Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 9 September 2016

Orang Miskin Perlu Bayar Faedah 18% Jika Pinjam Dari Pemaju - Cadangan Noh Omar Memang Gila!

Okay semalam kita ada bincang tentang cadangan menteri bahawanya bagi membantu orang miskin membeli rumah, kerajaan akan beri lesen atau permit kepada pemaju bagi menjalankan aktiviti memberi pinjam kepada pembeli rumah. Pemaju akan menjadi peminjam berlesen kepada mereka2 yang sukar mendapat pinjaman bank. Cadangan menteri tersebut telah pun berkuatkuasa pada hari ini dan cadangan itu adalah cadangan yang gila. 

Sila baca lanjut di bawah untuk tahu kenapa.

Pemaju perumahan lebih suka menggunakan wang yang ada untuk membina lebih banyak rumah, bukannya memberi pinjaman wang kepada pembeli rumah, kata bekas Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda), Ng Seing Liong. “Kami bukannya Ah Long. 

Tidak seperti bank, pemaju juga tidak dibenarkan mengambil deposit daripada pembeli,” katanya pada Sidang Kemuncak Perumahan dan Hartanah Kebangsaan ke-19, hari ini. Ng berkata demikian sebagai mengulas cadangan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar yang mengumumkan pemaju dibenarkan memberi kemudahan pinjaman perumahan kepada pembeli hartanah, berkuat kuasa hari ini. 

Kadar faedah bagi pinjaman itu tidak melebihi 12% setahun untuk pinjaman bercagar dan 18% bagi peminjam tanpa cagaran. Noh berkata, kerajaan membenarkan pemaju menyediakan pinjaman perumahan sehingga 100% untuk mengatasi kesukaran pembeli mendapatkan pinjaman bank dan ia terbuka kepada semua orang, termasuk pembeli rumah kedua. 

Siva Shanker Siva Shanker Sementara itu, Ketua Pelaburan untuk Pengurus Amanah Pelaburan Hartanah Axis Berhad dan bekas Presiden Institut Ejen Hartanah Malaysia, Siva Shanker berkata, bank patut dibenarkan menjalankan perniagaan mereka, manakala pemaju pula fokus kepada pembinaan hartanah. Katanya, kadar faedah 18% juga terlalu tinggi. “Ini adalah kadar faedah yang dikenakan kad kredit. Mereka yang tidak boleh dapat pinjaman bank disebabkan rekod buruk, tetapi terpaksa membayar kadar faedah 18% kepada pemaju. “Adakah kerajaan membuat peraturan ini untuk membantu pasaran atau menghukum orang miskin? “Orang kaya mendapat pinjaman pada kadar faedah 4% daripada bank, manakala orang miskin mendapat pinjaman dengan faedah 18%. “Bukankah ada sesuatu yang tidak kena di sini?” soal Siva yang berkata, kerajaan sepatutnya mengkaji melonggarkan peraturan pinjaman untuk pembeli rumah pertama dengan memberi kredit tambahan atau 100% pinjaman perumahan. 

“Ramai orang tidak mampu beli hartanah pertama mereka kerana tidak mampu bayar wang pendahuluan. Bantu mereka daripada segi itu. Ia boleh dibayar balik dalam jangka panjang,” katanya. - FMT

-----

Dah agak dah. Menteri kalau bagi cadangan bukannya nak membantu menyelesaikan masalah sebaliknya bagi tambah beban. Noh Omar memang sosial.. Dari dia bagi cadangan merepek2 lebih baik dia suruh Najib bina rumah kos rendah menggunakan dana projek mega Tugu Negara. Tak payah cakap 650j la separuh dari tu pun dah dapat bina banyak rumah kos rendah yang selesa untuk marhaen. Jika takde unsur2 rasuah dan penyelewengan le.

Kbai

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...