Baru-baru neh kecoh di beberapa laman blog pro UMNO dan FOBN kononnya melayu dipinggirkan dari menikmati perumahan kos rendah di Pulau Pinang.
Surat di atas mengesahkan yang melayu hanya ditawarkan 1 unit. Manakala 32 yang lain pula ditawarkan kepada kaum cina. Kaum india pula haram ada.
Surat tawaran bukan bermaksud si pembeli telah menerima rumah berkenaan. Hanya ditawarkan sahaja. Pembeli boleh menolak tawaran berkenaan jika tidak bersetuju.
Berikut jawapan kepada media dari pihak kerajaan negeri ;
Seorang Melayu dan 32 Cina berkenaan sebenarnya adalah mereka yang berjaya mendapat surat tawaran daripada Kerajaan Negeri sahaja, untuk membeli rumah mampu milik berharga tidak melebihi RM300,000 di Projek i-Condo @ One Foresta dekat Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Pantai Jerejak.Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo menjelaskan bahawa Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri setakat kini baru menerima dan memproses 238 permohonan sahaja, sungguhpun bilangan rumah mampu milik berharga RM300,000 dalam projek tersebut keseluruhannya berjumlah 2,685 unit."Kelulusan permohonan dilakukan secara berkala, dan 33 ini adalah senarai penerima pertama yang diluluskan oleh Jawatankuasa (Pembersihan dan Peningkatan Mutu Proses Pemilihan Perumahan, SPEC)."Masih ada banyak lagi unit untuk ditawarkan kepada semua kaum, (maka) saya sarankan Bumiputera yang layak supaya mohon sekarang (rumah mampu milik) kerana senarai menunggunya tidaklah sepanjang permohonan untuk rumah kos rendah dan kos sederhana rendah," jelas Jagdeep yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datok Keramat di sini, tengah hari tadi.Penjelasan itu sekaligus menyanggah dakwaan pembangkang Pulau Pinang kononnya Kerajaan Negeri hari ini cuba menafikan hak Melayu dan Bumiputera untuk menikmati kuota 30 peratus unit rumah dalam projek tersebut."Soal mengambil pihak mana-mana kaum langsung tak timbul, dan adalah suatu fitnah yang besar. "Sekiranya mereka memohon dan layak, maka unit rumah akan ditawarkan di dalam projek-projek perumahan yang lain."Selain daripada unit perumahan berharga RM300,000 ini, ada juga jenis harga yang lain, termasuk (Rumah) Kos Rendah (RM42,500 seunit) dan Kos Sederhana Rendah (RM72,500 unit) untuk dimohon oleh semua kaum, termasuk Bumiputera," jelas Jagdeep.Tambahnya lagi, kuota Rumah Kos Rendah untuk Bumiputera adalah sebanyak 50 peratus, manakala Cina dan India masing-masing diberi 35 peratus dan 15 peratus.Bagi Rumah Kos Sederhana Rendah pula, katanya, kuota agihan untuk Bumiputera adalah sebanyak 30 peratus, manakala, Cina dan India masing-masing diberi 55 peratus dan 15 peratus."Rumah Mampu Milik (berharga RM200,000, RM300,000 dan RM400,000) ini adalah kategori yang baru di Pulau Pinang, kita (Kerajaan Negeri) ikut kuota seperti Rumah Kos Sederhana Rendah," jelas Jagdeep lagi.Terdahulu, kontroversi isu ini timbul susulan tersebarnya gambar surat pekeliling Kerajaan Negeri yang menyebut seorang Melayu sahaja ditawarkan rumah mampu milik berharga tidak melebihi RM300,000 di projek i-Condo @ One Foresta, sedangkan baki 32 penerima lain adalah berbangsa Cina.Beberapa pihak pro pembangkang Pulau Pinang menerusi media baru seperti facebook dan whatsapp seakan cuba menggambarkan pentadbiran Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng menindas kaum Melayu di negeri ini, sehinggalah disanggah oleh Jagdeep sendiri.
Rujuk semula surat berkenaan.
Tajuk besar : Rumah mampu milik.
Isi kandungan : Rumah kos rendah.
Apa yang orang awam fikir?
- Pemaju membina projek perumahan mampu milik.
- Dalam projek berkenaan, pemaju perlu mengkhususkan sebahagian dari tapak projek untuk membina perumahan kos rendah juga.
