Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 31 Januari 2017

Sebatang Pokok Harganya RM180K? Eh, Itu Fitnah Kata JKR Terengganu Namun Yang Mendakwa Pertahankan Tuduhan..

Sebelum ini viral ;




Dan JKR Terengganu tampil menafikan tuduhan. Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu menafikan pembelian pokok Ceiba chodatii yang menjadi mercu tanda Bandar Baharu Kuala Nerus melibatkan sebarang kos kewangan kerajaan negeri.

Pengarah JKR Terengganu Ir Ab Hamid Md Daud sebaliknya berkata pembelian pokok yang diimport dari Brazil itu ditanggung kontraktor utama projek itu dan ia juga tidak termasuk dalam skop projek.
 
“Sehubungan itu, orang ramai diminta tidak lagi membuat sebarang spekulasi liar berhubung isu pokok berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Isu pokok ‘benang sutera’ berkenaan tular di media sosial selepas orang ramai mendakwa penanaman tiga batang pokok berkenaan sebagai mercu tanda bandar Kuala Nerus merupakan satu pembaziran kerana difahamkan pokok berkenaan berharga RM180,000 sebatang.


Dalam pada itu, pergerakan Pemuda Umno Terengganu dalam kenyataan berasingan menggesa kerajaan negeri supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah berhubung isu pokok berkenaan.

Ketuanya Mohd Johari Abu Bakar berkata tuduhan tidak berasas itu dibuat oleh seorang pemilik akaun Facebook yang mendakwa kononnya menteri besar terlibat dalam isu tersebut.


“Tindakan undang-undang perlu diambil kerajaan negeri supaya dapat memberi pengajaran kepada orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya membuat fitnah menerusi media sosial.


“Pemuda Umno Terengganu memandang serius gejala fitnah yang semakin membarah dalam media sosial", katanya dalam satu kenyataan media. Namun yang menuduh tetap mempertahankan tuduhan meskipun dua kenyataan media telah dikeluarkan bagi menafikan dakwaan.


Seperti yang dipetik menerusi Facebooknya ;


Kesimpulannya?

1. JKR Terengganu tak menafikan harga sebatang pokok ialah rm180,000 per batang. Hanya menafikan ia dibeli menggunakan wang kerajaan negeri sahaja.

2. Kontraktor yang mengeluarkan wang sehingga 540k untuk membeli 3 batang pokok, untuk apa? Manfaat? Keuntungan di masa akan datang? 540k bukannya kos kecik bagi kontraktor apatah lagi jika ia digunakan untuk beli 3 batang pokok.

3. Netizens turut mempertikaikan kenapa perlu import pokok dari Brazil untuk mercu tanda di Kuala Nerus? Sepatutnya gunakan pokok tempatan di Kuala Nerus atau pokok yang bersifat kemalaysiaan sebagai mercu tanda.
Kita tunggu respon mereka. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...