Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 10 September 2016

Ini Wajah, Identiti Pegawai Tertinggi DBKL Yang Terlibat Rasuah Kondo.



Aku tak dapat berhenti berfikir tentang ini. Boleh jadi kerana aku dah dibrainwashed oleh skrip-skrip drama bergenrekan politik, jenayah & perjuangan. Disebabkan itu aku rasa pendedahan jenayah rasuah yang melibatkan pegawai tertinggi neh macam ada suatu konspirasi.

Nak tunjukkan kesungguhan bos baru SPRM benar2 melawan rasuah. Siasatan ini sebagai bukti.

Perkara tu bermain2 dalam fikiran aku memandangkan kali terakhir dia menerima rasuah ialah pada awal tahun 2014. Ia dah bermula sejak 7 tahun yang lepas. Di mana SPRM sepanjang 7 tahun yang lepas? Kumpul bukti? Dan bukti baru apa yang mereka ada sehingga lead kepada pendakwaan?

Sebenarnya, mendakwa mana-mana individu yang terlibat rasuah adalah perkara yang betul dilakukan SPRM. Mempersoalkan tindakan SPRM yang lambat mendakwa tak semestinya patut. Tetapi dalam kes ini jika dakwaan dibuat bagi membina persepsi positif terhadap bos baru SPRM bagi mempropagandakan pemikiran rakyat, ianya tidak akan berjaya. Dakwaan ialah dakwaan. Hukuman ialah cerita lain. Mempunyai bukti yang kukuh dan benar2 menjalankan tugas bagi menghukum pesalah rasuah juga ialah cerita yang lain. Menutup cerita penyelewengan super besar dengan menggunakan isu rasuah besar juga merupakan satu cerita yang lain. Apa sahaja agenda yang ingin dicapai dalam drama ini, ianya tidak akan berjaya memperbodohkan keseluruhan rakyat. Lagipun, aku tak nampak pun DBKL melakukan suatu tindakan constructive bagi membetulkan keadaan. Sekadar sambil lewa suruh kakitangan mendedahkan bukti pendapatan. Untuk seberapa tempoh? Adakah perlu update bulanan, tahunan atau itula yang pertama dan terakhir? Projek2 yang diluluskan secara salah, apakah ada tindakan pembetulan? Dan boleh percaya ke aktiviti pegawai tertinggi DBKL tak dapat dikesan atau dipantau oleh pegawai tertinggi DBKL yang lain pula? Bukan kah kerja mereka saling berkait? Untuk luluskan projek ia bukan kerja satu orang. Ahhh mungkin kelukaan DBKL yang tercemar dengan aktiviti rasuah dah terubat dengan pembinaan Menara 101 @ M101.

Dan ini laporan Utusan. Surprise. Sekian lama disorok, identiti pegawai tetrtinggi DBKL didedahkan juga. Berserta wajah. Dan, Datuk Seri itu juga tidak mengaku bersalah. Ahh. Masih lagi ada gelaran Datuk Seri?

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Seri Syed Afendy Ali Syed Abid Ali hari ini mengaku tidak bersalah atas 18 pertuduhan berkaitan rasuah dan menerima barang berharga tanpa balasan melibatkan aset bernilai kira-kira RM4.4 juta, tujuh tahun lalu. 

Syed Afendy Ali, 54, yang didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini menghadapi satu pertuduhan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009, lapan pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan sembilan pertuduhan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001. 

Mengikut pertuduhan di bawah SPRM, Syed Afendy Ali didakwa sebagai ejen DBKL telah secara rasuah memperoleh suapan, untuk penama, Rodziah Abd. Samad, 54, satu unit lot kedai tiga tingkat di Pusat Perdagangan Danau Lumayan bernilai RM930,000 daripada syarikat Danau Lumayan Sdn. Bhd. Suapan itu didakwa sebagai dorongan untuk tertuduh mengesahkan semakan tuntutan bayaran kemajuan oleh syarikat tersebut berkaitan projek usahasama de­ngan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu. Tertuduh yang dituduh mela­ku­kan perbuatan itu pada 2 Mac 2009 di Pejabat Ketua Bahagian (Pembangunan dan Penswastaan) Jabatan Kewangan DBKL didakwa mengikut Seksyen 17(a) ASPRM. 

