Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 28 September 2015

Najib PM Paling Lemah Sampai Duta China Ratah Malaysia.

3 hari bercuti. Rehat sekejap memandangkan dah lama asyik terperuk. Memang malas nak layan citer politik atau nasional sebab bikin otak semak saja.

Dan betul juga tindakan aku. Sebaik saja membaca cerita politik, memang otak makin berserabut.

Ringgit semakin jatuh.

Media sosial kecoh isu Saiful Nang. Hak eley. Ringgit kau jatuh kot.

Kevin Morais. 8 didakwa. Hmm. Mekanik pun terlibat sama? Hmm. Pening. Ada dapat info dari geng polis. Nak tulis tak berani. Pasal risiko kena tangkap dan risiko aku mungkin ditipu sama banyak. So batalkan hasrat. Biar kami bertekak saja di private chat.

Then berita 3 hari lepas, kes duta China melawat PS. Petaling Street. Takde cerita ceria. Cerita happy. Cerita lawak bodoh dari geng2 UBN ada la.

Aku baca laporan berkaitan ;

Duta Besar China ke Malaysia Dr Huang Huikang memberi isyarat kepada mana-mana pihak agar tidak mengganggu peniaga Cina di Petaling Street dan kepentingan mereka di negara ini.
Beliau dilaporkan melawat kawasan Jalan Petaling yang menjadi pusat komersial yang didominasi oleh peniaga Cina, semalam.
Dalam tinjauan sebuah portal liberal, Huang mengharapkan keharmonian antara kaum yang dipamerkan peniaga di Jalan Petaling di akan terus berkekalan.
“Saya berjalan-jalan di Jalan Petaling dan semuanya baik-baik sahaja. Bisnes berjalan baik dan ada ramai pelancong antarabangsa. Namun lebih penting lagi, saya lihat orang Cina hidup harmoni dengan kaum lain. Saya senang hati.
.
“Kita tak mahu situasi sebaik ini dirosakkan orang lain dengan niat tidak baik,” katanya.
Sebelum ini dilaporkan terdapat kumpulan baju merah merancang untuk mengadakan himpunan protes jika pihak berkuasa gagal bertindak keatas penjualan barang tiruan di Jalan Petaling dan mahu bumiputera juga diberi peluang berniaga di kawasan itu.
Bagaimanapun himpunan tersebut dibatalkan semalam berikutan Presiden Persatuan Tentera Veteran Melayu Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju mengumumkan pembatalan protes tersebut. Beliau berkata, keputusan untuk membatalkan protes tersebut diputuskan selepas disarankan pihak berkuasa untuk berbuat demikian.
Dalam pada itu Huang berkata, negaranya menentang sebarang bentuk keganasan, perkauman dan sikap melampau yang disasarkan terhadap kumpulan etnik tertentu.
“Tiada mana-mana pihak berhak memperlekehkan undang-undang atau menghina undang-undang.
“Kerajaan China sentiasa menghormati kewujudan bersama secara aman melalui hubungan antarabangsa dan tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain,” katanya. - ISMA

Ada yang aku bersetuju dengan point dia. Bagi aku takde masalah jika lawatan berkenaan sekadar nak gambarkan betapa aman dan makmurnya Malaysia neh. Walaupun sebenarnya bukan la begitu.

Tapi aku tak berapa faham point dia melawat ;

- Sebelum perhimpunan berlangsung, walau dah dibatalkan last minit atas alasan tak masuk akal.

Alasan sebenar aku tatau tapi aku syak ini mungkin antara faktor la. Kalau pun bukan penyebab utama ;


Kih Kih Kih

- Cerita bab keganasan dan perkauman? Hak eley. Negara kau sendiri bersepah dengan isu keganasan dan perkauman. Google saja la. Negara kau lagi teruk dari Malaysia kot.

- Kata hormati undang2 dan taknak campur tapi lagak melawat PS itu adalah bermaksud kau sedang campur tangan, tapi bagaimana?

Ini sekadar analisis aku la. 

Aku baca disini, katanya duta China, Huang Hui Kang melawat PS ditemani Persatuan penjaja dan peniaga kecil. Pendapat aku, tekanan digunakan oleh geng2 peniaga kat sana supaya demo berkenaan dibatalkan. Duta China boleh dianggap sebagai 'penekan' kepada kerajaan agar campurtangan terlebih awal dengan cara mempengaruhi geng2 MERAH agar batalkan demo. Atau sebagai hint bahawa demo esok jika berlaku apa2 yang tidak diingini akan dihightlightkan secara besar-besaran sehingga menjejaskan persepsi pelancong China terhadap Malaysia. Atau mungkin saja nak bagitau betapa terkenalnya PS sebagai pusat pelancongan sampai DUTA CHINA pun mai melawat, kau apa tahu?

Budak2 MERAH maybe dah kena sound jangan berhimpun. Hak berhimpun hak mereka tapi aku tak setuju tujuan perhimpunan. Tapi kalau orang luar digunakan untuk mengawal kebebasan kau berhimpun, adakah kau akan terima?

Kat sini memberikan satu gambaran bahawa Najib kau memang spesis PM takde konek. Tatau konek dia sapa makan. Anjing atau kucing.

Masalah sebegini kecil pun perlu campurtangan orang luar.
Apatah lagi kalau masalah besar gedabak.
Ke siapa negara kita dia nak campak nanti?

Dan ke mana hala tuju rakyat negara kita neh? Dorang betul2 takde jatidiri ke apa?

Daripada minta simpati US membawa kepada mengheret CIA, FBI hingga la kepada DUTA CHINA, apa kita di negara kita? BONEKA?

Walau begitu kita bencikan Najib tetapi jangan la sesekali kita biar diri kita dikawal oleh pihak ketiga. Ini prinsip aku.

Tak payah susah2 heret orang luar campurtangan masalah negara kau.
Sekarang g Putrajaya ramai2.
Protes depan2.
Demo hari-hari.
Maka berambos la Najib tue nanti.
Dah la sendiri tak berani nak melakukan pengorbanan.
Ingat bila kau heret orang luar kau semua dah cukup bagus?
Ikat tepi la korang punya pemikiran.
Terjun lombong lagi bagus.
Taknak dijajah Najib, BN konon.
Tapi mengupah penjajah untuk bebaskan diri dari penjajahan.
Bangsa mana la yang bodoh nak mampos sangat tue.
Lue fikirlah sendiri ek.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...