Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 9 Februari 2015

Saksikanlah Bagaimana Nga Dan Ngeh Memperbodohkan Diri Sendiri..

Kita tahu bagaimana Ismail Sabri terlihat sangat bodoh apabila spin fakta kes dalam isu kenyataan racist yang dibuatnya dalam berkaitan boikot peniaga cina.

Begitu juga dengan Najib Razak dan geng2 UMNO yang lain. Yang memang nampak bodoh sangat sebab enggan terima fakta.

Pada aku. Oke, katakanla ko mengaku ko memang mengeluarkan kenyataan tersebut pun, so? Ia samada ko pertahankan diri atau ko perbetulkan diri. Kalau ko nak pertahankan diri ko, fine, sila. Tapi mesti kau mengaku terus terang apa yang ko sebut betul2 dan deal with it. Tak guna ko nak pertahankan ko konon2nya ko benar tapi dalam waktu yang sama ko sorokkan atau sembunyikan kebenaran. Macam yang aku sebut la. Screen shot ko tue semua orang dah baca dan masing2 boleh menilai sendiri. Benda bukan fitnah bukan account fake. Dari orang pertikaikan kenyataan racist ko sampai orang pertikaikan tindakan ko yang SPIN fakta meskipun bukti jelas terpapar. Apa la nak jadi. Terang2 perbodohkan diri.

Tapi ko tak berkeseorangan dalam isu ini Ismail. Orang yang ko fitnah tue pun sebenarnya sama bangang macam ko juga. Kelakar sial. Aku perati je perangai DAP yang beria2 suruh ko letak jawatan bagai. Saja nak tengok sejauh mana mereka provoke untuk ambil kesempatan. Jika ada yang beranggapan DAP lawan kenyataan racist menteri adalah kerana DAP mempertahankan kebenaran, sila la bunuh diri laju2.

Apa yang DAP buat ialah mengambil kesempatan. Sengaja cipta persepsi untuk raih sokongan. Ini antara isu yang mereka akan gunakan bagi memperkasakan sokongan ke atas parti berkenaan. Seperti mana BN, PKR, PAS dan DAP adalah kaki kencing rakyat.

Tadi aku nampak ini ;


Celaka. 2 orang pun kira banyak ka. Dan aku hari tue ada terperasan yang malaon mana tah yang mengaku mereka dari persatuan kerabat diraja Kedah. Buat laporan SPRM. Game over dah kata si Ngeh neh kat twitter. So aku godek balik. Sumpah takde. Aku mula ragu2 dengan ingatan aku. Dan nampaknya aku tak silap. Sebab memang aku silap ingat. Bukan si Ngeh bebal tue yang update sebaliknya sepupu dia si Nga Kor Ming bm kelaut tue yang update.

Tengok ;


Pada 6 feb si Ngeh upload 2 orang melayu yang ramai (oOoo 2 tue sebenarnya ramai sangat) yang masih melanggan OTWC kerana enggan terikut pada saranan UMNO boikot OTWC. Menyempat kau. Jadi duta OTWC. Dan pada 6 feb juga, si Nga update di twitter bahawa 2 orang pakcik tue dah lapor SPRM tentang Ismail Sabri. 2 orang pakcik tue katanya dari persatuan Kerabat Diraja Kedah.

Aku perhatikan muka kedua2 pakcik tue. Dan aku terfikir2. Ini bapa sapa la agaknya neh. Aku sampai sekarang tak dapat hadam. Apa kaitan SPRM dengan kenyataan Ismail Sabri. Kalau SKMM ke, PDRM ke logik juga. Tapi itu pun jangan. Sebab memang nampak bangang sangat.

Bangangnya bermula bila kau pongpang2 lawan akta hasutan tapi ko nak menteri didakwa di atas akta yang sama. 

Ketidakkonsistenan wujud disitu.