Jika sabit kesalahan ia memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi. Syed Afendy Ali juga didakwa telah menerima untuk penama Minah Abdullah, 73, dua unit kondominium di B-03-06 dan di B-08-04, Suasana Lumayan Bandar Sri Permaisuri, Bandar Tun Ra­zak iaitu setiap seunit bernilai RM249,990 daripada syarikat pe­ma­ju yang sama. Bagi dua pertuduhan itu, penjawat awam tersebut didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau de­ngan denda atau dengan kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 

Tertuduh turut meng­hadapi lima lagi pertuduhan di bawah seksyen yang sama atas tuduhan mene­rima untuk penama, Mazwan Amin Mohd. Noor, 44, satu unit kondominium di A-19-03, satu unit kondominium di D-19-08 untuk penama Syed Ashraf Ali Syed Afendy Ali, 28, satu unit kondominium untuk Minah Abdullah, 54, di A-19-04, satu unit kondominium untuk Minah Abdullah, 73, di D-19-07 dan satu unit kondominium untuk Rodziah Abd. Samad, 54, di B-21-05. Dia didakwa melakukan perbuatan itu antara 30 April 2014 dan 16 Oktober 2014 melibatkan projek dan pemaju yang sama dengan nilai yang sama di Pejabat Pengarah Jabatan Perancangan Ekonomi dan Penyelarasan Pembangunan DBKL. 

Syed Afendy Ali menghadapi tiga pertuduhan di bawah AMLATFA iaitu menggunakan wang berjumlah RM767,500 melalui tiga keping cek CIMB Bhd. milik Tetuan Wong-Chooi & Mohd. Nor yang merupakan hasil daripada aktiviti haram untuk pembayaran komisyen, pembayaran pembe­lian lot kedai di No. 11-11-1 dan 11-2 dan pembayaran cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Perbuatan itu didakwa dilakukan antara 4 Februari 2013 dan 14 Mac 2013 di CIMB di Taman Mutiara Cheras. Sementara itu, Syed Afendy Ali turut menghadapi enam lagi pertuduhan di bawah AMLATFA atas dakwaan menerima wang berjumlah RM1.65 juta melalui enam keping cek yang dimasukkan ke dalam akaun firma yang sama dan menggunakan RM1.3 juta daripada tiga keping cek yang dimasukkan ke firma yang sama. 

Terdahulunya Timbalan Pendakwa Raya, Aida Adha Abu Bakar mencadangkan jaminan RM1.5 juta bagi pertuduhan rasuah dan RM500,000 bagi AMLATFA de­ngan seorang penjamin. Peguam M. Athimulan yang mewakili tertuduh memohon jum­lah tersebut dikurangkan kerana akaun tertuduh dan keluar­ganya telah dibekukan selain anak guamnya telah memberikan kerjasama kepada SPRM sepanjang siasatan. Syed Afendy Ali memohon kebenaran untuk berkata sesuatu: “Yang Arif. Jumlah tersebut terlalu tinggi dan saya tidak mampu. 

Saya kini tiada apa-apa lagi. Selepas ditangkap saya hilang segala-galanya termasuk rakan-rakan. Kalau saya hubungi mereka (rakan-rakan) minta wang jaminan, orang akan lari.” 

Hakim Allaudeen Ismail meng­­gunakan budi bicara untuk membenarkan jaminan RM1 juta dengan syarat RM400,000 mesti didepositkan hari ini kepada mahkamah manakala baki RM600,000 hendaklah didepositkan pada Rabu. Mahkamah menetapkan 13 Ok­to­ber bagi sebutan semula kes untuk penyerahan dokumen yang berkaitan selain menetapkan perbicaraan didengar pada 9 hingga 13 Januari 2017.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...