"Ayah sedihla tengok pakcik (gigi palsu) tu kena kutuk. Tak patut mereka hina dia".
"Jaga kesihatan kamu. Ayah sayang semua anak-anak Ayah".
"Takde apa. Saja Ayah tanya kesihatan kamu. Jaga diri elok2. Kita nak lawan rejim".
Bulan-bulan terakhir. Hari-hari terakhir. Saat-saat terakhir.
Yang aku tabik. Ini memang jiwa dia. Sekurang-kurangnya berdasarkan pengalaman. Setiap kali pun. Peduli tentang perkhabaran. Tanya tentang kesihatan. Nasihat tak tinggal. Focus jadi pegangan. Katanya. Jangan lari matlamat. Kita terus lawan rejim.
Dia akan sentiasa ambil berat.
Di panggilan.
Di wassap.
Di inbox facebook.
Apa khabar. Bagaimana. Semua oke.
Kalah aku. Seorang anak. Pada ibu kandungnya sendiri. Kalah.
Bulan-bulan terakhir sebelum dia pergi. Ada beberapa panggilan dia yang aku tak sahut. Melengkapkan kuota memang jenis malas peduli, lepas 2,3 hari baru aku tanya kenapa. Itupun menerusi mesej wassap. Sedangkan. Jika aku call dia, dan dia tak menjawab, dia akan terus call balik untuk tanya kenapa selepas itu.
Beza. Orang yang peduli. Dengan orang yang tak peduli. Yang peduli itu dia. Yang tak nampak itu aku.
Aku fikir ini pengalaman yang berguna. Ini kesilapan yang mengajar. Sekurang2nya untuk aku jadi lebih peka.
Ayah Halim. Damai la Ayah di sana. Terima kasih kerana sentiasa peduli. Terima kasih kerana sentiasa bertanya dan mencari. Maaf. Terlalu lambat untuk aku menyedari. Tetapi insya-Allah. Ini aku pegang. Terus lawan rejim. Lafaz kata Ayah pada aku. Kita terus lawan rejim. Biar mati, kita tetap lawan rejim.
Adat manusia. Semasa hidup. Buruk jadi ukuran. Bila dah tiada. Baru nampak kebaikan. Semoga ditempatkan dikalangan yang beriman dan beramal soleh. Kami akan datang, tak lama lagi, di tempat yang Ayah tinggal kini. Nantikan, ya.