Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 5 Oktober 2016

Roboh Menara Azan, Ini Kisah Sebenar Kejadian - Utusan Kantoi Fitnah Lagi!


Mungkin baru dapat projek iklan dari kerajaan pusat kot. Duit komisen juta-juta dah masuk. Terlalu banyak sampai berharap ada orang saman, kan kan kan?

Kahkahkahkahkah! 

Okay. Isu kali ini ialah percubaan Utusan menyemai isu perkauman atas tajuk agama. Nasib baik berjaya dicantas laju2 sebelum merebak. Baca kejahatan Utusan kat bawah 
neh ;




Utusan Usah Fitnah Kakitangan Awam

Saya merujuk kepada berita Utusan Online (pautan: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/mbsa-roboh-menara-azan-1.390536) berkenaan perobohan menara telekomunikasi haram di Surau Ar-Raudhah Setia Alam oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Pihak MBSA TIDAK merobohkan menara masjid seperti yang didakwa oleh pihak Utusan Online. Laporan oleh pihak Utusan Online adalah berbaur fitnah dan berniat untuk memperlekehkan kakitangan awam dari MBSA yang bertungkus-lumus untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada warga Shah Alam.

Saya terkejut sekali pihak Utusan Online tergamak memaparkan tajuk sedemikian rupa dengan niat mempolitikkan dan memburukkan perkhidmatan awam yang hanya menjalankan tugas yang diamanahkan mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Mewakili pihak MBSA saya mengutuk sekeras-kerasnya laporan tersebut dan menuntut pihak Utusan Online menarik balik laporan tersebut dan juga meminta maaf kepada pihak MBSA serta kakitangan awam dengan serta-merta.

Kami dari MBSA tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika pihak Utusan Online gagal membuat seperti yang dituntut.

Muhammad Shakir Ameer
Ahli Majlis
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...