Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 22 Mac 2015

Selepas Aisyah, Wartawan The Malaysian Insider Pula Dikacau Penyokong Pro Hudud.

Aisyah. 

Dia ialah seorang pengacara gantian dalam BFM. Baru2 neh BFM mengulas soal pelaksanaan hudud di Kelantan. Dalam bentuk video. Aku tak berkesempatan untuk tonton video berkenaan sebab sudah ditarik keluar dari channel youtube BFM. Aku hanya berkesempatan membaca komen caci maki mengutuk menghina menfitnah penyokong2 pro hudud ke atas Aisyah. Ada juga bagi komen bernas. Tapi itu 0000000000.2 dari 100% komen yang aku baca.

Pada awalnya. Aisyah dibiarkan.

Tetapi selepas pendedahan tentang siapa Aisyah dibuat, maka lebih banyak ganguan tiba terhadapnya.

Bapa Aisyah ialah ahli DAP.
Disebabkan kaitan dengan DAP, maka lakonan Aisyah dalam klip video berkenaan semakin mendapat kritikan.

Ahli2 PAS. Dan ahli2 UMNO. Bersatu, bergabung. Bergandingan tangan, seiring dan sejalan, mempertahankan hudud dan mengkritik Aisyah di laman sosial.

PDRM ketika ini telah mengeluarkan respon akan menyiasat ;

Aisyah
BFM
Mereka2 yang mengugut mahu merogol dan membunuh Aisyah

Individu2 yang mahu merogol dan membunuh Aisyah adalah mereka yang pro kepada hudud. Dan jika hudud dilaksanakan, mereka mungkin perasmi.

Aku tatau tentang video. Jadi aku tak boleh nak mengulas tentang isi kandungan video. Aku tatau betul atau tidak Aisyah bersalah atau sebaliknya. Aku hanya tidak tahu.

Dan selepas Aisyah, kini wartawan TMI pula menjadi buruan penyokong2 pro hudud.

Ini apa yang tersebar di laman sosial ;


Untuk rekod, hasil carian aku terhadap account berkenaan, masih ada. Tetapi komen seperti di atas sudah tiada. Adakah difitnah? Aku tak pasti. Andai benar, aku tak pasti kenapa dia agak emosi dalam mengulas isu video BFM. Aku tak pasti sangat apa maksud dia hudud di Malaysia neh bangang. Tetapi jika aku tak salah prediction, aku fikir dia nak bagitau bahawa ;

- Hudud yang sedang dibahaskan ini tidak menepati piawaian Islam.

- Sebab itulah dianggap bangang.

- Hudud yang mahu dilaksanakan tidak mencapai apa yang Islam anjurkan.

- Maka kerana itulah sapa yang sokong hudud itu lembu.

Tapi sorry, lembu pun tak kesah tentang hudud. Lantak la kau kaum manusia nak bergaduh pasal hudud. Aku hidup makan rumput cukup masa aku mati bagi daging pada manusia makan dan berjual beli. Habis riwayat hidup aku. Jadi kenapa nak kaitkan kebodohan manusia dengan lembu. Aku lembu tak kacau hidup kau semua pun kan. Tapi manusia la yang suka menyemak kacau hidup lembu. Fakta kehidupan.

KAH KAH KAH

Berbalik pada tajuk asal.

Isu hudud semakin memuncak apabila penyokong2 pro hudud semakin mengganas. Untuk gambar di atas, rujuk sini.

Aisyah masih terus diserang.


Aku tak pasti sangat apa yang mendorong mereka menjadi ganas. Tetapi keganasan bukan sebahagian dari Islam.

Bagi aku. Untuk bahas isu hudud kau kena bagi hujah. Hujah vs hujah. Jangan takut untuk bertanya dan mempersoalkan kerana itu sebahagian dari proses pembelajaran. Jika kau takut untuk bertanya lalu bagaimana kau boleh belajar? Jika kau takut untuk mempersoalkan dan menunjukkan apa yang kau fikir lalu bagaimana kau tahu apa yang kau fikirkan itu benar atau tidak? Ia perlu ditarik keluar untuk perbincangan, perbahasan ilmiah supaya kau tahu betul dan salah.

Jika kau salah at least kau faham kenapa kau salah dari dok diam2 tatau apa2 dan fikir sendiri2.

Ini memang pendirian yang aku pegang tentang agama.

Jadi aku tak peduli la kau semua nak kata sapa sesat sapa kafir sapa murtad sapa meroyan yang aku tahu dalam proses perbahasan dan pergaduhan, aku akan dapat input dan ilmu bahkan membantu aku faham satu2 isu dengan lebih baik.

Yang aku jadi pelik. Penyokong2 pro hudud ini kebanyakkan dari mereka hanya tahu maki. Lepas maki, ugut orang. Lepas ugut suruh diam.

Tapi apa yang mereka terangkan tentang hudud?
Apa pun takde.

Kenapa apa pun takde?
Kerana apa pun tak faham.

Kenapa apa pun tak faham?
Kerana ikut-ikutan.

Sokong kerana mengikut.
Sokong bukan kerana dia memahami kenapa dia perlu sokong.

Mereka fikir ilmu agama hanya orang2 yang amek course agama aje perlu study dan belajar. Dia tak fikir dia layak untuk selak Alquran tarik keluar ayat dan mempertikaikan, mempersoalkan in order untuk memahami dan membantu kau meningkatkan iman masing2. Selepas itu baru la masuk kepada proses pemahaman. Kau malas bertanya tentang agama kau. Dan kau fikir kemalasan itu akan mampu menghadirkan hidayah untuk kau kenal lebih baik tentang apa yang agama kau anjurkan? Dan bila ada orang rajin berbahas untuk kenal agama, diri dan tuhan kau takut2kan mereka dengan pelbagai label bagi menghalang dan melarang hak mereka untuk berfikir. Adakah ini agama anjuran tuhan? Ini bukan agama anjuran tuhan. Ini agama anjuran manusia. Wrong number. Berhenti tipu manusia guna nama Allah. Allah tidak bodoh sepertimana yang kau semua sangka wahai umat Islam. Dan paling penting. Allah tak suruh rogol orang untuk pertahankan hudud. Titik.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...