Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 20 Jun 2017

Selepas Jahanamkan Felda, Nak Rosakkan SPAD Pula, Netizens Kutuk Isa Samad Kaw-Kaw.

Sejak petang semalam, Isa Samad seakan menjadi manusia yang paling dibenci di Malaysia. Ini kerana gara-gara tindakan Datuk Seri Najib Razak yang melantik Tan Sri Isa Samad sebagai pemangku pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat. 

Isa Samad dilantik ke jawatan tersebut selepas meletak jawatan sebagai pengerusi dari Felda Global Venture Holdings Bhd atau lebih dikenali sebagai FGV.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, FGV berkata, Isa berhenti sebagai Pengarah Dilantik Kerajaan dan beliau akan memberi tumpuan kepada urusan peribadi, memetik laporan Berita Harian.

Tambah laporan itu lagi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, Isa dilantik sebagai Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) berkuatkuasa serta merta.

Tindakan meletakkan Isa ke dalam SPAD tidak disenangi oleh majoriti netizens. Boleh dikatakan hampir kesemua komen di page-page Facebook berita mahupun orang awam meluahkan kemarahan mereka terhadap keputusan Najib itu.

Berikut kami siarkan sebahagian dari respon-respon netizens.

 


Dalam pada itu ramai juga yang tertanya-tanya kenapa Isa dilantik sebagai pemangku pengerusi? Dan apa akan jadi pada Syed Hamid Albar yang menjadi Pengerusi SPAD selama ini?

Ada juga yang membuat spekulasi tidak mungkin Isa mahu melepaskan jawatannya di FGV kerana perletakkan jawatan itu hanya membayangkan beliau berada di pihak yang bersalah; FELDA baru-baru ini dilanda kontroversi kem Isa dan kem Zakaria bertelagah di media berhubung isu dakwaan salahlaku yang membabitkan beberapa pemimpin utamanya.

Laporan The Star sebelum ini, memetik kenyataan Tan Sri Shahrir Samad yang membayangkan akan berlakunya rombakan kepimpinan FGV dalam masa terdekat dan 22 jam selepas itu Isa Samad meletakkan jawatan dan dilantik ke SPAD serta-merta.

Andai benar Isa bermasalah, apakah meletakkan beliau di SPAD adalah langkah yang bijak? Melihatkan kredibliti Tan Sri Isa Samad sepanjang beliau mengendalikan FGV dan paras keyakinan rakyat terhadap pentadbirannya, Najib sebenarnya hanya menambahkan satu lagi kesilapannya dalam senarai sedia ada. 

SPAD itu sendiri memerlukan rombakan dan kalau boleh lebih baik dihapuskan memandangkan agensi berkenaan kurang memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah berbangkit yang dihadapi oleh pengguna jalanraya dan meletakkan Isa Samad di sana hanyalah memperbesarkan lagi kesilapan yang sedang berlaku di dalam SPAD.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...