Aku membaca laporan polis berkenaan disini. Dan ini ialah petikan yang dimaksudkan sebagai menfitnah perdana menteri, Najib Razak.
Masa neh aku tak dapat tangkap. Aku tak faham kenapa kandungan ayat berkenaan boleh mendorong kepada JMM untuk membuat laporan polis?
Di media sosial, ia adalah perkara biasa untuk Najib kena cerca dan kritik. Kandungan ayat di atas lebih tepat adalah berunsur kritikan. Bukannya fitnah.
Ahhhhhaa. Najib semakin sensitif. Even yang lepaskan belon pun kena siasat. Maka penyokong2 Najib hanya mahu memainkan peranan menekan pihak yang kuat mengkritik Najib agaknya. Ini yang aku fikir sehingga la aku dapat tahu admin SSTDM tue ada blog dan blog dia dedahkan isu 1MDB dan penulisan itu turut mendedahkan beberapa perkara lain yang tak sepatutnya orang2 macam kita neh tahu sebetulnya.
Jadi kat sini faham la aku.
Dia sasaran kini bukan kerana kritikan ke atas Najib. Tetapi kerana skandal 1MDB.
- Pegawai tertinggi SPRM didiamkan selepas kecoh suatu masa dahulu. Sampai sekarang dan aku tatau apa tekanan yang mereka terima.
- 2 pegawai tertinggi SB berganti. Satu berhenti satu bertukar.
- Justo dalam balai.
- Khairuddin dengan SOSMA.
- Sarawak Report kena block.
- Muhyiddin, Shafee disingkir.
- Gani Patail dipaksa bersara.
Jika ada yang beranggapan Zeti terselamat maka korang tersilap. Zeti akan berakhir pada tahun depan. Hanya beberapa bulan aje Zeti akan meneruskan khidmat. Kontrak dia tidak akan disambung semula.
Kat sini isu 1MDB memang menakutkan sebenarnya. Apa saja akan diguna, mungkin, untuk mendiamkan umat dari mengkritik. Jadi mengapa pula ianya tidak menakutkan?
Cuba baca bawah neh ;
Percubaan membantu Najib Razak dan 1MDB (tapi tak diendah)
(1) Geopolitical Risk Of 1MDB Could Be A Reality: http://goo.gl/7mTu23'
(2) Is Edra Energy's IPO The Best Way Forward For 1MDB?: http://goo.gl/BrNhCo
(3) Ways To Save 1MDB Assets: http://goo.gl/toFz5D
Saya juga muncul di MOBTV untuk jelaskan tentang cara selamatkan aset 1MDB: https://youtu.be/xZv3PBaPK6Q
4. Ketika itu saya amat-amat berlapang dada (husn ẓann) dengan Najib Razak dan 1MDB. Saya hanya tumpu pada soal nak selamatkan aset (contractual) bukan jenayah (criminal).
5. Saya sempat jumpa Tun M bersama beberapa NGO sekitar hujung 2014 dan awal 2015 bagi membincangkan isu Akta Hasutan dan berhubung keadaan ekonomi negara. Ketika itu Tun M dah zahirkan kerisauan tapi belum ke tahap mengisytiharkan untuk menyuruh Najib Razak letak jawatan.
6. Sekitar bulan March itu juga saya hubungi salah seorang setiausaha politik PM Najib Razak (nama dirahsiakan) untuk mencadangkan penyelesaian seperti yang tertera dalam "screen grab" WhatsApp saya dengan beliau. Saya terang dengan jelas dan jujur bahawa penyelesaian saya itu tidak akan digemari oleh Najib Razak tetapi dapat selamatkan negara dan UMNO.
7. Pada masa yang sama setelah saya terbit-siarkan cadangan penyelesaian saya untuk 1MDB, Pak Haji Azmi Arshad turut memberi jawapan balas yang baik. Saya juga berlapang dada (husn ẓann) dengan beliau tapi seperti yang saya siarkan dalam "screen grab" mesej saya dengan beliau dalam Facebook ketika itu, beliau ada pandangan yang "terlampau" berlapang dada dengan semua skandal milik UMNO seperti lembu dalam kondo NFC.
