan terdapat dakwaan Najib dan rombongannya telah menyebabkan beberapa penumpang diarah berpindah ke belakang bagi memberikan laluan kepada rombongan Najib yang menaiki MRT itu pada rabu lepas.
Dakwaan penumpang diarah ke belakang
Dakwaan yang ditulis oleh Andrew itu viral di media sosial selepas Malaysiakini melaporkan perkara itu.
"Disebabkan Najib dan rombongannya dijadualkan menaiki MRT (pada hari itu), kakitangan MRT telah bertindak mengosongkan gerabak hadapan yang menyebabkan penumpang (dipaksa) perlu berganjak ke ke arah belakang. Bila agaknya ahli politik mahu sedar bahawanya mereka disitu untuk berkhidmat kepada rakyat dan bukannya rakyat perlu menyenangkan hidup mereka," tulis Andrew dalam Facebook beliau.
Dakwaan Andrew itu bagaimanapun dinafikan oleh pasangan suami isteri Yilyn Chan dan William Cheah yang sebenarnya turut dijemput untuk menyertai rombongan Najib menaiki MRT pada percubaan pertama. Beberapa individu ternama dan berpengaruh terutamanya di media sosial juga diajak dalam rombongan berkenaan. Antaranya Wak Doyok dan blogger-blogger terkenal Malaysia.
Menurut William Cheah tiada kejadian penumpang diarah berpindah ke belakang seperti dakwaan Andrew dan rakyat Malaysia perlu berbangga dengan pencapaian (pembinaan MRT) berbanding mengkritiknya secara keterlaluan tulisnya di Facebook.
Tambah William Cheah lagi, kerusi shutter bus telah siap ditandakan dengan nama masing-masing dan lokasi MRT yang dinaiki oleh Najib itu juga sebenarnya belum dibuka kepada umum. Jadi bagaimana mungkin dakwaan penumpang lain dihalau ke belakang oleh rombongan Najib, dakwa William lagi.
Bagaimanapun Andrew mempertahankan dakwaan beliau kerana sebenarnya situasi Andrew dan William adalah merujuk kepada dua lokasi yang berbeza.
Menurut Andrew, Najib mulai menaiki tren di Pusat Bandar Damansara, iaitu di laluan yang telah pun dibuka kepada orang ramai, manakala pasangan suami isteri William dan Yilyn pula hanya mula (dan menyertai rombongan Najib) menaiki tren di laluan yang belum dibuka kepada umum.
Pada awalnya selepas rombongan Najib menaiki tren dari laluan Pusat Bandar Damansara, dan kesemua penumpang biasa perlu keluar semasa di Semantan, rombongan Najib masih berada di dalam tren untuk meneruskan perjalanan ke lokasi yang belum dilancarkan kepada umum.
Malaysiakini turut dikecam kerana melaporkan berita fitnah kononnya ( rombongan Najib menghalau penumpang ke belakang) namun didapati dua versi cerita yang berbeza adalah disebabkan ia berlaku di dua lokasi yang berlainan.
Netizens raikan MRT tetapi..
Tinjauan di laman sosial juga mendapati rata-rata netizens memuji pelancaran MRT bagi memudahkan perjalanan ke destinasi pilihan. Malahan tindakan kerajaan memberikan discount sehingga 50% (80% dengan kad Touch N Go) turut dipuji ramai netizens termasuk oleh mereka yang kerap menyokong pembangkang.
Bagaimanapun ada yang mempertikaikan kos pembinaan MRT dan juga mengaitkan pengurangan tambang dengan PRU yang akan diadakan dalam masa terdekat.
Page Tentera Troll Kebangsaan Malaysia pula mengkritik tindakan sesetengah netizens cina yang mempertikaikan pelancaran MRT kerana memberikan komen yang keterlaluan - seperti tidak menghargai pencapaian negara yang sepatutnya dibanggakan rakyat.
Salleh kata MRT hadiah PM buat rakyat
Salleh dalam satu kenyataan yang dipetik dari portal Malaysiakini dilaporkan berkata pembinaan MRT ialah hadiah PM buat rakyat Malaysia.
Kenyataan itu bagaimanapun mengundang rasa marah netizens ke atas menteri berkenaan.
"Hadiah? Hang ingat duit kerajaan neh mak bapak hang punya ka? Ini tanggungjawab kerajaan la," kata Adam Harith.
Manakala Clifford Tan pula memberikan respon "Ia dibina menggunakan wang pembayar cukai (dan siapa tahu jika ada penyelewengan di dalamnya dan apa yang dilesapkan bersama projek ini). Menyediakan dan menyelenggara pengangkutan awam adalah menjadi tanggungjawab asas kerajaan. Najib menuntut pujian ke atas satu perkara yang memang dari azali menjadi tanggungjawab pemerintah untuk melaksanakan kerjanya,".
"Teknikalnya, wang yang dibina untuk projek guna duit rakyat jadi sepatutnya MRT ialah hadiah rakyat untuk rakyat," kata Kenny Teoh pula.
"Kepala bana hadiah PM. Itu semua duit rakyat bodoh! Muslihat nak tutup duit berbillion dia songlap. Kalau gift naik free train la. Ini kena bayar. Lepas tu sepuluh kali nak naikkan tambang, puihh la," luah Sidique dalam nada seperti kemarahan.
Pihak kami bersetuju dengan kebanyakkan pendapat yang diutarakan oleh netizens bagi membidas kenyataan Salleh Keruak. Bagaimanapun Salleh Keruak masih terlalu jauh untuk memegang gelaran yang pernah disandang oleh Ahmad Maslan, jika itu sesuatu yang diimpikan beliau. Bodek-bodek beliau setakat ini walaupun bengong masih terlalu hambar jika dibandingkan dengan Ahmad Maslan.
Selagi Salleh Keruak tidak membuat apa-apa kenyataan bodoh bagi menyaingi kenyataan Ahmad Maslan - GST boleh turunkan harga barang; selagi itulah netizens akan kekal menobatkan Ahmad Maslan nombor 1 - menteri paling bengong dalam sejarah Malaysia untuk abad ini sekurang-kurangnya.