Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 5 Disember 2015

Laporan Polis Beramai2 Ke Atas Aktivis Lawan Bauksit - Kaitan Bauksit DGN Monarki Pahang - Video Pencemaran Utk Sebaran Umum.

Lihat keratan akhbar.



Kenapa?

Kronologi.

- Jong Jongae ialah salah seorang aktivis lawan bauksit di Kuantan.

- Juga salah seorang pengikut kumpulan GERAM.

- GERAM ialah akvitis masyarakat yang lawan bauksit di Kuantan.

- Baru2 neh dia ada update satu status fb yang berbentuk doa.

Rujuk ;



Status tersebut viral.

- Kemudiannya, beberapa status JJ dijadikan modal untuk membuat laporan polis.

- Kononnya berbaur hasutan dan menghina monarki Pahang.

- Laporan dibuat oleh beberapa kumpulan samada berpengkalan di Kuantan atau diluar Kuantan.

- Laporan juga dipercayai didalangi oleh 'orang-orang raja' menurut pengakuan salah seorang yang membuat laporan polis.

Rujuk ;



Bahkan ;




Budak-budak PEKIDA pun buat laporan polis? Budak-budak PEKAN pula tu? Mungkin bauksit patut datang dan mencemarkan PEKAN baru budak2 neh faham kot penderitaan rakyat Kuantan macam mana.

Oke, isu JJ dengan isu doa tamat tetapi apakah tindakan yang bakal dikenakan ke atasnya, aku tatau. Jika laporan demi laporan dibuat, mungkin akan berlaku sesuatu ke atas dirinya. Didakwa seperti mereka-mereka yang melawan dan mengkritik monarki mungkin.

Kenapa monarki dibabitkan dalam cerita bauksit?

Mudah. Ini jawapannya.





Padan la. Lawan sana lawan sini. Minta dihentikan. Nak bahas di parlimen pun kena halang. Konon MB Pahang bermesyuarat dengan kementerian alam sekitar untuk selesai isu bauksit, tapi apa pun tak jadi.

MP Kuantan, Fuziah Salleh meluahkan rasa kekecewaan di laman FB apabila mesyuarat berkenaan tidak mendatangkan apa-apa hasil positif kepada penduduk-penduduk Kuantan yang terseksa angkara pencemaran. Ia bukan sekadar mengMARSkan jalan-jalan raya dan kenderaan-kenderaan di Kuantan sebaliknya lebih dari itu lagi.

Pencemaran bauksit menyebabkan apabila berlaku musim banjir, air banjir akan menjadi banjir bauksit.

Air bersih yang disalurkan ke perumahan awam juga dipercayai telah dicemari dengan bauksit.

Sungai, laut tercemar dengan bauksit.

Terlalu banyak lori-lori mengangkut bauksit setiap hari menyebabkan jalanraya mudah rosak, sempit dan tidak selamat kepada kenderaan kecil.

Itu tak masuk lagi kemalangan-kemalangan yang berlaku apabila lori bertembung lori, treler bertembung lori sehingga menyukarkan penduduk pergi balik kerja. Terpaksa mengadap traffic dan menunggu lama-lama untuk clearkan jalan.

Dari segi kesihatan, kanak-kanak, orang tua dan wanita hamil mudah menjadi mangsa dengan masalah-masalah berkaitan pernafasan. Itu yang lemah antibodi. Yang kuat antibodi pun 'tumpor' bila hari-hari terpaksa menghidu debu-debu bauksit. 

Kedai-kedai makan tepi jalan hilang punca rezeki. Siapa nak makan di kedai berdebukan bauskit? Kalau kerusi, meja pun berdebu, tak mungkin dalam makanan pun ada debu. So, macam mana mereka-mereka neh nak mencari rezeki?

Ya, bauskit, rezeki pada kumpulan tertentu tetapi disaster pada pihak lain. Adakah dengan membahayakan nyawa orang, merosakkan alam sekitar, menganggu kesihatan rakyat, mengacau punca pendapatan orang itu cara mencari rezeki yang betul?

Buat apa jika segilintir je yang kaya jika akhirnya ribuan atau mungkin ratusan ribu yang lain terpaksa menderita angkara bauksit?

Tak boleh ke kita cari rezeki dengan tidak mengacau pihak lain?

Hanya kerana bauksit itu dibelakangnya monarki, bukan bermaksud tindakan itu halal lagi tepat.

Dan lihatlah video khas yang dibuat oleh Harris Nasril. Lihat bagaimana perlombongan bauksit neh bukan sahaja mewujudkan kolam takungan yang menelan nyawa remaja baru-baru neh ataupun kolam takungan yang pecah sehingga menyebabkan banjir bauksit pada sesetengah penduduk di kawasan berdekatan, sebaliknya ia telah pergi lebih jauh dari itu. Bauksit telah pun menawan penduduk Kuantan melalui udara dan air. Tiada apa lagi yang selamat buat mereka. Perlu udara bertukar oren, perlu air menjadi jingga, adakah baru kita bertindak?

Video ;

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...