Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 27 Mac 2015

Ini Jawapan Kastam 106 Soalan Berkaitan GST - Baju Sekolah, Tandas Awam, Parking Tertakluk GST Oleh Syarikat Berdaftar. (Part II)


Ini adalah episode kedua dalam artikel Kastam jawab 106 soalan berkaitan GST oleh kumpulan anti GST. Episode pertama disini.

Jawapan kastam memang banyak kecuaian, menipu, mislead dan mengarut. Tapi aku akan buktikan di episode akhir bagi tajuk diskusi ini. 

Baca sambungan jawapan kastam kepada kumpulan anti GST dulu ;

55. Kenapakah tambang pengangkutan awam naik sebanyak 23%-67% yang sepatutnya berkurangan setelah dipotong dari SST? 

Kenaikan tambang pengangkutan awam yang didakwa meningkat dari 23% ke 67% tiada kaitan dengan pelaksanaan GST. Berdasarkan kajian, kesan GST ke atas kos perkhidmatan pengangkutan awam adalah minimum memandangkan pengangkutan awam dikecualikan daripada GST dan kadar GST adalah lebih rendah daripada SST. Kadar kenaikan tambang teksi sudah diusul kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dan dikaji sejak beberapa lama dahulu iaitu sebelum pelaksanaan GST. 

58. Jabatan Kastam Diraja telah dilabel sebagai salah satu agensi kerajaan paling korup. Bagaimana kerajaan boleh meletakkan kepercayaan kepada pejabat Kastam untuk mengutip GST? 

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merupakan Agensi yang dipertanggungjawab untuk mentadbir cukai jualan dan cukai perkhidmatan sejak dikuatkuaskan pada 1970an.SST akan dimansuhkan dan dugantikan oleh GST mulai 1 APRIL 2015 maka sewajarnya GST ditadbir urus oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) juga. Jabatan sentiasa mengambil langkah membendung amalan tidak berintegriti di kalangan anggota jabatan dengan melaksanakan nilai-nilai murni,pusingan kerja (job rotation) dan mengenakan tindakan disiplin ke atas pegawai yang tidak mematuhi etika kerja dan peraturan-peraturan penjawat awam. 

60. Kerajaan tidak boleh melaksanakan GST tanpa mekanisme kawalan dan auditan bersedia, dan tidak mempunyai mekanisme tersebut ketika ini. Bayangkan jumlah penipuan dan duit kopi yang akan diperolehi oleh juruaudit kerajaan sekiranya berlaku. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengelakkan perkara ini? 

GST merupakan sistem berasaskan penilaian kendiri (self assessment) dengan itu memerlukan sistem pengurusan risiko yang komprehensif dan mantap bagi memantau pembayaran cukai oleh mereka yang berdaftar. Sistem ini mengurangkan interaksi antara pegawai jabatan dengan peniaga dan sekaligus mengurangkan peluang penyelewengan di kalangan juruaudit. Sistem ini juga dibina lengkap dengan kelulusan berperingkat agar semua tindakan direkodkan dan dikawal oleh para penyelia.

61. Kebanyakan peruncit tidak langsung pernah merekodkan transaksi buat kali pertama. Bagaimana kerajaan dapat melaksanakan GST (kecuali pada supermarket dan retailers) kebanyakan perniagaan di Malaysia adalah dalam tunai dan tidak mengeluarkan invois dan sistem data. Hanya mereka yang mempunyai rekod yang baik dapat mengisi data mereka dengan baik kerana tiada kepakaran audit. Jadi mengapa perlu GST? 

GST tidak boleh dikaitkan dengan amalan perniagaan. GST pada hakikatnya membantu peniaga memperbaiki sistem rekod penjualan dan pembelian yang lebih efisyen (good business practice) bagi memudahkan mereka mengenalpasti kos sebenar yang ditanggung dan keuntungan sebenar yang diperolehi. 

63. Bagi satu barangan yang dikecualikan GST, pekedai telah kenakan GST. Apakah yang patut saya lakukan? Bagaimana saya boleh mendapat kembali wang saya? 

