Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 13 Oktober 2014

Kenapa Hadi Awang Makan Gaji Buta & Ponteng Persidangan Parlimen.

Semasa dalam pembentangan bajet 2015 pada hari jumaat lepas. Presiden PAS, TG. Hadi Awang tak hadir ke persidangan parlimen. Kita tatau apa alasannya. Walaupun terfikir2 kenapa tapi takde pula jawapan untuk itu.

Adakah TGHH sakit?

Ada hal yang tidak dapat dielakkan?

Maka. Sangka baik la sekejap. Sehingga terbukti sebaliknya.

Semalam. PAS umumkan bahawa 2 adun mereka yang melompat p sokong PKR, akan dihukum gantung keahlian selama setahun. Tak dibenarkan terlibat dalam majlis2 berkaitan parti. Masih adun tetapi tidak dibenarkan participate atau dikaitkan dengan aktiviti parti selama setahun.

Ada yang memandangnya sebagai hukuman.

Aku memandangnya sebagai cuti dari PAS.

Dengar citer setiap adun2 PAS perlu membuat sumbangan bulanan kepada PAS melalui gaji yang mereka terima tiap2 bulan. Aku tak sure betul ke tak. Kalau betul, yang neh aku tatau PAS cutikan ke tidak dari mengambil duit2 dari dua adun PAS yang digantung tadinya tue.

Sebenarnya. Dua adun PAS yang digantung tue boleh anggap mereka berehat panjang. Beban kerja kurang. Boleh tumpu khidmat pada kawasan. Bukan la benda yang negatif pada aku.

Oke berbalik pada topic asal. Dalam mesyuarat yang membincangkan hal berkenaan tindakan ke atas dua adun PAS tadinya tue, ia dihadiri oleh presiden PAS. Semalam punya cerita. So presiden PAS kita nampaknyaboleh  menghadiri mesyuarat parti.

Dan gambar kat bawah neh ialah cerita pada hari neh ;


Tempat duduk Hadi Awang. Kiri kanan diapit oleh PKR dan DAP.

Dan tidak hadirkan diri. Seperti pada hari jumaat. Presiden PAS kita tidak menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat kepada parlimen yang dia wakilkan.

Apa sudah jadi?

Hadi Awang sedang bekerja dengan rakyat. Bila dia tidak participate dalam persidangan parlimen itu bermaksud dia tak buat kerja. Rakyat hanya akan berlapang dada menerima alasan ;

- Sakit

- Ada hal yang tidak dapat dielakkan

- Kematian

Sahaja sebagai alasan untuk membenarkan ketidakhadiran itu berlaku.

Selain dari alasan2 di atas, TGHH asepatutnya tiada sebab untuk ponteng persidangan parlimen. Dia punya gaduh dengan PKR dan DAP itu urusan peribadi dia dan urusan parti PAS. Tapi isu pengundi Marang yang memilih dia untuk membawakan masalah2 rakyat ke persidangan parlimen adalah perkara yang berbeza pula. 

Persoalannya. Kenapa tidak hadir secara berturut2?

Kenapa dia boleh hadir ke mesyuarat parti tetapi bukan ke persidangan parlimen?

Apa alasan ketidakhadiran dia sebenarnya?

Adakah isu peribadi mempengaruhi tindakan dia?

Jika ia melibatkan isu peribadi kenapa dia tak buat pengasingan tajuk?

Siapa benarkan dia makan gaji buta?

TGHH perlu jawab. Walau apa pun alasannya, TGHH perlu jawab. At least bagi kita clear the air. Atas sebab apa dia tak hadir. Kita taknak main spekulasi.

Oke. Aku tahu. Sudah tentu penyokong2 TGHH akan halalkan ketidakhadiran TGHH atas alasan2 yang tertentu. Tapi aku nak ulas sikit. Aku tak peduli la dia PR atau BN. Dia orang biasa ke wanita ke anak muda ke orang tua ke ulama ke arkitek ke apa ke. Itu citer lain. Yang penting dia wakil rakyat dan diamanahkan untuk buat kerja tertentu yang babitkan kepentingan dan hak rakyat. Atas sebab itu rakyat membayar mereka tiap2 bulan untuk membahaskan masalah rakyat2. Persidangan parlimen bukan tiap2 hari atau tiap2 bulan. Persidangan parlimen ada jadual tersendiri dan itupun terdapat ramai lagi ahli2 parlimen, menteri atau bukan menteri, PR atau BN, suka ponteng sesuka ahti.

Kesukaan ponteng mereka ini berlaku kerana bila mereka ponteng kerja, gaji mereka tak dipotong. Elaun tetap jalan. Takde kad merah dari pengundi untuk menilai prestasi kerja mereka.

Cuba kalau gaji mereka kena potong?
Elaun kena sekat?
Pengundi diberikan hak untuk menilai prestasi kerja ahli2 parlimen.

Adakah mereka tergamak nak ponteng persidangan parlimen dan bersikap acuh tak acuh atas tiap2 kerja yang rakyat amanahkan ke atas mereka?

Dan satu lagi isu.

Lihat ;

 
Betul kah perkara ini? Betul kah ahli2 parlimen ponteng persidangan parlimen dalam ucapan Anwar membahaskan ucapan pembentangan bajet 2015 tadi?

Oke. Aku sendiri tak sure. Aku baru dengar ucapan perbahasan Anwar. Kalau korang nak dengar sana boleh klik sini. Dan memang aku galakkan korang dengar. Dapatkan fakta perbahasan jangan main melalut tanpa fakta.

Dan, dalam 12 minit awal yang aku tengok, belakang Anwar, dan belakang dia punya belakang, dan belah kanan kosong. Ya. Kosong. Jadi bila ia kosong, rakyat berhak mempersoalkan kenapa ia kosong. Alasan pergi rehat ke makan ke apa ke itu semua alasan sampah ye. Aku ulang. Alasan sampah ye. Korang semua suka atau tak suka atau apa kena dengar apa yang Anwar bahaskan sebab itu antara tugas korang sebab itu rakyat bayar gaji kat korang semua. Makan gaji buta rakyat tak suruh buat.

Dan. Aku pergi tinjau sekejap beberapa video rakaman ketika Rafizi berbahas memandangkan itu yang paling terkini. Masa Rafizi bahas pun banyak kerusi yang kosong. Ye. Kosong. BN ataupun PR mengosongkan tempat duduk masing2. Ini perkembangan yang sangat bullshit. Pada aku la. Sudah la baru naik gaji. Ponteng pula tue. Setiap kali nak ponteng tak pernah pula taip surat laporkan pada pengundi2 korang kenapa korang MC. Sedap2 nak hadir. Sedap2 taknak hadir.

Takan la secara beramai2 semuanya sakit ataupun ada hal kecemasan?

Ka mampos beramai2?

Kurang ajar tak?

Biadap ek?

Bagus. Macam tue la yang rakyat rasa bila korang tak perform dengan amanah.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...