Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 4 Disember 2015

Kerana Kaitkan Syarikat Cina Sebagai Punca Kenaikan ERL, Timbalan Menteri Ini Dikutuk KAW2 Sehingga Tukar Statement.

Aku bimbang dengan perwatakan Dr Asyraf Wajdi Dusuki. 

Ada beberapa sebab. 

Iaitu ;

1. Pembawakan imej islamiknya. Ia memberikan gambaran yang buruk jika menteri berkenaan memilih untuk mengimejkan Islam seperti agama yang pro racist dan berpuak-puak serta cenderung kepada kezaliman.

1. Timbalan menteri berkenaan ada banyak pengikut dan penyokong disebabkan ciri-ciri islamiknya. Secara tak langsung orang bukan Islam akan beranggapan muslim = taksub andai muslim memilih untuk membela kenyataan-kenyataan timbalan menteri berkenaan meskipun jelas mengelirukan.

3. Hujah-hujah yang condong ke arah kerajaan tetapi secara berkias tidak mahu menyalahkan rakyat secara direct tetapi indirectly menyokong tindakan kerajaan.

Di mana dia ketika Najib dan barisan kepimpinan memilih untuk memahsuhkan pelbagai jenis subsidi dan bertindak melakukan projek-projek membazir seperti membina Warisan Tower?

Semua neh memerlukan suatu kos.
Dan dimana kerajaan mendapatkan kos?
Jika kerajaan mempunyai lebihan dana ia mungkin bukan masalah.
Tetapi jika kerajaan sendiri bergelut dengan masalah kewangan, bukan kah akhirnya rakyat yang menjadi mangsa dengan pemotongan pelbagai subsidi supaya wang-wang berkenaan boleh disalurkan untuk tujuan lain seperti contohnya projek pembangunan, projek bayar kapal terbang baru, projek renovate itu ini, projek bayar hutang 1MDB dan sebagainya?

Seriyus. Bagi aku orang-orang yang bercirikan islamik bila dia berhujah dan pro kepada kezaliman dan ketirisan itu lebih menakutkan dari mereka-mereka yang terang2 tunjuk perangai jahat. Sebab inila taktik yang digunakan untuk memperdayakan umat atas nama agama.

Tadi di laman FB rasmi Dr Asyraf Wajdi Dusuki, teruk dia kena balon kaw-kaw.

Semua ini kerana gara-gara menteri berkenaan mengaitkan syarikat cina dan Mahathir sebagai faktor kenaikan tambang pengangkutan awam terutamanya ERL.

Seriyus beb. Tak masuk akal.

Ini kenyataan dia sebelum diubah kerana dikritik hebat oleh netizens.

Baca ;

 
Syarikat cina sabotaj?

Jika berlaku unsur-unsur sabotaj, macam mana caranya? Bagaimana? Adakah menggunakan sihir dan jampi supaya dapat memperbodohkan menteri2 kabinet agar meluluskan cadangan kenaikan ERL dan pengangkutan awam?

Satu lagi. Kenapa perbincangan dilakukan selepas? Bukan kah menteri2 kita neh ada mesy kabinet mingguan? Apakah tak dibincangkan tentang usul kenaikan pengangkutan awam dalam mesy? Jika tiada, maka siapa yang bertanggungjawab buat keputusan dan meluluskan cadangan?

Oke. 

Kita buka website ERL.

Lihat gambar ;


Sumber.

YTL = 45%.
TABUNG HAJI = 36% beb.

Ya. YTL terbesar. Kedua terbesar TABUNG HAJI.

So, TH bantah kenaikan ke? Ada rekod ke? Ketika cadangan kenaikan dibahaskan, TH ada membantah kepada pemegang-pemegang saham ke? Atau TH sendiri pun sama macam YTL? Jom kita propose idea kenaikan tambang? 

Hihi.

Kau nampak cina besar sebab dia ada 45.
Tapi 36 pun bukan kecik beb.

Jangan lupa. Menteri yang beria bekap kenaikan ERL. Ya, ERL pertahankan hak mereka untuk menaikkan tambang tetapi menteri-menteri kita membela tindakan ERL kerana ianya direstui oleh kerajaan kita.

Adakah Dr. Asyraf memahami perkara tersebut? Adakah menteri-menteri kita kena pukau dan diperbodohkan oleh syarikat-syarikat cina itu? Cuba citer.. sabotaj bagaimana yang boleh dilakukan YTL sehingga berjaya membenakkan otak menteri-menteri kita?

Itu baru bab ERL.

Timbalan menteri turut menyentuh bab pengangkutan awam yang lain. Walaupun dia highlightkan ERL. KTM, LRT itu pun syarikat cina juga ke?

Ikut website KTM dan LRT, ada lambang JATA negara dan juga ditulisnya KUMPULAN PRASARANA (LRT).

Setelah kita godek punya godek (sumber rujukan), kita dapati PRASARANA ditubuhkan oleh kementerian kewangan dan BOD semua melayu. BOD KTM pun sama.

Semuanya melayu.

Rujuk sini dan sini.

ERL = cina punya maka cina layak dipersalahkan dan boleh kita relate dengan unsur-unsur sabotaj kononnya.

Tapi bagaimana dengan KTM dan LRT?

Adakah KTM dan LRT pun ada unsur-unsur sabotaj? Kenapa timbalan menteri berkenaan tak sebut dan kaitkan muka-muka melayu dalam tu? Sebab ada kaitan dengan GLC? Berkaitan KERAJAAN? Maka benda yang KERAJAAN DIRECT ADA KEPENTINGAN TAK BAIK LA KITA CAKAP ADA UNSUR2 SABOTAJ ATAU PONGPANGPONGPANG bab keuntungan. Benda yang ada kaitan dengan syarikat cina boleh la kita buat-buat isu dan lebih cantik jika ianya ada sedikit unsur-unsur MAHATHIRISMA. Senang sikit nak menyalahkan orang tua tue, ye tak?

Apa la akai timbalan menteri kita. JAKIM sendiri pun tak terbetulkan. Kau nak menyalahkan cina cina cina. Yang bagi lesen judi, permit arak terbuka kat SEVEN E pun kalau boleh semua nak salahkan cina.

Tapi secara dasarnya yang membuat polisi, yang memberikan kata putus, yang menentukan dasar, yang bertanggungjawab membuat keputusan dan yang meluluskan tak dipersalahkan.

Balik-balik yang memohon, yang mencadang, yang takde kuasa nak memaksa atau mendesak kerajaan untuk akur pada tuntutan perniagaan dipersalahkan.

Betul ke cara tu?

Yang tadbir negara neh Najib Razak.
Yang pegang majoriti kementerian semua muka-muka melayu apatah lagi kini UMNO boleh berbangga sebagai ABANG BESAR sebab menang BANYAK kerusi berbanding parti-parti komponen lain pada PRU LEPAS.
Asyraf itu pun menteri.
Yang buat dasar dan berhak tentukan kata putus ialah muka-muka kau semua.
Tapi apesal MAHATHIR dan CINA pula kena lanyak?
Non-akai betui.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...