Hanya pekedai yang sudah berdaftar yang ada hak kenakan GST kepada harga barang. Pengguna boleh menyemak status pekedai sama ada berdaftar GST atau tidak melalui laman sesawang Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berikut http://gstmalaysiainfo.com/bagaimana-cara-untukmenyemak-status-gst/ 

Pengguna boleh melaporkan kepada JKDM kes pekedai yang tidak berdaftar GST tetapi mengenakan GST kepada harga barang. Aduan boleh dibuat melalui hotline 1-300-888-500, helpdesk atau di link berikut: http://aduan.customs.gov.my 

Pengguna juga boleh memfailkan aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna untuk mendapatkan wangnya kembali, 

64. Berapa jumlah syarikat untuk yang mempunyai pendapatan lebih daripada RM500,000 sebelum GST telah menutup perniagaan mereka untuk elak GST? 

Tiada maklumat dan diluar bidang kuasa JKDM. 

66. Adakah barangan keagamaan seperti kitab suci dan barang sembahyang dikenakan GST? 

Kitab suci tidak dikenakan GST tetapi barang sembahyang tertakluk kepada GST, sama seperti sekarang ia dikenakan cukai jualan 

67. Adakah perkhidmatan LRT dan Komuter akan dikenakan cukai GST? 

Perkhidmatan LRT dan Komuter dikecualikan dari GST.

68. Adakah kos penyelenggaraan untuk flat kos rendah dan apartment dikecualikan GST? 

Kos penyelengaraan untuk semua perumahan di bawah hakmilik strata adalah dikecualikan dari GST. 

69. Adakah perkhidmatan bas sekolah akan dikenakan cukai GST? 

Perkhidmatan bas sekolah dikecualikan dari GST. 

70. Bolehkah kadar 6% GST itu dinaikkan bila –bila masa? Apakah kriteria untuk meningkatkannya? 

Cukai jualan telah diperkenalkan pada tahun 1972 manakala cukai perkhidmatan pada tahun 1975. Sejak dari itu, kenaikan kadar cukai jualan hanya berlaku sekali sahaja selepas 10 tahun pelaksanaannya iaitu pada tahun 1982 dari kadar 5% kepada 10%. Manakala kenaikan kadar cukai perkhidmatan dari 5% kepada 6% hanya berlaku pada tahun 2011 selepas 36 tahun pelaksanaannya. Jika dibandingkan dengan negara-negara yang telah melaksanakan CBP seperti Australia, Jepun dan Singapura, didapati kenaikan kadar cukai hanya berlaku setelah beberapa tahun pelaksanaan CBP. Keadaan ini dipengaruhi oleh faktor seperti kestabilan ekonomi, kemantapan sistem CBP, penerimaan rakyat yang sangat tinggi serta impak terhadap pengguna mempengaruhi kenaikan kadar cukai 

71. Bagi barangan dan perkhidmatan yang akan wujud pada masa depan, adakah GST akan dikenakan dan bagaimana ia ditentukan? 

Sama ada barang dan perkhidmatan yang akan wujud pada masa depan akan tertakluk kepada GST bergantung kepada kategori barang dan perkhidmatan tersebut sama ada ianya tertakluk kepada GST. Jika kategori barang dan perkhidmatan tersebut tidak tersenarai di dalam Perintah CBP (Pembekalan Berkadar Sifar) 2014 atau Perintah CBP (Pembekalan Dikecualikan) 2014 maka ia tertaluk kepada GST. 

72. Adakah perkhidmatan tandas awam dikenakan cukai GST? 

Perkhidmatan tandas awam yang dibekalkan oleh orang berdaftar GST tertakluk kepada GST.

73. Adakah pakaian sekolah dikenakan GST? 

Pembelian pakaian sekolah dari orang berdaftar GST tertakluk kepada GST sama seperti sekarang ia dikenakan cukai jualan. 

74. Adakah alat-alat tulis yang digunakan di sekolah dikenakan GST? 

Pembelian alat tulis dari orang berdaftar GST tertakluk kepada GST sama seperti sekarang ia dikenakan cukai jualan. 

75. Dalam konteks mewujudkan masyarakat celik IT, adakah GST dikenakan bagi pembelian komputer? 

Pembelian komputer dari orang berdaftar GST tertakluk kepada GST. 

