Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 5 Oktober 2016

Kejamnya PAS Kelantan, Angkara Pembalakan Orang Asli Minum Air Tercemar, Makan Nasi Takde Lauk, Lalui Jalan Berdebu.

Serahkan bebelan hari ini kepada yang-yang arif. Harapnya selepas PAS / Kelantan membaca penulisan ini mereka kembali ke pangkal jalan = insaf dalam isu pembalakan / penghapusan hutan.

Hujah Nik Amar.

 
Premis-premis hujah I,II,III.


I. Hujah penulisan. 
------------------------------------------ 



Pinky, Banjir Kanchanaburi dan Pembalakan di Kelantan. 

Gambar ini ku rakam semasa penghujung tahun 2014. Jambatan keretapi kayu itu adalah sisa buatan tangan buruh paksa projek penjajah Jepun, sebahagian daripada projek Death Railway bermula dari Thailand ke Myanmar. Kita boleh memilih untuk kesini sendiri atau mengambil pakej Erawan National Park, perjalanan keretapi diatas Death Railway, gua yang jadi tempat berlindung buruh paksa dan apa tah lagi satu tempat aku tak ingat. 

Kami pilih ambil pakej sahaja. Diketuai oleh Pinky, tour guide yang garang ya amat. Pantang tok nenek dia orang lambat. Dan kami lambat masa nak pi Erawan, makan jeling dia lah. Masa dah sampai sini baru dia macam ramah mesra sikit. Aku dok sama dengan dia dekat gua tu sambil pandang luar, tiba-tiba dia buka mulut. 

"You know, long time ago, Kanchanaburi affected by really big flood. Water rise really high. Property damage, and we're suffer from slow economy after the flood. After that, public and government review deforestation policy. They mapped location for people taking wood and gazette so many forest. Of course there are still people taking wood from Erawan. Heavy punishment for illegal deforestation activity too."

Waktu itu banjir besar sedang melanda Kelantan. Kawanku disana mesej aku rumahnya kurang bekalan makanan. Dari kejauhan aku cuma mampu bantu beri nombor-nombor yang tertera untuk urusan bantuan. Kelmarin negara dikejutkan dengan sikap melampau pembalak ke atas Orang Asli di Gua Musang, satu demi satu laporan pembalakan haram di kawasan Lojing dan berdekatan didedahkan. 

Soalannya sampai bila Kerajaan Kelantan akan betul-betul bertegas untuk melihat betapa tidak islamiknya penerokaan hutan ini? Kanchanaburi sudah belajar, dan mereka meneroka aktiviti ekonomi yang kurang impak terhadap alam sekitar. Mereka amat bergantung kepada sektor pelancongam berdasarkan sejarah dan alam sekitar. Chalet-chalet di atas Sungai Kwai adalah keistimewaan mereka. Sungai Kwai adalah denyut nadi rakyatnya. Mereka menjana pendapatan daripada bersihnya sungai tersebut. 

Pada tahun 2016, negeri Kelantan diyakini akan mendapat bekalan air bersih dengan sempurna 10 tahun lagi menurut exco negeri setelah kerja-kerja pembangunan loji dll siap. 

Ku fikir cukuplah rakyat Kelantan tinggal dalam kenyataan tak apa bekalan air macam tu, janji kerajaan memerintahnya, tetap kerajaan PAS. Semuanya berkait rapat antara polisi penebangan hutan, pembekalan air bersih dan banjir besar. 

Aku tak berapa jelas hal kerajaan negeri dan kerajaan pusat ini, tetapi potensi ekonomi kreatif boleh diterokai lebih lagi. Hutan boleh menjana potensi ekonomi yang lebih lagi, bukan dengan cara menggondol semata-mata. 

Semua negeri digesa untuk berhenti mencedarakan hutan. Tak perlu ganti hutan dengan kelapa sawit atau durian. Hutan membekalkan kita air bersih, udara segar dan keseimbangan suhu. Beralihlah ke arah ekonomi lebih kreatif, bukan pembangunan dan penerokaan menyesatkan. (Alynn Sharuddin)


-------------
 
II. Hujah gambar.


---------

III. Hujah video.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...