Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 17 Mei 2015

Pakcik Ini Disamun Polis Dan PDRM Pula Buat Derk.


RUMAHNYA DIGELEDAH TANPA WARAN, WANG SIMPANAN RIBUAN RINGGIT DAN KERETA LAMA DIRAMPAS SEBELUM DISUMBAT KE LOKAP!...

Sedih sungguh dengan kejadian yang menimpa bapa mertuaku ini, seorang peneroka Felda berusia 75 tahun dan uzur. Pukul 4 pagi Khamis lalu, empat anggota dan pegawai polis datang ke rumahnya di Felda Bukit Goh Kuantan kerana mahu menahan seorang anak lelakinya yg dipercayai terbabit dgn dadah.


Bagaimanapun, sebaik sahaja pintu dibuka, rumahnya terus diserbu dan digeledah tanpa waran. Selepas dua anak lelakinya termasuk seorang OKU digari, seorang daripada pegawai polis berkenaan meminta beliau menyerahkan geran tanah rancangan Felda miliknya.
Kerana enggan menyerahkan geran berkenaan, bilik anak perempuan bujangnya pula digeledah.


Wang tunai lebih RM5,000 simpanan hasil jualan sawit sejak bertahun lalu serta buku pelaburan ASB dan sebuah kereta lama miliknya turut dirampas. Bapa mertua saya dan anak perempuannya kemudian dibawa ke IPK Pahang dan ditahan dalam lokap lebih 36 jam sebelum dibebaskan tanpa dimaklumkan kesalahan mereka.


Lebih mengejutkan, ketika saya membawanya membuat laporan polis berhubung kejadian itu di IPD Kuantan siang tadi, kami dimaklumkan dalam laporan kes tangkapan terhadap anak lelakinya, pegawai polis terbabit tidak menyebut langsung mengenai wang tunai, buku pelaburan ASB dan kereta yang dirampas daripada bapa mertua saya!


Kami tidak pernah menghalang tugas polis untuk menahan orang yang melakukan kesalahan di sisi undang-undang, tetapi mengapa seorang bapa warga emas dan anak perempuan yang menjaganya, diperlakukan sedemikian. Kenapa mereka dizalimi atas kesalahan orang lain?


Saya yakin, walaupun seorang Ketua Polis sekalipun, tidak mungkin dapat mengawal dan memeriksa setiap detik apa yg dibuat dan dimiliki oleh seorang anak lelakinya sendiri yang berusia 40 tahun!


Polis diberi amanah kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang negara... Bukan undang-undang di tangan sendiri! Saya sudah menghantar pesanan ringkas SMS kepada Ketua Polis Pahang dan Ketua Polis Daerah Kuantan berhubung kes ini pada jam 2.33 ptg semalam, tetapi tidak dijawab hingga ke saat posting ini ditulis.


Sumber.

---------------------

Nota penting.

1. Ditulis pada 20 jam yang lepas.

2. Viral dengan 1200+ yang share.

3. Yang komen pun banyak.

4. Yang dah tag PDRM pun ramai.

5. Tapi sampai sekarang takde respon.

6. Jika masyarakat pilih untuk terus percaya pada penulisan di atas, jangan blame mereka. Blame PDRM yang lambat bertindak, menyiasat dan mengesahkan kebenaran.

7. Tapi aku percaya individu di atas berkata benar. Dia berani tunjuk muka, tulis di wall sendiri dengan gambar apa semua. Penulisan dia pun detail dengan sebut polis sebagai mereka yang menganiaya dan melakukan perbuatan jenayah ke atas orang awam.

8. Jadi PDRM kena respon segera dan selesaikan masalah berikut.

Jadi polis, bermaksud kau ada lesen untuk tangkap penjenayah bukan kau ada lesen untuk berbuat jenayah.

Fakiu.

Bai. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...