78. BRIM merupakan kaedah yang digunakan oleh kerajaan untuk membantu golongan miskin untuk menghadapi kesan GST. Bolehkan kita membatalkan GST supaya kerajaan tidak perlu membayar BRIM? 

Tidak. Sebenarnya BR1M telah diperkenalkan sebelum GST dilaksanakan lagi. 

79. Syarikat yang mempunyai auditor dalaman akan mampu untuk menanggung kos pentadbiran GST jika dibandingkan dengan syarikat kecil yang tidak mempunyai auditor dalam. Bagaimanakah kerajaan dapat membantu syarikat-syarikat kecil dengan pertambahan kos pentadbiran ini? 

Kerajaan telah memberi bantuan dari segi handholding program (latihan percuma), bantuan dalam bentuk e-voucher untuk membantu PKS membeli perisian perakaunan patuh GST. PKS juga boleh datang pada bila-bila masa untuk mendapatkan konsultasi dan khidmat nasihat. Mereka juga layak mendapat elaun modal yang dipercepatkan dan insentif lain. Panduan-panduan GST juga disediakan untuk PKS memahami GST yang boleh dimuat turun dari laman web sesawang seperti berikut : 

a) Panduan Umum - http://gst.customs.gov.my/ms/rg/Pages/rg_gg.aspx 
b) Panduan Industri - http://gst.customs.gov.my/ms/rg/Pages/rg_ig.aspx 
c) Panduan Spesifik - http://gst.customs.gov.my/ms/rg/Pages/rg_sg.aspx16 

80. Oleh kerana barangan makanan adalah zero rated adakah ia bermakna tidak akan ada peningkatan harga barangan makanan? 

Sepatutnya barang yang dikelaskan dalam barang kategori berkadar sifar tidak akan naik sekiranya faktor-faktor lain yang menentukan harga (cth. kadar pertukaran matawang, cuaca, perubahan permintaan dan penawaran) tidak berubah (Ceteris paribus). Ini adalah kerana cukai yang dikenakan semasa era SST menjadi kos kepada peniaga. Tetapi selepas era GST cukai input boleh dituntut kembali. Ini bermakna tidak akan ada elemen cukai di dalam barangan yang dikelaskan sebagai barang berkadar sifar. 

81. Jika pengembalian semula GST ditangguhkan, adakah kerajaan akan membayar pampasan kepada syarikat untuk memastikan kos tidak dipindahkan kepada pengguna? 

Pulang balik GST akan dibayar oleh kerajaan dalam tempoh 14 hari sekiranya penyata dikemukakan secara atas talian atau 28 hari sekiranya penyata dikemukakan secara manual dengan syarat permohonan adalah lengkap. Namun pembayaran pulang balik tidak akan dibayar sekiranya Ketua Pengarah Kastam mempunyai alasan yang kukuh nilai yang dituntut bukanlah nilai yang sepatutnya dituntut dan tiada pampasan akan diberi. 

83. Beras dikecualikan GST, namun kos pengeluaran dan kos pengangkutan akan ada GST. Bukankah ia akan meningkatkan harga beras? 

Beras adalah barang berkadar sifar. Iaitu tiada GST dikenakan. Tetapi semua GST yang dibayar ke atas input termasuk pengangkutan oleh pengeluar yang berdaftar GST boleh dituntut daripada kerajaan. Ini bermaksud GST bukanlah kos kepada pembekal beras yang berdaftar GST. 

84. Sistem zakat mengambil cukai dari kaya untuk menolong yang miskin. Manakala GST adalah bertentangan iaitu cukai korporat dikurangkan satu peratus, cukai jualan barangan mewah dihapuskan dan GST dikenakan kepada semua. Bukankah ini bertentangan dengan sistem zakat dan haram? 

Model GST di Malaysia adalah bersifat progresif bukan regresif. Iaitu bebanan cukai kepada golongan yang berpendapatan rendah adalah kurang berbanding dengan golongan berpendapatan tinggi.

85. Adakah tol akan dikenakan GST? 

Tidak, tol merupakan pembekalan dikecualikan dari GST. 

