Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 27 Oktober 2014

Demi Anwar, Mahasiswa, PDRM, Partisan, UM & MP Pembangkang Menggila.


Mari kita lihat. Bagaimana pangkat, kuasa, propaganda berjaya memperbodohkan masyarakat kita.

Apa isunya?

Anwar nak berpidato di UM. Mahasiswa (pro pembangkang) buka jalan untuk benarkan Anwar berpidato di UM. Atas tujuan apa mahasiswa nak buat kerja macam tue? Aku taknak persoalkan pendirian peribadi dia. Aku percaya bahawa perkara2 macam tue perlu diraikan. 

So lantak.

UM halang. Berbasa basi. Kejap tiada masalah. Kejap tutup operasi UM dengan lebih awal. Kejap PDRM nak kawal. Kejap PDRM nafi. Kejap Rohana kata kena fitnah dengan notis palsu. Kejap notis tutup operasi awal tersebar. Cerita macam2 versi. Tersebar. Yang aku pelik. Kalau betul tiada masalah kenapa tak izinkan aje Anwar masuk berpidato kat situ? Sebenarnya. Jika Anwar dizinkan untuk berpidato seperti biasa, tidak akan ada apa2 masalah.

Tidak akan ada apa-apa revolusi.
Tidak akan ada apa-apa reformasi.
Tidak akan ada apa-apa kebangkitan.
Tidak akan ada apa-apa penggulingan.
Tiada akan ada apa-apa.


Tapi kenapa dengan tindakan menggila dari UM neh? UM bersubahat dengan Anwar ke untuk naikkan reputasi Anwar last minit? Rohana neh orang Anwar atau orang BN? Jika Rohana ada akal yang waras dia akan biarkan aje pidato tu sebab kita semua tahu betapa teruk terjejasnya reputasi Anwar sejak Kajang Movie.

Bagi aku UM bodoh. Takde otak. Tak guna jadi pensyarah apa semua kalau ko sebenarnya memproduce satu budaya yang bodoh dan memperbodohkan pelajar2 kau. Otak yang matang akan meraikan kedatangan Anwar sebagai satu kedatangan yang biasa2 saja. Lepas dia pidato dia blah la. Kau ingat dia nak buat apa kat UM tu. 

Revolusi.
Reformasi.
Takan berlaku kat negara neh.

Kau tengok perut kau. Perut rakyat. Perut pemimpin pembangkang dan kerajaan. Perut masing2 buncit dan gemuk dan kau semua bercakap pasal revolusi konon. Revolusi apa jadahnya kalau masing2 bukan saja cukup makan bahkan terlebih2 makan lagi la ada. Berpijak la pada dunia realiti. Jangan syok sendiri boleh tak.

Tak sepatutnya tindakan provokasi dihasilkan oleh UM. Patut biarkan dan anggap je la macam angin lalu. Sebab perkara itu akan berakhir dengan berakhirnya sebuah pidato.

Bagi aku. PDRM yang over-reacted pun bangang juga. Kau semua dok kata PDRM kena fitnah. Fitnah apanya bila ia dilaporkan secara berleluasa di portal online. Jika laporan berita tue fitnah buat la permohonan minta laporan berita tersebut ditarikbalik kerana disalahtafsir. Setakat cakap fitnah, dengan wartawan yang melapor tak tarikbalik berita. Kau ingat orang neh BODOH sangat ke nak terima bulat2? Wartawan pun cuak juga nak lapor benda fitnah sebab saman sentiasa berlegar2. Satu saman kalau dah makan ratus2 ribu mana2 syarikat pun boleh jatuh juga.

So. Mana ada syarikat yang sesuka ahti membiarkan reputasi laporan berita mereka terjejas angkara saman yang ratus ribu. Ada otak guna la. Ini bukan cikai2 punya risiko.

Bagi aku. Menteri2 yang meroyan dalam isu Anwar neh sekadar mahu dapatkan millage politik dan meningkatkan level kontroversi. Bacaan dia nampak macam membantah. Tapi mungkin berpakat dalam diam melakukan provokasi supaya perkara tue jadi viral. Merebak. Sebab itulah caranya orang akan beri respon dan ter-perasan akan perkara tersebut. 

Bagi aku. Mahasiswa yang sanggup kena pecat, rempuh pagar, meroyan atau entah apa-apa semangat pada malam neh mengarut. Maaf cakap la. Aku rasa korang mengarut. Ko memang mengarut. Boleh marah aku sebab aku kata ko mengarut. Aku ada hujah yang sangat kukuh untuk kata kau semua mengarut. Akan tiba suatu masa kau menyesal dengan apa kau semua buat.

