Menerusi media Kazakhstan, Najib dilaporkan telah berada di Almaty pada tarikh 18 April yang lepas.
Rujukan : sini
Tapi haram media Malaysia melaporkan. Macam mana nak lapor? Tahu pun tidak. Mungkin terpakai bagi sesetengah pihak la. Tapi pada sesetengah yang lain mungkin dah memang tahu. Tujuan dan agendanya.
KAH KAH KAH
Perkara neh nampak macam remeh tapi sebenarnya tak kena langsung dengan sikap piem kau yang gile glamer. Memandangkan dia gila glamer mustahil pula untuk dia tak war-warkan lawatan kerja dia kalau memang itu yang dia buat di Kazakhstan. Melainkan, dia buat benda lain dan lawatan kerja itu pula sengaja disiarkan dengan harapan orang melihat dia ke Kazakhstan sebagai satu lawatan kerja. Nak topeng 'tugas' sebenar kenapa dia ke sana.
Pada aku takde hal la. Dia nak ke sana atas urusan peribadi sekalipun.
Cuma aku tertanya-tanya part perbelanjaan dan sapa yang menanggungnya je.
Benda-benda lain aku takmao tahu.
Aku cuma nak tahu ;
- Sapa ikut dan sapa yang tanggung kos penerbangan pergi balik
- Kos penginapan
Yang neh jek aku kisah.
Bercuti ke hadiri majlis persandingan anak kat luar negara ke apa ke jangan babitkan duit rakyat. Kalau guna duit sendiri usah kata pergi bercuti nak pergi mati pun aku tak peduli.
Kbai.