Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 5 Oktober 2016

Memo Arah Kutip Balik Elaun Tersebar - Ini Penjelasan Pejabat Pendidikan Kubang Pasu. - Dengan Kemaskini.

Update. 6 Oktober 2016.

Sebelum ini tersebarnya satu memo yang mengatakan beberapa jenis elaun terhadap beberapa kakitangan kerajaan berkaitan kementerian pendidikan ditarik balik. Penyebaran itu mengundang pelbagai spekulasi dan tanggapan umum.

Berikut ialah penjelasan yang diberikan oleh pihak berkaitan bagi menjawab penyebaran berkenaan.




----

Aku nampak neh menerusi sebaran peguam Zul Hazmi. Menurut kenyataan yang tertera di dokumen tersebut ia menyatakan bahawa beberapa jenis elaun yang telah dibayar kepada beberapa pihak tertentu perlu dipulangkan semula.



Ia adalah sejenis memo yang dikeluarkan kepada Pengetua dan Guru Besar yang ditanda-tangani oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kubang Pasu.

Memo tersebut bertarikh 5 Oktober 2016, yakni memo yang baru diedarkan pada hari ini. Aku tak pasti sangat kenapa elaun-elaun berkenaan ditarikbalik tetapi penyebaran di laman sosial mengundang persepsi dan pelbagai spekulasi. Apakah perkara ini melibatkan semua jenis sekolah2 di Malaysia atau hanya merujuk di daerah tertentu sahaja? Kenapa berlakunya penarikan-balik elaun? Masalah kewangan kah? Tahapnya bagaimana? Seriyus sangat kah? Aku harap kementerian yang terbabit boleh beri penjelasan lanjut atas penyebaran memo berkenaan.

Sekian.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...