9. Saya memang tak nak tulis pasal 1MDB selepas saya pergi ke Scandinavia. Tapi bila saya balik saya dikejutkan dengan berita bahawa IPIC akan bantu urusan hutang 1MDB dengan cara menggadaikan aset. Di situ saya sudah berasa syak yang amat tinggi tentang sudut jenayah. Dalam masa seminggu ketika bulan Jun, saya baca SEMUA artikel dan laporan Sarawak Report, The Edge. Saya juga baca BANYAK laporan-laporan berhubung "money laundering" dan Akta RICO di Amerika Syarikat.
10. Saya semak semula laporan Louise Story dan Stephanie Saul dalam "The New York Times" yang tersiar sekitar bulan Februari 2015 berhubung Jho Low disyaki mengubah wang haram dengan membeli kondominium mewah di Menara Time Warner di Manhattan (http://goo.gl/TMPZH4). Saya yakin RICO berpotensi dikenakan ke atas 1MDB dan Najib Razak melalui Jho Low. Ketika itu saya tak jelas sangat peranan Jasmine Loo sebab masa tu Special Task Force 1MDB belum dibuat oleh Gani Patail dan Bank Negara belum keluar "WANTED" notice untuk Casey Tang dan Jasmine Loo. Justo pun tiada siapa tahu.
11. Saya tulis pasal RICO, tersiar dalam The Malaysian Reserve (http://goo.gl/sqviGi) dan saya terjemah dan tersiar dalam Sinar Harian (http://goo.gl/jqhnZd).
12. Saya terkejut tengok Pak Haji Azmi Arshad entah dari mana sangkal artikel RICO saya yang disiarkan oleh MyNation (http://goo.gl/kVnYQO). Dia kata artikel saya itu tidak relevan. Kalau tak relevan kenapa perlu tulis satu bangkangan?
13. Kemudian rakan saya Aidil Khalid bocorkan satu mesej rahsia antara Azmi Arshad dan rakan-rakan saya yang lain. Rupa-rupanya ada percubaan untuk memfitnah Tun Mahathir, Tun Daim untuk tutup bangkai 1MDB dan Najib Razak. (rujuk pendedahan panjang Aidil di: https://goo.gl/avQCyX).
14. Kemudian terzahirlah sifat sebenar bloggers dan pakatan Ahzab 1MDB yang terdiri daripada spinmeister Lim Sian See, RPK, Azmi Arshad, Seademon, BigDog, RockyBru dan ramai lagi. Mereka cuba sedaya upaya untuk menunjukkan bahawa Tun Mahathir, Tun Daim berniat jahat untuk gulingkan Najib Razak dengan cara memfitnah 1MDB dan kononnya Tun Mahathir nak jaga kroni IPP beliau yang dah banyak jual IPP pada 1MDB.
15. Sekarang kita tahu semua itu adalah BATIL dan AUTA. Hendaknya bila orang yang tak bersalah seperti Tan Sri Muhyiddin, Shafie Apdal dibuang sebegitu saja. Lepas tu datang pula Wall Street Journal. Kencing sana, kencing sini, kantoi pula duit "derma" masuk akaun peribadi.
16. Kemudian bila Special Task Force 1MDB mula siasat, kita dikejutkan dengan kehilangan Nik Faisal Kamil Arif dan Datuk Suboh Yassin. Saya macam teringat tentang Datuk Suboh Yassin. Rupanya saya pernah terserempak dengan beliau di Conference Nuklear di Hilton KL awal tahun 2015. Saya pun buat siasatan rapi dengan mengambil semua dokumen awam di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan punyalah saya terkejut sebab itu saya tulis artikel bahawa 1MDB kalau tak jadi macam ni memang berminat untuk buat projek nuklear. (rujuk: http://goo.gl/Z4ZlJr)
17. Kemudian datang taktik kasar: Gani Patail kena pecat. The Edge kena ban. SPRM kena transfer ke JPM. Zeti kena ugut. Terkini Datuk Khairuddin kena tahan di bawah SOSMA. Adakah beliau pengganas???
