Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 17 Julai 2017

Netizens Pertikai Tindakan Pukul Pasangan Mencuri Tabung Masjid.

"Pasangan suami isteri (pakcik & makcik) di pukul kerana dituduh mencuri duit tabung masjid. Duit tabung masjid sepatutnya digunakan untuk membantu orang susah bukan sekadar digunakan untuk bagi SAMPOL pada ustaz-ustaz sahaja," demikian status yang ditulis oleh Tok Usin Ceroi di halaman Facebook beliau.
Gambar-gambar pasangan yang didakwa mencuri tabung masjid juga disebarkan oleh individu berkenaan.


Tambah beliau lagi, "Kalau kat gereja siap ada lagi tabung untuk orang susah. Moralnya tidak perlu pukul sampai macam tu, memang dalam kesempitan sangat tu, lain lah kalau mat gian yang pi curi tu. Memburukkan imej Islam saja pi pukul macam tu," katanya.
"Sepatutnya kita membantu bukannya menyusahkan lagi,mungkin anak-anak depa sedang kelaparan kat rumah, bagaimana perasaan anak-anak yang sedang lapar tu bila tengok mak ayah depa diperlakukan sedemikian. Cuba kita pejamkan mata dan duduk sekejap di tempat anak-anak depa. Apa kita rasa?," katanya lagi.
Ramai netizens yang menyokong pandangan tersebut dan mempertikaikan kewajaran memukul pasangan mencuri apatah lagi di khayalak awam.
Abby Abadi turut memberikan pandangannya atas isu tersebut. Menurutnya walaupun pasangan itu melakukan kesalahan sepatutnya perkara itu diselesaikan secara baik, jangan sampai terjadinya kes pukul-pukul orang sampai mati akhirnya kita pula ke tali gantung.
Menurut laporan Harian Metro, pasangan yang didakwa mencuri itu adalah pasangan suami isteri di mana si suami berusia 27 tahun dan isterinya berusia 31 tahun. Mereka didakwa kantoi mencuri apabila si suami cuba mengalihkan kedudukan CCTV dan tangannya dilihat memegang pemotong besi.
Bagaimanapun suspek lelaki kelihatan terkejut dengan kehadiran penduduk di masjid berkenaan sebelum bertindak cuba melepaskan diri namun akhirnya dikepung dan dibelasah orang ramai.
Siasatan mendapati wang hasil sumbangan didapati hilang dengan kunci mangga bagi tabung besi masjid telah dipotong. Wang berkenaan juga dilaporkan dijumpai pada badan suspek. 
Kejadian dilaporkan berlaku di Masjid Nurjannah Kariah, Ayer Hitam Pantai, Masjid Tanah pada jam 6.30 petang semalam.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...