- Adakah tambah nilai Touch N Go dikenakan GST? 

Tidak, tambah nilai Touch N Go merupakan pembekalan dikecualikan dari GST 

- Adakah parkir kereta akan dikenakan GST? 

Ya, Jika perkhidmatan parkir kereta disediakan oleh orang berdaftar GST. 

86. Dikatakan pendidikan dikecualikan GST, namun mengapa kelas tuisyen dikenakan GST? 

Hanya pendidikan asas dikecualikan dari GST tetapi tuisyen merupakan kelas tambahan. Namun, pusat tuisyen yang berdaftar GST boleh menuntut GST yang dibayar ke atas input untuk tujuan perniagaan.Ini bermaksud GST bukanlah kos kepada pusat tuisyen yang berdaftar GST. 

87. Adakah servis kereta akan dikenakan GST? 

Ya, Jika perkhidmatan servis kereta disediakan oleh orang berdaftar GST. 

88. Sesetengah syarikat mengiklankan mereka akan menyerap cukai GST, adakah tindakan ini sah dan bukankah ia bertentangan dengan semangat GST? 

Sekiranya syarikat menyerap cukai GST, ia tidak bertentangan dengan semangat GST. Perundangan meminta peniaga memaparkan harga termasuk GST (GST inclusive price). 

90. Adakah perkhidmatan gunting rambut dikenakan GST? 

Kebanyakan kedai gunting rambut adalah dibawah nilai ambang RM500,000. Oleh itu hanya kedai gunting rambut yang berdaftar GST sahaja yang akan mengenakan GST. 

91. Mengapakah makanan yang dikategorikan sebagai makan golongan miskin seperti maggi mee dan sardin dikenakan GST? 

Sekarang pun Maggi mee dan sardin yang ditinkan adalah tertakluk kepada cukai jualan. Namun, peniaga yang berdaftar GST boleh menuntut GST yang dibayar ke atas input untuk tujuan perniagaan

94. Adakah pihak kastam ada melakukan pengiraan bagaimanakah harga 1000 barangan biasa selepas 1 April 2015? 

Untuk membatalkan sebarang SST, kurangkan harga barangan pertengahan zero rated dan kemudian tambah GST untuk mendapatkan harga barangan yang berpatutan selepas GST diperkenalkan. Kajian akan dibuat selepas pelaksanaan GST 

95. Jadi anda boleh memberikan kami senarai harga 1000 barangan biasa untuk KL-PJ untuk semasa dan selepas GST? Jika anda menyerahkan kepada peniaga untuk menentukannya sendiri, mereka mungkin akan melebihkannya untuk GST. 

Dibawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, peniaga dilarang mengaut keuntungan melampau. Tindakan dibawah bidang kuasa KPDNKK. 

96. Adakah anda akan mengawal 350000 syarikat yang telah pun didaftarkan dengan GST? Bagaimana pula 1 juta syarikat kecil yang kemungkinan besar akan menggunakan GST sebagai alasan untuk menaikkan harga barang? 

Ya. JKDM akan mengaudit syarikat yang berdaftar GST.Bagi mengawal kenaikan harga barang KPDNKK akan membuat pemantauan harga dari semasa ke semasa ke atas syarikat dan peniaga. 

98. Bagaimanakah orang awam dapat membuat aduan jika mereka mengesyaki pegawai penguatkuasa kastam menerima rasuah dari ahli perniagaan? 

Orang awam boleh membuat aduan kepada Ketua Pengarah Kastam (KPK) di link: 

http://aduan.customs.gov.my 

atau terus kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di link : 

www.sprm.gov.my/laporkanrasuah 

Adakah pegawai penguatkuasa akan memakai tanda nama? Pegawai penguatkuasa adalah dikehendaki untuk memakai tanda nama sepanjang waktu bertugas. 

99. Berapakah jumlah jam dalam seminggu yang akan diambil untuk memasukkan segala data yang diperlukan untuk memasukkan input GST di dalam sistem komputer sekiranya perniagaan hanya mempunyai pulangan sebulan RM50k? 

Bergantung kepada berapa banyak transaksi yang berlaku.

