Selain itu, katanya, rumah urut juga menggalakkan aktiviti seks di mana ada di antara pekerja datangnya dari luar negara lapor KiniTV.
Tinjauan yang dilakukan oleh KiniTV juga mendapati ada di kalangan mereka mahu kerajaan negeri menutup sahaja perniagaan pusat urut memandangkan perkhidmatan itu tidak mendatangkan kepentingan buat mereka.
Malah, ada juga yang kecewa sikap kerajaan negeri yang tidak berdisiplin dalam memantau isu ini apabila mereka mengundi pembangkang dalam pilihan raya lalu, tambah laporan itu lagi.
Berdasarkan respon netizens selepas KiniTV menyiarkan hasil tinjauan, mendapati rata-rata netizens bersetuju dengan rumusan tinjauan tersebut dan mengesahkan berlakunya kebanjiran rumah urut yang semakin banyak di Selangor. Ia juga berisiko menghilangkan undi pembangkang terutamanya dikala PAS berpecah dari Pakatan Harapan.
Jika kerajaan Selangor boleh menyerbu dan merobohkan gerai penjaja tepi jalan, resort tanpa lesen milik Jamal, apa alasannya kerajaan negeri tidak melakukan perkara yang serupa bagi membanteras aktiviti perjudian haram dan rumah urut (pelacuran) di Selangor, soal mereka lagi.
Diharapkan kerajaan negeri boleh menyelesaikan masalah berbangkit memandangkan pilihanraya umum dijangka akan diadakan pada tahun ini.
Jangan sampai yang dikendong berciciran yang dikejar tak dapat. Untuk makluman, setakat ini PBT Selangor belum lagi menafikan dakwaan terbuka Jamal bahawanya PBT Selangor menjadikan operasi rumah urut sebagai punca pendapatan sampingan (menerima rasuah).