Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 20 Februari 2017

Ramai Hadir Himpunan #RUU355 Tetapi Tak Faham Isu Kritik Bekas Wartawan Harakah.

Oleh : Arif Atan

Pas hari ini rasa megah dengan kehadiran ramai peserta himpunan ungu kelmarin. 

Apa makna bangga itu kalau ramai yang datang diangkut dengan bas sewa khas dari utara dan timur tanah air bahkan guna bas JKR Kelantan? 


Memanglah ada yang datang dengan kereta sendiri bahkan motor bersusun sampai lepas Bank Negara. 

Tapi bila ditanya tentang, "apa yang anda tahu tentang RUU 355", "tahu tak berapa kali Abdul Hadi tangguh", "apa hukuman yang mahu dipinda", masing-masing jawab "tak tahu sangat", "Tuan Guru ulamak apa dia buat semua betul, kita bawah ini ikut saja" bahkan konsisten pula sebut "pindah RUU" bukan 'pinda' dan pemahaman pun silap. 

Yang dipinda Akta 355, RUU itu usul yang patut dibentangkan. Jadi, "pindah RUU"? Ketidakfahaman rata-rata peserta dapat dilihat daripada reaksi mereka yang menggunakan kata-kata makian kepada DAP dan Amanah. 

Seorang pun yang saya temui dekat 10 orang tak sebut langsung apalagi marahkan parti-parti komponen BN yang secara terbuka membantah pindaan akta itu. 

Nah, jadi apa makna himpunan semalam yang juga mengangkut artis? Berapa bayaran untuk Jamal Abdillah dan Wahid Senario? Guna duit siapa? 

Melihatkan bertebaran poster Kami Sokong RUU 355 yang dikeluarkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan selain penemuan bas JKR Kelantan yang diparkir tepi Jalan Tuanku Abdul Rahman menghala ke Sogo, seolah-olah RUU 355 ini agenda kerajaan negeri Kelantan. 

Berapa banyak pula duit rakyat Kelantan dilambakkan ke program bermotif mahu menonjolkan keegoan politik sempit ini? Jauh lebih penting, sampai bila masyarakat Melayu terus ditanam dengan perangai suka mencari salah, menggunakan kata kesat bahkan fitnah demi mempertahankan diri? 

Sampai bila orang Melayu yang datuk moyangnya dalam satu segi berfikiran moderate, terbuka, halus jiwanya lantaran memiliki kesenian termasuk dalam menyampaikan buah fikiran semakin dirosakkan dengan sikap suka MENGHUKUM bertopengkan agama lebih buruk dipacu lagi pemain politik tanpa benar-benar mencari jalan MENDIDIK anak bangsa supaya dapat menangani perkara paling asas - faktor ekonomi - yang berisiko menjadi penyebab perlakuan jenayah?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...