18. Ketika saya mula-mula tulis pasal 1MDB saya pun tak sangka akan jadi begini sampai FBI, Justice Department siasat. Tapi saya dah agak akan berlaku ketika bulan Jun bila saya tulis artikel pasal RICO sebabnya JHO LOW dan RIZA AZIZ itu terlampau galak dan "visible" rakus membuang duit ke sana ke mari di New York.
19. Saya sudah cuba yang terbaik. Saya sudah memberi cadangan JALAN KELUAR sebelum saya mengkritik hebat seperti sekarang - sama juga seperti Tun Mahathir yang sudah berkali-kali beliau nasihat secara tertutup dengan Najib Razak. Tapi rupanya Allāh SWT nak uji kita semua dengan ujian yang amat besar dengan kejatuhan mata wang ringgit, dengan hutang 1MDB yang semakin membesar, dan akan datang Federal Reserve nak naikkan kadar faedah yang akan trigger lebih banyak capital flight.
20. Saya sudah tunaikan tanggungjawab Fard Kifayah saya sekadar saya mampu tatkala orang-orang yang lebih mampu seperti para akauntan bertauliah, tokoh korporat, senyap kaku. Saya akan teruskan sedaya mampu sebab kita nak cuci dan bersihkan balik semua kotoran degil 1MDB selepas ini dibawah kepimpinan yang baru kelak. Bukan mudah. Saya jangka kita boleh dapatkan paling koman, kira cincai RM 27 bilion. Yang lain tu kita kena buat "tort" untuk "restitution" of "unjust enrichment". Itu terpulang kepada AG kita nanti kepada Allah kah dia akan bertaqwa sepenuhnya atau kepada siapa.
Wallahua'lam.
Dan, sila baca ini ;
Bagaimana auta Skandal 1MDB akan menjerat negara kita
(baca disini: http://
(Rujuk: http://www.fincen.gov/
Ya Allah selamatkan negara ini daripada dihina dan disiat musuh kerana kebodohan kami yang gagal menasihati pemimpin kami! Maafkan kami ya Allah kerana kami letak taqwa bukan di hati tapi di kepala lutut kami! Kami benar-benar dihinggapi penyakit yang Nabi-MU (SAW) sabda iaitu “al-Wahn” iaitu “hubb al-Dunya wa karahiyah al-Mawt” (cintakan dunia dan takutkan mati) sehingga sanggup berkompromi dan bacul meneggakan yang benar dan membanteras yang salah ketika semua hal ini belum meletus ya Allah! Berikanlah kami satu lagi peluang ya Allah untuk selamatkan agama, bangsa dan negara ya Allah!
Rujukan : http://www.rausyanfikir.com/2015/09/percubaan-membantu-najib-razak-dan-1mdb.html
http://www.rausyanfikir.com/2015/09/bagaimana-auta-skandal-1mdb-akan.html
Kedua-duanya ditulis oleh admin SSTDM dan disiarkan pada bulan September di mana pada akhir bulan itu, laporan polis dibuat ke atas dirinya.
Aku tertanya2. Jika tulisan tersebut menyakiti ahti Najib, kenapa tak block aje blog tersebut? Adakah jika diblock blog tersebut maka tulisan berkenaan akan semakin viral? Seperti Sarawak Report? Maka laporan polis adalah sebagai topeng?
Aku tidak mahu dan tidak akan menyokong Mahathir kerana ia seumpama memberinya satu lagi peluang kepada BN untuk mentadbir negara ini. Aku tidak mahu BN memperolehi peluang tersebut.
Tetapi Najib lebih menakutkan dari Mahathir dan ianya terbukti.
Apa akan jadi dengan negara kita neh kawan? Untuk bernafas pun aku rasa semakin sesak. Apa survival kita dan generasi akan datang nanti jika begini la caranya Najib mentadbir negara?
Fikir-fikirkanla ek.