Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 29 September 2015

Saya Main Golf Dengan Obama Demi Rakyat - Najib Razak.


Dilaporkan oleh Malaysiakini ;
Najib: Hanya saya saja PM main golf dengan Obama

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih tersenyum bangga apabila boleh bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama pada Disember lalu.

"Saya kini, untuk rekod, sebagai perdana menteri tunggal yang boleh bermain golf dengan Obama," katanya berseloroh dalam pertemuan dengan pelajar Malaysia di New York semalam.

Dalam rakaman ucapan yang diperolehi Malaysiakini, Najib berkata bahawa beliau tidak mendapat manfaat dari segi politik daripada perlawanan golf itu.

"Saya lakukannya kerana saya fikir ia adalah langkah positif untuk kita membina hubungan peribadi dengan presiden Amerika Syarikat. Saya lakukannya demi Malaysia, saya lakukannya demi rakyat.

"Malangnya masanya salah, saya tidak mendapat sebarang keuntungan politik," katanya, yang mengundang ketawa hadirin.

Najib berseloroh mengenai kecaman yang diterimanya sewaktu bermain golf dengan Obama sedangkan negeri di Pantai Timur mengalami banjir.

Macam aku kesah kalau pun ko satu-satunya PM Malaysia yang bermain golf dengan Obama. PM2 lain masa jadi PM, Obama pun bukan presiden US kot.

Hihi.

Sekarang cakap banyak takmau. Memandangkan Najib mengakui secara terang-terangan bahawa dia bermain golf dengan Obama adalah demi rakyat maka sila ;

- Buktikan apa keuntungan yang rakyat terima melalui tindakan tersebut?

- Berapa yang dibelanjakan Najib menggunakan wang pembayar cukai ketika bermain golf bersama Obama?

- Siapa yang di angkut Najib pada ketika itu? 

- Apakah aktiviti yang dilakukan oleh Najib selain bermain golf bersama Obama?

- Apakah yang dibincangkan oleh Najib ketika bermain golf bersama Obama?

Jawab semua persoalan di atas dulu. Demi rakyat ye? Kalau setakat sembang kencang pongpangpongpang aku pun terer. Buktikanlah dulu memang ianya memberikan manfaat kepada rakyat di negara neh beb. Sembang airliur ko bukan laku pun. 

Cuba ko ulang balik apa yang ko sebut kat atas depan aku. Tengok camne aku sound ko setepek Najib. PM tak PM. Jangan lepas aku sound kau, kau SOSMAkan aku pula. Itu memang ale utoo la jawabnya.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...