Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 25 April 2015

Kutip 42 Juta Sehari Dengan GST Tapi Batal Pembinaan Hospital.

Malas nak membebel. Aku bagi ringkasan sudah. Kaki pun tengah sakit neh. Dedua belah plak tue. Silap2 mati esok lusa. 

Fakta.

 
KASTAM umum kutip 922 juta dalam masa 22 hari sejak GST dilaksanakan. 42 juta sehari. Ini hanya berdasarkan kepada barangan import semata-mata. Barang tempatan yang kita produce sendiri itu lain cerita. Yang kita langgan perkhidmatan itu pun lain kisahnya. Kutipan di atas hanya merujuk kepada penjualan barangan import semata-mata. Bil api ka bil elektrik ka permit ka lesen meniaga ka roadtax ka cukai tanah ka cukai hartanah ka cukai segala mak bapak ka apa ka itu tak campur dengan collection di atas oke.

Dan ini juga berlaku di negara kita.


BATAL! BATAL! BATAL!


Duit takdak katanya.

Kedudukan ekonomi tak mengizinkan. Bukan batal forever. Just tangguh ke satu tarikh baru yang mereka boleh laksanakan kelak. At this moment, kira tergendala lah prosesnya.

Satu hari kutip 42 juta.
Nak bina hospital, duit takdak?

Kelakar bhai.

Kemudian. Ini kisahnya.

 
Alasan kenapa tuntutan untuk menaikkan gaji kakitangan awam tidak sepatutnya dipenuhi pada masa kini.

Keadaan ekonomi tidak sesuai katanya.

Tapi gaji wakil rakyat kau?
Ahli parlimen naik. Senator naik. Menteri pun naik juga.

Kurang2. Menjadi ahli parlimen. Bila mereka pencen kelak. 8,000 sebulan dalam tangan. Untuk diri atau bini jika si tuan punya badan tiada.

Boleh naikkan gaji wakil rakyat dan menteri?
Kakitangan awam biasa tak boleh?
Sedangkan tuntutan berlaku dalam waktu yang sama.
Keadaan ekonomi berubah setiap 1 saat ke yang bagi alasan macam gampang seperti di atas? Eh, lue fikirlah sendiri. Ada banyak benda aku nak karang untuk mengumpat kerajaan seterusnya. Almaklumla. Rehat lama sangat sebab sakit. Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...