Kerana itu juga la, ianya menjadi modal kempen dalam pilihanraya di mana dia bertanding merebut jawatan sebagai senator.
Rujuk sini.
Kita tinggalkan cerita Nurul dan Jacel disini.
Kita cerita tentang Najib.
Bagi mengulas insiden berkenaan, ini yang Najib nyatakan menerusi laman sosialnya ;
Berbanding menerima sokongan, FB Najib dipenuhi dengan komen-komen berbentuk kecaman daripada pelbagai pihak, namun rata-ratanya yang pro kepada parti pembangkang.
Ini antara komen yang dicopy-paste berulang-kali oleh individu-individu yang berlainan di laman fb rasmi milik perdana menteri itu ;
Sudah tentu kejadian pencerobohan Iraq,Palestine,Syria dan serata negara Islam yang lain oleh askar-askar Amerika dan askar zionis masih segar dalam ingatan kita semua.
Ramai anggota saudara muslim kita yang kehilangan nyawa dengan cara paling zalim pada ketika itu.
Tindakan seorang pemimpin tertinggi negara kita yang bertemu dan kelihatan begitu mesra bersama orang yang mempunyai kaitan dengan pengganas nombor satu dunia baru-baru ini langsung tidak menghormati perasaan penduduk negara muslim yang lain ini terutamanya rakyat yang kediaman mereka dibom setiap malam.
Ia adalah sindiran halus terhadap Najib Razak, yang mana baru-baru neh gambarnya bersama Benjamin Netanhayu, PM israel, tersebar di laman sosial dan keakraban Najib dengan presiden Amerika, Barrack Obama yang mana kedua-dua individu tersebut, Obama & Netanyahu sangat berkerjasama erat dalam memastikan Palestine tidak berjaya mencapai matlamat untuk diiktirafkan sebagai sebuah negara yang berdaulat dan bebas daripada pelbagai sekatan dan penjajahan.
Pada mereka, sekalipun tindakan Nurul berupaya mencetuskan kritikan umum dan mendatangkan persepsi negatif, Najib bukan individu yang layak mengkritik Nurul, bahkan UMNO & BN juga sama sekali tidak layak.
Ini kerana, Najib juga bergaul dengan musuh yang membunuh dan menindas umat Islam di beberapa buah negara, bahkan pernah kantoi mengupah APCO sebagai sebuah perunding imej kepada Najib, di mana APCO ialah syarikat yang berpengkalan dan berkait rapat dengan israel, masakan dengan imej yang pro barat sebegitu melayakkan Najib mengkritik tindakan Nurul Izzah.
Ibarat ketam mengajar anak jalan lurus tetapi dia sendiri berjalan bengkok.
Hihi..
Apa-apa pun, aku setuju dengan point dorang. Memang Najib bukan individu yang layak mengkritik.
Nak tahu kenapa?
Kau semua tengok neh ;
Tu diaa..
Itu sepupu dia sendiri. Oke la Nurul punya tindakan tu memang bawa bad impression. Aku tak bela oke. Cuma aku nak menyatakan bahawanya, bayangkan, ketika insiden tersebut berlaku, menteri kau cakap macam neh? Apa kepekaan dia? Di manakah tahap kepedulian dia?
Oke, Nurul tak sensitif, Nurul tak sensitif, tetapi dalam masa yang sama, adakah korang semua dah cukup sensitif untuk menghina, mengkutuk, mengherdik dan menghukum Nurul yang tidak sensitif?
Orang yang takde kuasa untuk memutus dan mengarah = tak sensitif
Orang yang ada kuasa untuk memutus dan mengarah = tak sensitif
Mana lagi teruk?
Sekurang2nya BN ada kuasa untuk menghalau semua PATI-PATI yang mengacau rakyat Sabah ketika ini untuk membetulkan kerosakan yang telah berlaku, kan?
Tetapi sejauh mana tindakan-tindakan keselamatan telah diambil bagi membanteras kebanjiran PATI secara berleluasa bukan sahaja di bumi Sabah bahkan di bumi Malaysia neh secara keseluruhannya?
Bahkan kita pernah ada kes, seorang PATI menggunakan IC palsu bekerja sebagai pengawal keselamatan, membunuh kakitangan bank kita.
Buat IC dekat mana?
Dekat Sabah.
Tak teruk lagi?
Tak boleh nak kritik penguatkuasa negara kita lemah?
Hanya kerana dia yang satu-satunya kantoi, bukan bermaksud dia satu-satunya yang wujud.
Kutuk Nurul Izzah jika kerajaan sendiri memang secara prinsipnya mempertahankan kedaulatan dan keselamatan penduduk di negara neh. Tetapi, kerajaan dan pemimpin negara bukan begitu. Nak bawa 1.5 juta PADI lagi bekerja dalam negara. Kan dah tak kena gaya tu. Kononnya nak mempertahankan negara tapi bawa lagi banyak PADI, lagi banyak pendatang asing, lagi banyak keserabutan yang kita kena hadap. Tak pernah fikir ke?
Dalam pada itu, aku nak tambah sikit point tentang stand LGE. Ketika Nurul serabut kena katuk dengan UMNO, LGE diam aje bila mana ;
Tak pula dia tuduh 2 adun DAP yang keluar dewan sebagai UMNO?
Ya, ramai yang kata begini. Keluar dewan = tanda protes brohh.
Memang la tanda protes, tapi kenapa tak berani undi TIDAK?
Bila ADUN PKR undi berkecuali = sudah kawan dengan UMNO?
Bila ADUN DAP tak berani nak undi = krik krik krik?
Bukan adun-adun tu yang berkawan dengan UMNO tapi perangai angkuh dan kuku besi LGE neh yang mendekati sikap dan prinsip UMNO. Sangat menghalangi kebebasan berpendapat dan sampai beria nak ambil tindakan. Aku dah meluat dengan dia neh. Harap dia kalah. Sebelum dia jadi lebih teruk dan jatuh sebagai KM yang hilang kredibel, better you get lost LGE.
Kbai.