- Ustaz dituduh orang upahan UMNO. Sengaja cari pasal.
- Ustaz nagis pula depan wartawan. Sengaja tarik simpati.
- Gaji guru KAFA naik banyak dah banding dengan pentadbiran UMNO dulu-dulu.
- Kerja 4 jam sehari pun nak gaji beribu.
- Sebenarnya isu dress code aje. Orang lain elok je masuk hantar memo. Pasai apa ustaz tue tak boleh. Nampak sangat dia yang cari pasal. Bukan pentadbiran negeri Selangor.
- Ustaz tue ada kaitan keturunan dengan Khalid da. Saja cari pasal le tue.
Isu pokok. Diabaikan.
Dia begini je. Pokok tak jadi pokok kalau takde akar. Akar wujud dulu baru pokok hidup.
Maksudnya, isu tak boleh jadi kalau PR tak janji. Yang janji itu la kena bertanggungjawab. Dah pandai2 lafaz janji pandai2 la kau tunai. Kalau naik secara berperingkat ke apa ke itu beri la penjelasan susulan. Terima je la memo. Dress code hal kecil. Keluar, salam-salam, terima memo habis cerita. Tak payah nak besarkan hal yang boleh settle 2,3 minit sampai nak mengumpat mengata semua. Orang melayu inila perangai depa. Nak mengumpat kat wassap bagai. Sedangkan blog ada. Mengumpat je la terang2 macam aku. Kau mengumpat sorok2 ke depan2 ke dosa tetap dosa. So like a boss la kalau kena collect dosa pun.
KAH KAH KAH
And then. JAIS panggil. Masa ini juga la. Yang bukan guru KAFA sembang kemas. Kerja 4 jam la. Gaji nak banyak. Banding dengan zaman dulu. Padahal ini orang tuntut janji. Suasana sekarang barang semua naik dah. Orang pun nak hidup juga. Kenaikan gaji itu perlu bagi menampung kos sara yang semakin tinggi. Now ada GST. Lagi sakit jiwa. Kau nak banding dengan UMNO untuk bajet kau lagi bagus kononnya. Padahal ini memang hak dorang berdasarkan janji2 yang dibuat.
Dengan janji2 itula juga PR dapat undi dan sokongan rakyat. Cuba kau tak berjanji apa semua bagai. Ingat orang nak sokong PR sangat ke? P mati la. Jika PR tak boleh mengubah atau menambahbaikan sistem yang rosak, maka takde maknanya rakyat nak undi dorang. Dah sendiri declare nak ubah, bila orang tuntut perubahan tersebut, banyak cakap buat apa. Buat aje benda yang korang sendiri dah janji. Jika salah faham settle cara elok. Pecat buat apa. Bodoh semuanya. Tak pasal-pasal kena pecat. Minta tunai janji, pecat yang dia dapat.
Baca jap ;
Satu lagi. Guru KAFA ke tak KAFA ke mana ada kerja 4 jam. 4 jam mengajar maksudnya 4 jam masa bekerja? Guru2 tak payah sedia bahan mengajar? Semua turun dari langit atau automatik ada atas meja? Tak payah key in maklumat dan hantar laporan prestasi murid? Tak payah semak kerja rumah dan tahu2 aje masuk kelas dah tahu nak ajar apa ke macam mana?
Sesetengah orang sembang memang power berapi. Semua maklumat ada dalam hotak dia. Dari MH370 sampai la kepada isu Rohingya semua dia gengam kemas. Semua dia tahu semua dia betul semua dia terer semua dia tepat. Orang lain bagi nasihat pun kena tuduh UMNO. Itu baru nasihat. Belum lagi pendapat yang berbeza atau buktikan hujah2 dia hujah2 yang bangang. Kita neh kalau tersalah sudi dibetulkan takpe juga. Ini sudah la tersalah, di UMNOKAN kau lagi ada. Ini la perangai sesetengah saf PR. Langsung tak makan nasihat.
Sepatutnya.
Kita buat relax dah la.
Korang beria2 jilat parti apa pun taraf korang hanyalah penjilat.
Yang kaya dorang.
Yang dapat AP pun dorang.
Yang mudah pinjam beli rumah pun dorang.
Yang beli rumah baru pun dorang.
Yang dapat kenaikan gaji dorang juga.
Yang dipayung dikeliling bodyguard sana sini pun dorang.
Dorang2 neh, kebanyakkan ahli politik BN dan PR, hidup macam syurga.
Jadi bila ada yang turun mengkritik pimpinan, korang semua jangan sibuk jadi perisai pimpinan. Tak payah tadah badan untuk ditembak. Biar pemimpin2 neh hadap sendiri. Dah namanya pemimpin. Pandai2 jadi pemimpin pandai2 la kau settle sendiri. Sebab menjadi diri kau atau aku sekalipun, kita neh ada masalah pun selesai sendiri2. Ada ke kau rasa PR dan BN nak heran dengan kau semua? Syok sendiri je la korang pun.
KAH KAH KAH