Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 23 Mac 2015

DAP Ajak BN Gabung Bentuk Kerajaan - Akhirnya DAP Dedahkan Wajah Sebenar.

La.

Demi nak lawan PAS.
Demi nak lawan hudud.
Demi nak tunjuk betapa antinya dia pada Islam.
Sanggup nak bersatu dengan BN.
Maka bukan la dia lawan BN kerana BN itu zalim.
Dia lawan BN kerana dia merasakan partinya tidak mendapat manfaat sepertimana yang BN raih. Jika dia mendapat manfaat sepertimana yang BN dan pemimpin2 BN raih, buat apa beria2 nak lawan dan jadi pembangkang yang memperjuangkan hak2 rakyat?

Aku ada tulis disini. Baca : DAP lawan hudud kerana 'Islam'.

Aku kata DAP melawan hudud kerana sentimen agama. Ia bukan kerana sentimen rakyat atau nak membetulkan tindak tanduk PAS. Hudud yang nak dilaksanakan PAS mendapat pelbagai kritikan sebenarnya. Ada yang benar2 mengkritik kerana mahu membetulkan tindak tanduk PAS dan proses pelaksanaan hudud itu agar sejajar dengan idelogisma Islam. Tapi ada yang mengkritik kerana mengkritik hudud itu secara peribadi. Yang neh kau semua pandai2 la analisa dan hadam point2 kritikan dari mereka2 itu semua dan tentukan sendiri siapa yang berada di kelompok mana. Cuma dari apa yang aku nampak tentang DAP, dorang kritik hudud kerana hudud bukan kerana nak membetulkan atau meluruskan sistem yang bengkok di negara neh. 

Cuma yang aku paling tak faham dan nampak mengarut sangat LIM KIT SIANG kau neh bila dia boleh ajak BN bersatu demi nak lawan tindakan PAS melaksanakan hudud.

Pada aku PAS memang bermasalah tapi aku tak menolak bahawa PAS ada harapan luas untuk menjadi parti yang berkredibliti dan diyakini bagi melaksanakan hudud. Masa, peluang dan pengalaman akan membantu PAS untuk reform jika ahli2 PAS mendorong ke arah itu kelak.

Tapi bukan sekarang sebab aku tak nampak PAS mahu melaksanakan hudud kerana sentimen adil tetapi lebih kepada sentimen emosi kerana terkesan dengan sikap pentingkan diri PKR dan DAP dalam PR.

Tapi bukan itu main point dia. Main point dia dah kau kutuk2 PAS nak UG dengan UMNO la apa la tapi kau sendiri ajak BN bersatu terang2, depan2, terbuka lagi, apa citer neh?

Kau sanggup bersatu dengan BN untuk menghalang tindakan PAS?
BN dah tak zalim?
Tak kejam?
Nanti lepas bersatu kau terima GST? Akta hasutan? LYNAS? Ke macam mana?
Bodoh gile la DAP neh. Bodoh nak mampos.

Baca ;

Susulan keadaan tidak menentu politik Malaysia, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang mengusulkan pembentukan sebuah kerajaan persekutuan campuran untuk “Selamatkan Malaysia”.

Kerajaan baru ini patut melibatkan anggota Parlimen kedua-dua belah kerajaan dan pembangkang yang mempertahankan perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Menegaskan perkara itu pandangan peribadinya, Lim berkata perdana menteri patut datang daripada kedua-dua belah pihak.

'Tiba-tiba, politik Malaysia di kedua-dua belah kelihatan berada dalam keadaan terumbang ambing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Veteran DAP itu berkata kerajaan BN kekal seperti tidak terkawal bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam masa yang sama, katanya, blok pembangkang pula kini berdepan krisis terbesarnya. -Mkini.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...