Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 13 Disember 2014

Pemimpin UMNO Dilabel 'BANGSAT' Dalam Persidangan Tahunan PERKASA.


Kena bangsat kau.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Tak pasal2 kena maki bangsat. Mendapat la kau. 

Yang kena sound semua ialah pimpinan2 dalam UMNO yang mendapat jolokan sebagai pemimpin progresif dan liberal.

- Khairy Jamaluddin

- Saifuddin Abdullah

- Nur Jazlan Mohammed

Yang sound tue ialah ketua Wira Perkasa sayap pemuda PERKASA, bernama Irwan Fahmi. Ucapan dasar dia menyatakan bahawa ;

1. PERKASA dipergunakan oleh UMNO untuk mencapai maksud peribadi bagi parti atau pemimpin tertentu.

2. Ahli PERKASA ada di seluruh negara dan menyeru agar bersama2 tolak pemimpin2 seperti yang dia sebutkan.

Kelakar kot.

Sapa perguna sapa sebenarnya? Aku rasa PERKASA itu wujud kerana UMNO itu sendiri. Kewujudan PERKASA adalah untuk mempertahankan UMNO dengan melakonkan wayang propaganda dan politik untuk mencipta persepsi agar semua orang benci pembangkang dan kembali menyokong UMNO.

Dan, apa? Ahli PERKASA bersepah? Ini superb lawak kot.

Bersepah hotak kaw. Setiap kali demo, semua gagal. Jumlah kehadiran dah membayangkan betapa 'RAMAI'nya bilangan ahli NGO kau tue. 

KAH KAH KAH

Laporan berita dari The Malaysian Insider ;


Sayap Pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di akhir Persidangan Tahunan mereka hari ini mensasarkan beberapa pemimpin Umno apabila melabelkan mereka sebagai "bangsat".

Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris ketika berucap dalam sesi penggulungannya mensasarkan, Ketua Pengarah Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global Datuk Saifuddin Abdullah, Ketua Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed, dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin serta mempersoalkan sumbangan mereka terhadap komuniti Melayu di negara ini.

"Saya beri peringatan kepada Saifuddin, dahulu semasa jadi menteri apa yang dia buat, apa tanggungjawab dia? Apabila kita mempertahankan beberapa perkara kita dicemuh," katanya, merujuk kepada jawatan timbalan menteri pengajian tinggi yang pernah disandang Saifuddin.

"Nur Jazlan, dia bangsat. Dia binatang. Semasa di UDA, apa yang dia buat untuk bantu ekonomi Melayu?" kata Fahmi, merujuk kepada organisasi yang diketuai Jazlan sebelum ini.

Ketika mengulas berkenaan Khairy, Fahmi berkata pemimpin Umno itu seringkali tidak mengendah dan mempertahankan Melayu, namun apabila gereja diserang, beliau menjadi orang pertama tiba di lokasi itu.

"Waktu masjid diletakkan kepala babi, mana dia?" soal Fahmi.

Beliau turut mengingatkan pemimpin Umno, Perkasa mempunyai keahlian di seluruh negara dan ahli akan menolak pemimpin seperti mereka. "Umno juga bermula dengan NGO. Dulu mereka melawan penjajah," katanya. "Sudah cukuplah kita dipergunakan, sampai bila kita nak macam ini," katanya.

Beliau juga memberi peringatan ketika kes mahkamah kalimah Allah, pemimpin Umno sendiri tidak kelihatan bersama-sama mereka bagi memperjuangkan perkataan suci umat Islam itu.

"Mana menteri yang duduk di Putrajaya, sekangkang dengan Istana Kehakiman? "Mereka tak nak bantu tidak mengapa, tapi jangan menyusahkan. "Ahli kita ada di merata tempat. Pastikan kita tolak pemimpin macam ini," tambahnya. –TMI-

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...