Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 16 Disember 2014

Kejatuhan Nilai Ringgit Bantu Pulih Ekonomi Kata Timbalan Menteri.


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Apesal bebal sangat menteri2 kau neh. Sejak bila la kejatuhan nilai ringgit akan membantu memulihkan ekonomi negara? Kalau sungguh la bagai dikatakan, nilai watawang di negara2 lain, yang bertambah kukuh dan stabil bagaimana pula ek? Membantu menjahanamkan dan merosakkan ekonomi negara dorang ke apa? Selama neh bila berita2 kewangan update ringgit bertambah kukuh tue maksudnya tak bagus la ek untuk ekonomi negara ke macam mana?

Jadi. Mulai sekarang. Kita perlu la memastikan dan mendoakan agar nilai ringgit kita terus jatuh dan jatuh la kan sebab ia baik untuk ekonomi negara, betul tak? 

Hadoi.

Ada ahti nak memperbodohkan rakyat. Hanya penyokong2 UMNO yang bingai je akan percaya dengan alasan bingai dari timbalan menteri kita neh. Kan semalam berlaku kes #sdyneysiege. Yang kena tahan dan dijadikan tebusan oleh seorang lelaki yang dipercayai dari Iran dan dicop sebagai penyokong IS (Negara Islam). Aku ada baca berita2 tersebut dan terbaca di mana rakyat Australia kini berdepan dengan krisis kejatuhan nilai matawang berbanding dengan negara lain dan juga kejatuhan harga minyak di pasaran dunia memberikan impak kepada ekonomi Australia antara punca kenapa nilai matawang mereka jatuh. Dan krisis keselamatan (kes tebusan) itu akan diselesaikan oleh pihak berkuasa tanpa merisikokan nyawa sesiapa sekalipun dan rakyat tidak perlu bimbang dengan tahap keselamatan dalam negara berikutan ancaman suspek yang mengumumkan terdapat 2 bom lain yang di pasang berdekatan bandaraya Sydney akan dikenalpasti oleh pasukan keselamatan bagi menghindarkan kerisauan rakyat dan para pelancong.

So. Apa yang aku nak bagitau neh ialah kat negara lain, matawang depa jatuh juga rupa2nya. Dan kat negara lain, depa steady jek lapor matawang jatuh dan ia sedikit sebanyak mempengaruhi ekonomi negara mereka. Dan kat negara lain depa terang2 bagitau bahawa penurunan harga minyak dan pengumuman OPEC (tidak akan kurangkan pengeluaran minyak mentah) mempengaruhi ekonomi negara mereka sehingga menyebabkan nilai matawang negara mereka susut.

Ada tak depa buat alasan2 bangang kat rakyat depa?

Takde.

Ada tak depa tipu rakyat depa?

Takde.

Dah tue. Apesal kat negara kita, menteri2 kita, timbalan2 menteri kita tak boleh je mengakui apa sebenarnya yang berlaku?

Oke. Nilai matawang jatuh, apa puncanya dan kita cari jalan nak atasi.

Tak boleh ke macam tue? Apa perlunya menipu rakyat dan memperbodohkan rakyat dengan alasan2 bangang? Adakah itu akan mengembalikan sokongan ataupun menyelesaikan masalah? Point aku, apa perlu menteri2 BN neh menunjukkan bahawa pentadbiran BN neh macam dewa, macam malaikat, macam tuhan, yang takde cacat cela, yang tak pernah hadapi apa2 masalah sekalipun dan segala2 ada baik, bagus dan betul sampai bila2.

Apa perlunya berbuat demikian?

Kan bagus kalau terus terang kat rakyat at least rakyat tahu keadaan sebenar dan bersiap sedia dengan sebarang risiko dan kemungkinan.

Tak betul ka? Owh. Mungkin la. Jadi jujur kat negara neh merupakan satu jenayah. Kalau menipu oke. Aku rasa la.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...