Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 16 Oktober 2014

Penjelasan Hasan Malek Isu Cendol.

Pftt..

Warghkahkahkahkahkah

Pecah perut aku macam neh. Siyes ah. Aku rasa dalam banyak2 menteri, Hasan Malek paling pandai melawak. Kedua Shahidan Kassim. Kalau dorang takde tatau apa jadi dengan hidup aku. Suram kot.

KAH KAH KAH


Cendol punya cerita. Ramai orang sindir Hasan sebab tak nampak sindiran peniaga cendol yang kurangkan harga jualan cendol di premis perniagaan mereka untuk satu tempoh promosi yang terhad. Bukan turun terus. Tapi turun untuk beberapa waktu sehingga tempoh promosi tamat. Bagi aku peniaga itu bijak. Sambil dia menyindir sampai dia captured ahti pelanggan baru yang belum pernah mengunjungi premis perniagaan dia. A very good marketing tue beb. Tahniah.

Tapi si Hasan Malek bukan sahaja gagal tangkap sindiran tersebut bahkan gagal faham kenapa orang kritik dia dalam perkara tersebut.

Ini respon dia terhadap orang ramai yang mengkritik dia dalam isu cendol ;
CERITA CENDOL

Dalam sidang akhbar sempena pengumuman Skim Kawalan Harga Kawalan Musim Perayaan menjelang Deepavali 2014 dua hari lepas, saya ada menyebut kepada wartawan yang hadir bahawa tindakan pengusaha cendol di Kuala Selangor yang menurunkan harga cendolnya adalah sangat baik untuk pengguna iaitu pelanggannya. Bagi saya itu strategi promosi beliau. Saya kata sangat baik kerana beliau sebagai peniaga, meskipun mungkin melibatkan penggunaan kenderaaan untuk tujuan bisnes, namun tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga cendolnya ekoran pengurangan subsidi bahan api (yang diumumkan kerajaan), malahan memberi diskaun lagi. Yang untung siapa? Pelangganlah. 

 
Saya pula tidak minta peniaga-peniaga lain menurunkan harga barangan mereka seperti pengusaha cendol ini. Itu hak dia. Kenyataan saya telah disalah tafsir. Maksud saya yang jelas, peniaga-peniaga janganlah menaikkan harga barang secara melampau. Saya ulangi, melampau. Biarlah munasabah dan jangan bebankan pengguna. Saya perlu bertegas dalam soal ini. Kepada mana-mana peniaga yang menaikkan harga secara melampau, penguatkuasa KPDNKK akan bertindak. Jangan ambil kesempatan. Kepada pengguna saya nasihatkan, buatlah aduan jika ada peniaga yang menekan harga. Sebagai panduan, KPDNKK ada menyiarkan senarai harga barangan melalui Price Watch (Paparan Harga) di portal rasmi KPDNKK.


Kalau tanya saya cendol mana yang terbaik setakat ini, tentulah cendol Kuala Pilah!!

Dato' Sri Hasan bin Malek
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan

La. Yeke tak minta peniaga2 turunkan harga barang? Kalau tak minta peniaga2 turunkan harga barang pun still ko layak kena kritik juga. Ko cakap tak serupa bikin kot. Ko suruh peniaga2 contohi pengusaha cendol tapi kerajaan sendiri naikkan harga minyak, apa cerita?

Nasihat orang memang kemas. Tapi diri sendiri tak seperti yang dinasihatkan pada orang.

Lepas tue bagi ayat basi KPDNKK akan pantau blablabala..bertindak blablablabla.. padahal time baru2 je beria2 buat kerja. Bila dah lama2 takde la masuk tv, keluar berita lagi yang KPD buat kerja pantau, hukum, siasat peniaga2 yang tamak.

Sudah2 la nak menipu orang. Baik ko makan cendol tue diam2 sudah la Hasan Malek oi. 

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...