Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 12 April 2016

Dan Tiba-Tiba Pejabat Ramasamy Dibaling Bom Selepas Mengatakan Zakir Naik Syaitan..

Dan kawan aku berkata..


Dengan membaca laporan Malaysiakini ;

Objek dipercayai sebagai bom petrol dilempar di pusat khidmat masyarakat Timbalan ketua Menteri II P Ramasamy di Taman Chai Leng, Butterworth, awal pagi tadi.

Menurut laporan polis pegawainya Satees Muniandy, beliau dimaklumkan pengurus tempat itu R Subramaniam, yang terdengar bunyi letupan dan ternampak kebakaran.

“Beliau tidak pasti apakah letupan tersebut dan tidak keluar dari biliknya di atas pusat khidmat DAP Perai...,” menurut laporan polis Satees.

Beliau berkata dimaklumkan kejadian itu kira-kira 3.45 pagi.

“Pada pukul 4.02 pagi saya sampai di pusat khidmat DAP dan mendapati pintu shutter pejabat telah menjadi hitam akibat dibakar. Saya juga nampak botol yang pecah di pintu masuk pejabat.

“Saya dapati hidup bau kuat petrol ataupun minyak tanah, menurut pengamatan saya, saya rasa ada orang telah baling molotov coctail (bom petrol) ke pejabat DAP Perai,” menurut laporan itu lagi.

Polis belum menjelaskan motif serangan.

Bagaimanapun, insiden itu berlaku di tengah-tengah kontroversi kenyataan Ramasamy yang menggelar Zakir Naik sebagai “satan” (setan) dan mahu sarjana Islam kontroversi itu keluar dari Malaysia.

Bagaimanapun, selang beberapa jam, Ramasamy memadam perkataan itu.

Bagaimanapun status itu tetap mengundang kemarahan warga maya, khususnya yang beragama Islam.

Dan aku tak menafikan parti tersebut sememangnya selalu ada isu dibaling bom.. tak payah Zakir Naik bagi ceramah kat Malaysia pun sehingga dikatakan menganggu ketenteraman awam, kenyataan facebook P.Ramasamy juga dah membuktikan bahawa dia pun berupaya menganggu ketenteraman awam, so taknak ban dia ke?

KAH KAH KAH!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...