Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 1 September 2016

FAM Siasat Pembocor Maklumat Pendrive, Tiada Bukti Penyelewengan Kata KJ - TMJ Kantoi Menipu Ke?

Ada 3 point penting dalam laporan berita yang ditulis oleh wartawan Bernama.


Berikut adalah laporan berita tersebut ;

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedang menyiasat individu yang menyerahkan pemacu pena atau 'pendrive', didakwa mengandungi bukti ketirisan badan induk bola sepak itu, kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit selepas mengetahui isi kandungan sebenar pemacu pena itu daripada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
"Setakat ini, kita tidak tahu lagi siapa sampaikan maklumat kerana kita biarkan perkara (maklumat dalam pemacu pena) tersebut disahkan terlebih dahulu oleh menteri.
"Kalau ada kakitangan atau pegawai yang membocorkan rahsia ini sudah tentu tindakan tegas akan diambil. Kami telah berbincang dengan barisan exco dan kita lihat perkembangan selanjutnya selepas ini," katanya kepada pemberita di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini.
Khairy Jamaluddin dalam laporan media hari ini, bagaimanapun berkata, isi kandungan dalam pemacu pena yang diserahkan Tunku Ismail tidak menemui bukti penyelewengan ataupun ketirisan dalam badan induk sukan itu.
Menurut Khairy Jamaluddin, kandungan pemacu pena itu adalah dokumen teknikal berkenaan bola sepak Malaysia.
Dalam pada itu, Hamidin berkata, FAM bersedia berjumpa dengan Khairy Jamaluddin sekiranya dipanggil untuk membincangkan isu pemacu pena tersebut.
Kontroversi tercetus apabila Tunku Ismail mendakwa mempunyai pemacu pena yang mengandungi bukti penyelewengan dalam FAM termasuk berkaitan ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia. - Bernama
--------------
Pertama : FAM nak siasat individu yang serahkan pendrive kepada Tengku Mahkota Johor.
Kedua : KJ kata pendrive yang TMJ beri tiada bukti ketirisan dalam FAM.
Ketiga : Bila tiada bukti, apakah ini bermaksud TMJ menipu?
Kejap. Aku tak faham FAM. Kenapa nak siasat pembocor maklumat yang bukannya bocorkan maklumat ape pun. Dalam tu cuma ada info teknikal tentang bola sepak negara. Maklumat tentang bola sepak dalam pendrive tu sulit sangat ke sampai nak siasat pembocor maklumat? Apa je maklumat sukan hebat-hebat yang FAM ada? Aku rasa takde sesiapa berminat dengan maklumat dalaman FAM. Tengok ranking Malaysia no berapa. Jadahnya orang nak curi maklumat dalam FAM. Langsung takde standard.
TMJ baru2 neh update gambar dia berjumpa KJ dan telah serahkan bukti penyelewengan kepada KJ. Seriyus ke bukti penyelewengan? Sebelum ini TMJ dipertikaikan kenapa tak serahkan bukti berkenaan kepada SPRM sebaliknya tayang di Facebook. Tayang kat efbi pun apa yang netizens boleh buat. Bukannya ada kuasa nak menyiasat, menahan dan menghukum pihak2 yang berbuat salah.
Selepas isu tersebut reda seketika, TMJ kembali dengan gambar bersama KJ dalam satu pertemuan. Dimaklumkan, pendrive telah diserahkan kepada kementerian KBS. Sebenarnya KBS sendiri ada masalah intergriti. Dana sukan KBS kena songlap sebanyak 100 juta dan menteri dia tak tahu apa-apa. Menteri sebelum dia pun tak tahu apa-apa. Dan menteri sebelum menteri itu pun tak tahu apa-apa. Penyelewengan dana 100 juta melibatkan pentadbiran 3 menteri yang berbeza dan menteri2 itu semua tak tahu apa-apa. Dan TMJ serahkan bukti kepada menteri sebegini, seriyus ke nak banteras ataupun sekadar nak berpropa?
Dan selepas meneliti kandungan pendrive tersebut, KJ memaklumkan tiada apa2 bukti penyelewengan dalam pendrive tersebut.
Aik, sebelum neh beria naw TMj kau canang satu negara. Gegar kemain lagi. 
Tapi takde apa2 pun dalam pendrive tu? Seriyus? KJ menipu atau TMJ menipu? Atau KJ dipermainkan TMJ? TMJ bagi pendrive lain sekadar nak uji KJ ke macam mana? Apa pun aku serahkan persoalan tersebut kepada TMJ untuk menjawabnya. Jika sungguh tiada bukti penyelewengan FAM dalam pendrive tersebut, maka TMJ akan dipandang sebagai penipu oleh seluruh warganegara tau. Benda neh bukan benda kecik2 anak. Lue fikirlah sendiri. 
Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...