Kalau sekadar nak buat rekod, untuk proses saman dan seterusnya aku boleh faham la. Tapi kalau report polis dengan mengharap menteri dikenakan pendakwaan atas akta hasutan, memang bangang la.

Dan bangang juga bila DAP hanya tekankan konteks boikot peniaga cina semata2. Cuba ko selusuri betul2 point Ismail Sabri tue. Ko tak nampak ke bila dia mempertikaikan ketidakhalalan atau halalnya OTWC diragui maka itu bermaksud JAKIM itu sendiri dipertikaikan? Kenapa tak jadi cerdik dengan main isu begini? Kenapa jadi bangang dengan saling berbalas label stupid sana stupid sini? Sedangkan hakikatnya BN dan DAP lebih kurang saja. Mengata orang dia yang lebih padahal dua2 nya memang stupid dan terbukti.

Satu lagi yang aku perhatikan juga la. Bangang tak bangang juga la geng2 cina DAP neh. Maaf cakap, bukan semua tapi ada dan dah lama aku anggap depa bangang.

Ada sebilangan dari mereka yang aku percaya DAP tegar at least. Mereka sebarkan kempen boikot semua barangan yang dijual oleh Syed Mokthar Al Bukhary. Aku raikan itu sebagai hak mereka untuk boikot. Lantak lue orang la.

Tapi dalam waktu yang sama apasal bila menteri buat perkara yang sama, puak2 neh melenting sakan? Tak nampak bangang ka?

Aku boleh faham orang2 macam aku berhak la rasa meroyan dengan kenyataan menteri tapi puak2 yang memang mempromosikan boikot barangan berkaitan BN (kononnya la kan) sekurang2nya tak patut la melenting, kan dah memang perangai ko pun haprak nak mampos macam menteri sewel tue. Boikot kerana sentimen melulu.

Benda neh dah lama tersebar bermula dari wassap lagi. Tapi macam biasa, aku peduli apa. Aku akan makan apa yang aku nak makan, beli apa yang aku nak beli janji halal dan sedap tekak aku telan. Cina dan melayu nak gaduh sampai mati, sampai mampos dan berbunuhan sesama sendiri ka apa ka itu korang punya pasal selagi mana korang tak menyusahkan hidup aku. Pendek kata, kalau nak mampos, mampos la tanpa menyusahkan hidup orang lain.

Aku sebenarnya perhatikan aje perangai2 pimpinan partisan dalam mengulas isu boikot neh ;

- Ismail Sabri keluar kenyataan racist.
- DAP meroyan, MCA meroyan, MIC meroyan
- UMNO sokong, pimpinan cina dalam BN ada yang diam ada yang meroyan
- Geng2 UMNO meroyan buat demo protes
- Siap spin dan tukar fakta sesuka ahti
- Geng2 DAP plak meroyan buat demo protes letak jawatan
- Report polis, SPRM dengan kerabat diraja Kedah pun ada, cipta propaganda bagi gempak
- Bergambar kat OTWC pula dah. Melayu tak sokong boikot katanya
- Kemudian sambung meroyan lagi bila masing2 berbalas stupid menstupidkan antara satu sama lain. 

Hasil dari pemerhatian aku pula menemukan analisa bahawa menteri, pimpinan dan parti tugas mereka memang untuk meroyan, cipta persepsi, create agenda, buat sentimen, raih sokongan dan spin fakta.

Yang menfitnah begitu, yang kena fitnah pun begitu. Tak kira la dari sisi mana pun mereka berdiri. Mereka sebenarnya takde niat nak kisahkan rakyat. Kisahkan buat propaganda je. Macam si Ngeh dan Nga tue. Apa kejadahnya lahai lepas sebar gambar 2 orang pakcik yang baru keluar dari OTWC terus dibawanya pergi buat laporan SPRM. Orang bangang pun boleh tahu yang korang sebenarnya tengah karang skrip bagi buat cerita. Bodoh nak mampos.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...