Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 9 September 2016

Muka-Muka Kapitalis Gelak Besar Dalam Projek M101 Kampung Baru - Ini Gambar Menara M101.

Jadi mereka tidak berpuas ahti dengan dua menara yang sedia ada. Mereka tambahkan lagi dua menara. Kita ada menara warisan yang akan memahat nama Najib dalam sejarah dan yang kedua ialah menara M101 yang akan memahat nama Tengku penipu dalam sejarah juga. Ohh bagus.

Tujuan KuNan dengan pelancaran projek ini ialah bermatlamatkan ;

1. Menaikkan nilai hartanah di Kampung Baru dan sekitarnya (btw, memang bukan dah mahal ke? Ko nak mahal macam mana lagi?)

2. Menjana keuntungan dari industri pelancongan. Mahu memberi nilai tambah kepada pelancong2 yang bakal ke ibu kota dengan menawarkan destinasi pelancongan yang baru.

Sasaran pertama buat duit. Sasaran kedua buat lebih banyak duit. Duit-duit yang bakal dicari oleh menteri kita neh kita tidak tahu dari segi mana dan macam mana ianya akan membantu rakyat terutamanya golongan yang kurang berkemampuan dan tertinggal dalam arus pembangunan. Menteri Wilayah juga dalam masa yang sama berjanji akan mengekalkan keaslian identiti Kampung Baru. Yang mana aku langsung tak faham dia cakap apa. Setahu aku DBKL ada plan sifar setinggan (perumahan kampung / kayu). Perumahan di Kampung Baru bercampur2 dengan perumahan kampung. 

Bukankah DBKL sepertinya sakit ahti dengan pemandangan tersebut yang dorang sifatkan sebagai menjatuhkan taraf KL sebagai sebuah ibu kota dan mencacatkan pemandangan? Kampung Baru yang asli adalah itu. Mereka perumahan berselerak dengan banyak restoran / kedai makan / kedai-kedai. 

Mereka adalah satu2nya kumpulan melayu tunggal yang masih memiliki tanah di ibu kota. Yang mana melayu2 lain telah dihalau bagai hanjing oleh pemerintah atas nama pembangunan dan modenisasi. Dan sekarang menteri akan bina satu menara baru. Katanya di pinggir kawasan Kampung Baru. 

Dan macam mana menteri boleh menjamin mereka tidak akan memaksa pemilik2 tanah menjual tanah pada masa akan datang agar dapat diselaraskan pembangunan dengan pembinaan menara tersebut? Aku ragu2 dengan statement KuNan. Aku nampak kilauan mata KuNan ialah kilauan wang ringgit. Sangat bahaya. Dia hanya mahu mencari harta dan menambah harta walaupun dah makin tua dia belum kenal erti puas. 

Secara asasnya, bagi aku mana2 projek pembangunan di atas mana2 kawasan sememangnya akan memberikan impak kepada kawasan2 tersebut dan sekitarnya. Kalau bina rumah, orang beli rumah. Kalau bina kedai, orang beli kedai. Kalau bina mall, orang berkunjung ke mall. Kalau bina pusat pelancongan, orang datang melancong. 

Di Kl kita ada banyak tempat2 yang boleh dilawati. Menyesakkan KL dengan menambahkan lagi satu pembangunan menjadikan kerajaan hanya mementingkan KL dan mengabaikan kawasan lain. Ini mewujudkan pembangunan yang tidak seimbang. Harga hartanah di KL bukan murah juga. Jadi point menteri nak melonjakkan harga hartanah dengan projek ini sebenarnya tidak cukup kukuh. 

Jangan2 menteri ada terima rumah2 free dari pemaju2 perumahan yang bangunkan tanah DBKL kot. Nak jual mahal2 senang la kalau ada projek menara. Yeke? 

Kahkahkahkah! 

Dan ini ialah gambar projek M101. 




Aku tak menolak pembangunan tetapi ianya perlu diselaraskan dengan keperluan semasa rakyat. Aku memahami kita perlu maju tetapi jangan la sampai projek2 mega kita meminggirkan rakyat miskin dan mengutamakan kepentingan kapitalis semata-mata. Situasi sekarang nampaknya rakyat berhempas pulas mengejar matlamat kerajaan yang menuruti kehendak kapitalis kerana mereka sama-sama dapat beroleh keuntungan yang mana perkara tu tak dapat dilakukan jika kerajaan mengutamakan kebajikan rakyat. 

Tengoklah mereka2 tu ;





Gelak. Gelak. Gelak. Senyum. Senyum. Senyum. Hmm.

Lue fikirlah sendiri. 

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...