Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 11 Februari 2015

Giliran Zunar Pula Ditahan Polis..

Cerdik polis ko buat kerja. Cepat dan pantas. Laju nak mampos. Siang tadi KPN ada arahkan polis siber siasat tweet yang dikeluarkan oleh ;

- Zunar

- Nga Kor Ming

- Rafizi Ramli

Atas alasan menghina dan mempersoalkan institusi kehakiman negara yang mana mereka menulis tentang keputusan penghakiman yang menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Anwar Ibrahim dalam konspirasi liwat II.

Dan susulan dari tindakan itu, polis telah menahan Zunar pada jam 9 malam. Ini ada sedikit sedutan berita berkaitan penahanan tersebut seperti yang dilaporkan menerusi Awani ;

Kartunis, Zulkiflee Anwar Alhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar, telah ditahan polis kira-kira jam 9.00 malam ini di kediamannya, dipercayai di bawah Akta Hasutan 1948.

“Lima pegawai polis datang... mereka ke sini untuk menahan Zunar dan membawanya ke IPD Dang Wangi.

"Yang tiga pegawai kanan itu sangat sopan, dan meminta 'Abang' membawa ubat-ubatan serta bajunya sekali. Abang ditahan kerana Twitternya," kata isteri Zunar, Faszt Alin Adan di laman Facebooknya.

Sebelum itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan menerusi akaun Twitternya, telah mengarahkan pihak polis menyiasat Zunar kerana memuatnaik tweet yang dikatakan berbaur hasutan.

Dan, jika polis tahan Zunar, maka tak mustahil juga Rafizi dan Nga Kor Ming akan dikenakan tindakan yang sama dalam masa terdekat atau sekurang2nya dipanggil ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Polis.. polis.. semua benda yang related dengan pembangkang.. laju2 ek korang buat kerja. Tapi.. cuba kalau benda tue membabitkan rakyat marhaen.. kemain payah nak bertindak.. gamaknya orang yang update twitter tue dianggap penjenayah besar dan berat kot berbanding penjenayah yang bunuh2 orang neh..

Apa pun tak boleh.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...