Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 12 Disember 2014

Elaun Saraan Menteri Besar N9 Naik Bermula Januari 2015.


Kalau tak dinaikkan maka mereka pun akan ikat perut gamaknya macam Shahidan Kassim.

KAH KAH KAH

Oke. 

1. Kadar elaun saraan bagi jawatan MB, ADUN, Yang dipertuan dewan undangan negeri, EXCO, dan setiausaha politik akan dinaikkan bermula 1 Januari 2015.

2. Alasan kenaikan tidak dinyatakan secara tepat cuma MB N9 menyatakan semakan elaun saraan kali terakhir dibuat pada tahun 1992, manakala beberapa semakan untuk elaun2 lain kali terakhir dibuat pada tahun 2005 dan dikuatkuasakan pada tahun 2006.

3. Nak mengambarkan kononnya 'kadar elaun saraan' tersebut tidak sesuai dengan keadaan masa sekarang le tue.

4. Tahu pula nak anggap elaun untuk diri sendiri tak bersesuaian dengan kos hidup semasa.

5. Tapi nak set tangga gaji minumum untuk rakyat pada tahap 900 pun kemain liat lagi kerajaan gila kau neh kan.

6. Dengan pindaan tersebut, kadar kenaikan elaun saraan bagi MB akan naik kepada 19, 175 sebulan. Yang dipertuan dan EXCO pula kepada 10,888 sebulan. Manakala untuk ahli dewan undangan negeri (ADUN) kepada 8,954 sebulan. Dan untuk setiausaha politik pula kepada 5,000 sebulan.

Untuk rekod, elaun saraan ialah salah satu elaun yang diberikan kepada wakil2 rakyat di negeri tersebut. Itu tak masuk lagi manfaat yang mereka dapat selain dari elaun saraan. Masyuk beb.. masyukk.. 

7. Kenaikan itu akan membabitkan implikasi pertambahan tanggungan kerajaan negeri sebanyak 3 juta setahun.

8. Dalam waktu yang sama, kerajaan negeri juga meluluskan beberapa pindahan berkaitan pembayaran pencen kepada bekas ADUN, kakitangan yang bersara dan yang dipertua dewan.

9. Semakan tersebut akan membabitkan pertambahan perbelanjaan kewangan negeri sebanyak 4.8 juta setahun.

Bukan sekadar adun. Bekas adun pun dapat manfaat kenaikan.

Macam mana la parti politik kita tak berlumba2 nak jadi wakil rakyat samada di peringkat DUN ataupun parlimen? Korang tengok la.. senang2 dapat duit walau kerja macam sial.

Lue fikirlah ek sendiri.

Bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...