Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 1 Februari 2017

Cermin Diri Sebelum Keluarkan Isu, Tiada Salahnya Tanam Pokok Itu - Pegawai MB Terengganu Sound Pembangkang Kaw-Kaw.

Sebelum ini kerajaan negeri Terengganu dibawah pimpinan Ahmad Razif telah dipersoalkan oleh PAS kerana membeli 3 batang pokok berharga rm540k untuk dijadikan ikon negeri. 

Baca : 1 batang pokok berharga 180k untuk ikon Kuala Nerus.


Bagaimanapun JKR negeri tampil menafikan dakwaan dan mengatakan pembelian pokok-pokok tersebut adalah dibawah sumbangan pihak kontraktor.

MB Terengganu, Ahmad Razif turut menafikan tuduhan dan mengatakan pembelian pokok-pokok tersebut sebenarnya tidak termasuk dalam urusan tender dan merupakan sumbangan ikhlas dan beliau juga tidak terlibat sama sekali dalam pengurusan projek berkenaan dan mahu menyaman pihak yang melemparkan tuduhan terhadapnya di laman sosial.

Dan berikut merupakan penjelasan mengenai pembelian pokok-pokok tersebut dari pihak pegawai MB Terengganu, Ahmad Fauzan Abdul Kadir seperti yang dipetik dari laman fbnya.

1) Bukan urusan MB untuk cara hal pokok-pokok ni. Ada Jabatan kerajaan yang mengendalikan perkara berkenaan dan kenyataan telah dikeluarkan semalam. 

2) Berkaitan dengan sumbangan : Tabung Sukan pun ada menerima sumbangan daripada syarikat-syarikat yang sudi menyumbang untuk melihat perkembangan sukan negeri. 

Apa salahnya kalau kalau syarikat korporat tersebut nak menyumbang untuk mencantikkan lagi bandar baharu? Sekurang-kurangnya sumbangan tersebut tidak digunakan oleh individu. 

Oh, lupa. Pembangkang mana yang pernah minta sumbangan daripada ahli untuk bayar saman fitnah pemimpin mereka ya? 🙄 

3) Pokok ikon Kuala Nerus : Sejak bila MB mengumumkan bahawa pokok tersebut ialah ikon Kuala Nerus? Dah check merata tempat, tak ada pulak diumumkan sedemikian? Pandai-pandai je awak-awak kata tu ikon Kuala Nerus. 

4) Kelantan dulu merata tempat tanam pokok Kurma dalam bandar. Sebenarnya nak bagi projek dekat kroni je. Bila orang tanya, kenapa tanam kurma? Uols jawab tengoklah macam mana selepas 5-6 tahun. 

Sekarang, pokok kurma di Kelantan jadi tumpuan untuk pengunjung bergambar. Jadi, pokok tu unik, pokok tu baru tanam. Tunggulah 5-6 tahun lagi. Baru komen. Betul tak? 

5) Kepada YB-YB pembangkang, pokok tu baru tanam. Uols dah kecam. Pastu, uols nak macam mana? Kena cabut balik ke? Lepas cabut, uols jadikan isu membazir pulak. Lepas tanam, cabut. Biar gok dulu pokok tu hidup. Lagipun, pembelian pokok tu bukan pakai duit kerajaan pun. 

Jangan letak kesilapan pada YAB Menteri Besar Terengganu semata-mata. Banyak dah MB buat untuk rakyat. YB-YB pembangkang yang menguasai 3 kerusi Dun dan 1 Parlimen di Kuala Nerus, apa pembaharuan yang awak semua buat? 

Saya lihat benda sama je. Benda tuler. Flyover di Jambatan Sultan Mahmud, Drawbridge di Seberang Takir untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, deme tak puji pulak inisiatif kerajaan? Ke YB-YB pembangkang guna jalan lain untuk ke lapangan terbang? Entahlah. 

Cermin diri kita dulu sebelum keluarkan sebarang isu. Cuti-cuti Raya Cina ni, sepatutnya gunakan untuk meluangkan masa dengan keluarga. Bukan sebarkan fitnah. Thanks.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...