100. Jika seseorang itu tidak celik komputer dan memerlukan perkhidmatan luar untuk melakukan kerja-kerja memasukkan data GST ini, berapa kos yang ditanggung beliau dalam seminggu. 

Ia bukanlah satu keperluan untuk memasukkan input GST melalui sistem komputer tetapi rekod perniagaan masih boleh disimpan secara manual selagi ianya mematuhi akta dan peraturan GST. IT biasanya dapat memudahkan urusan perniagaan berkaitan dengan GST. 

101. Kastam seringkali menyatakan beras adalah cukai sifar. Adakah ini bermakna pesawah dapat mengutip kembali GST yang mereka bayar untuk baja dan racun serangga? Bagaimanakah mereka dapat melakukannya kerana mereka adalah petani kecil dengan jumlah pendapatan yang sedikit, mereka ini tidak berdaftar dengan kastam untuk GST? 

Untuk pekebun kecil, Skim Kadar Rata disediakan bagi membolehkan petani kecil mendapat kembali GST yang telah dibayar oleh petani tersebut. 

102. Jadi jika petani kecil tidak dapat menuntut kembali peningkatan harga barangan input, kemudian adakah pengilang beras akan menaikkan harga beras yang dibeli oleh mereka? 

Ini adalah kerana harga beras di pengilang adalah ditetapkan oleh kerajaan. Jika tiada peningkatan harga beras di pengilang, maka petani kecil akan menderita pengurangan jumlah pendapatan mereka. Jika terdapat kenaikan harga, adalah ia akan mengakibatkan peningkatan harga beras? Subsidi beras akan dikekalkan oleh kerajaan. Beras termasuk barang kawalan harga oleh KPDNKK. 

103. Bolehkah pengilang beras menuntut kembali input cukai bagi elektrik yang digunakan? Dan bagi pertukaran “spare parts” dan pembungkusan plastic? Sekiranya beras tidak cukai sifar, adakah harga di peringkat pengilang akan naik? Tidakkah ini akan dipindahkan kepada pengguna pada akhirnya? 

Pembekalan beras adalah pembekalan berkadar sifar. Jadi, pengilang beras yang berdaftar boleh menuntut semua GST yang dibayar ke atas input untuk tujuan perniagaan. 20 

104. Dari kilang kepada pemborong, adakah syarikat pengangkutan akan mengenakan GST kepada pemborong? Adakah pemborong dapat menuntut kembali sebagai cukai input? Jika pemborong dapat menuntut pelepasan cukai input, bukankah itu merupakan satu kekurangan kepada syarikat pengangkutan kecil yang tidak didaftar dengan GST? 

Untuk syarikat ini, mereka tidak dapat memindahkan GST yang dibayar kepada pembelinya kerana mereka juga tidak boleh mengutip GST. Ya. Syarikat pengangkutan yang berdaftar GST akan mengenakan GST kepada pemborong.Pemborong boleh menuntut kembali GST yang dibayar sebagai input tax jika ia berdaftar GST. Bagi syarikat pengangkutan kecil yang tidak berdaftar, GST yang telah dibayar ke atas input akan terkandung dalam harga yang dijual. 

105. Adakah ubatan berikut cukai sifar? Sulperazone (antibiotic yang digunakan untuk jangkitan yang serius), Simvastatin(untuk mengurangkan kolestrol), ubatan anti HIV Ubat-ubatan yang tersenarai di dalam senarai Ubat-Ubatan Penting Kebangsaan (NEML) adalah berkadar sifar. 

321 entiti kimia meliputi 4215 jenama berkadar sifar. 

106. Banyak doktor persendirian menyewa ruang klinik dari hospital swasta. 

Adakah pihak hospital akan mengenakan cas GST untuk penyewaan ini/Bagaimana pula perkhidmatan yang “dibeli” oleh doktor-doktor persendirian ini dari hospital. Sebagai contoh: ujian, xray, ubatan? Tidakkah semua ini dikenakan GST? Hospital swasta akan mengenakan GST ke atas penyewaan ruang klinik. Ubatan yang berada dalam senarai NEM tidak dikenakan GST. Perkhidmatan dan X-ray dikecualikan dari GST.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...