- Jadinya, perumahan kos rendah tadinya tue telah ditawarkan kepada 1 orang melayu dan 32 yang lain ialah kaum cina.
Jadi. Aku cuba bertanyakan soalan kepada pihak yang berkaitan. Yang kerja dengan kerajaan negeri la. Jawapan dia, apa yang berlaku hanyalah TYPO semata-mata. Sebenarnya pembeli ditawarkan untuk membeli unit perumahan mampu milik. Bukan perumahan kos rendah.
Aku fikir semula. Sebab perumahan ini antara yang menjadi major subjek dalam penentangan aku terhadap pemimpin mana-mana partisan pun.
Surat di atas disediakan oleh kerajaan negeri. Dan adalah menjadi satu protokol untuk kerajaan negeri tentukan siapa yang lebih layak menduduki rumah kos rendah. Berbanding kos perumahan mampu milik, ia selalunya diproses oleh pemaju dengan syarat projek berkenaan dibawah pemaju.
Jika projek berkenaan ialah projek kerajaan negeri dan usahasama dengan syarikat pemaju, maka tak aneh la mereka bersama-sama terlibat dalam memproses permohonan yang layak.
Lalu. Apa yang perlu dijelaskan oleh kerajaan negeri ialah urusan TYPO dan apa peranan kerajaan negeri dalam projek perumahan mampu milik di atas sehingga mereka dilibatkan untuk memproses permohonan yang layak membeli perumahan tersebut.
Satu lagi. Jika projek berkenaan ialah perumahan mampu milik bernilai 300k dan ke atas dan bilangan bumiputera yang memohon adalah sedikit / kurang / tidak mendapat sambutan, bukan kah itu menunjukkan ketidakmampuan mereka untuk memiliki rumah dengan harga tersebut?
Kita boleh cakap dengan mudah yang bumiputera tak mohon tapi kita perlu juga ambil tahu kenapa mereka tak berminat? Dah kalau tak mampu, mahu kah mereka memohon juga sedangkan tak memenuhi kelayakan?
Dan pada aku, isu kuota dan kaum harus dihapuskan dalam memiliki rumah.
Apa yang sebuah negara patut buat ialah ;
- Berhenti gunakan perumahan sebagai product kapitalis
- Perumahan harus mengikut konsep sosialis
- Setiap yang miskin dilayakkan perumahan kos rendah ke atasnya atas dasar kemiskinan tadinya tue. Bukan ikut kaum.
- Konsep yang tepat ialah bina rumah ikut keperluan rakyat. Jika ada 100k pemohon untuk rumah kos rendah maka itula yang kerajaan kena bina banyak2. Jangan bina rumah ikut kehendak pemaju.
Sungguh pun kerajaan negeri dah keluarkan statement, tetapi kenyataan mereka boleh diragukan. Jujur aku cakap. Aku takmau menuduh. Tapi aku tak terbeli dengan point2 yang diutarakan. Setakat ini. Senang cakap. Perlu ada penghujahan yang lebih kukuh. Untuk aku menyakini.
Tapi pada aku. Jika sekalipun setakat ini hanya seorang melayu diluluskan dalam perumahan kos rendah kita berbalik semula kepada faktor kelayakan. Jika kesemua cina yang menerima perumahan kos rendah itu sebenarnya miskin dan memang layak ke atas mereka, itu dah bukan patut jadi isu.
Orang miskin ialah orang miskin. Cina, india, melayu bukan asas.
Ya. Ada 2 ribu dan lebih lagi perumahan yang boleh direbut oleh penduduk Pulau Pinang. Tetapi harga tersebut masih jauh dari kemampuan rakyat sebenarnya. Rumah mampu milik yang sepatutnya ialah 100k dan ke bawah. Maksudnya bila kita sebut perkataan mampu milik, kita harus pergi kepada rakyat dan tengok apakah kemampuan (harga) yang boleh mereka tawarkan bagi memiliki sebuah rumah idaman? Kemampuan rakyat realistiknya ialah 100k dan ke bawah. Yang sekarang neh rumah mampu milik bukan bersandarkan kepada kemampuan rakyat tetapi berdasarkan kepada penanda aras pemaju dan pemerintah yang mereka ukur melalui konsep kapitalisma.
Kbai.