Kau semua nak rempuh pagar, lakukan vandalisme semata2 nak berikan Anwar pidato dalam UM? Setakat pidato, luar UM pun boleh. Duit repair pagar tue nanti guna duit pembayar cukai. Sebab UM beroperasi menggunakan dana awam. Kau semua ada otak, fikirlah betul2 sebelum lakukan sebarang royanan.

Merempuh pagar macam orang gila lepas tu apa?
Lepas dengar Anwar pidato, lepas tu apa?
Demo dua hari di istana kehakiman PJ, lepas tu apa?
Balik? Tidur? Kena dakwa sebab rempuh UM? Kena siasat sebab rempuh pagar? Kena buang sebab melawan UM?

Lepas tu kau akan bekerja. Jika ada ahli2 politik nak amek kau bekerja ok. Jika tidak, kau akan melalui kehidupan yang payah. Kau ingat hidup neh setakat tanggung makan minum hidup kau aje? Kau perlukan duit untuk keluarga kau. Ibu bapa. Isteri, anak2 dan semuanya.

Ada amat malang jika kau merosakkan diri kau semua untuk seorang insan bernama Anwar Ibrahim. Atau demi mana2 pemimpin sekalipun. Jika pemimpin itu benar2 mengambil peduli akan hal rakyat tiada masalah. Tapi pemimpin2 di Malaysia adalah jauh dari kebenaran, dekat dengan kuasa. Jauh dari perjuangan tapi dekat dengan propaganda dan manipulasi demi pangkat dan projek. Kau semua nak tipu sapa lagi? Sapa-sapa pun boleh nampak permainan ahli2 politik kerajaan dan pembangkang dalam memanipulasikan rakyat demi mencapai matlamat peribadi parti masing2.

Rumah Anwar besar.
Rumah Najib pun besar.
Rumah ahli2 politik besar dan mewah.
Pembangkang mahupun kerajaan.
Ulama ke tak ulama sekalipun.
Kereta mewah. Kereta import. Beriban masuk setiap bulan.
Dan kau apa? Kau sapa? Ko tue taraf rakyat miskin dan tertindas macam aku. Jika kau mahu melawan maka kau melawan la bagi pihak yang tertindas macam kau. Kau ingat Anwar tertindas ke?

Bagi aku. Anwar tidak tertindas. Jika dia tertindas, jika dia tertindas, jika dia benar2 tertindas dan mahu melawan bagi pihak yang melakukan penindasan ialah dia akan pilih calon pilihanraya yang boleh buat kerja dalam PKR untuk bantu rakyat. 

Calon2 yang dipilih oleh PKR, oleh Anwar, oleh Azmin Ali atau sapa-sapa yang berkuasa dalam PKR tu kebanyakkannya calon SAMPAH. Ya. Calon sampah. Calon yang gagal buat kerja sepertimana yang aku bayangkan. Aku fikirkan. Aku harapkan. Aku impikan. Calon2 sampah. Aku tak suka. Aku tak boleh terima.

Bila. Anwar sendiri berkira2 dalam melakukan perubahan. Reformasi. Revolusi. Dan selesa dengan kekuasaan yang dia miliki. Yang PKR raih. Kau ingat betul sangat ke cara korang melawan bagi pihak Anwar? 

Kau semua tak reti nak tengok dan selidik ke samada wakil2 rakyat pembangkang buat kerja ke tak kat tempat kau semua ke kerja korang menjilat dan membodek partisan?

Kita semua anggap fitnah liwat II ialah satu konspirasi politik. Aku masih berpandangan seperti itu sehingga ke hari ini sebab jalan cerita Saiful sangat terlalu mudah untuk dipertikaikan. Tapi. Anwar sudah ada barisan peguam untuk membela dia.

Kes dia tak boleh selesai dengan rempuh UM.
Atau berpidato depan UM.
Ataupun berdemo di istana kehakiman.
Kes dia hanya boleh diselesaikan dengan proses perbicaraan di mahkamah. Ini satu2 jalan yang dia ada. Dia kena cari ruang keadilan kat situ. Anwar bukan orang yang kekurangan duit. Atau kuasa. Sekalipun dia bersabit dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun dia sentiasa boleh melakukan rayuan supaya dibebaskan. Itu kalau dijatuhkan kesalahan. Kalau tidak? Jika dibebaskan? Bagaimana dengan perlawanan2 itu semua? Kalau dijatuhkan penjara, berapa lama kau semua nak berdemo? Tinggalkan keluarga, anak bini, hilang kerja, hilang pelajaran, sanggup kena buang apa semua segala?

Takde masalah. Jika ia atas tujuan yang jelas. Contoh. Kau nak ubah sistem. Tapi apa yang aku nampak atas tubuh badan pemimpin. Bagi aku perlawanan2 macam tu mengarut dan tak tentu hala.

Sudah tiada apa-apa yang berbaloi boleh kita lakukan demi seorang pemimpin. Pemimpin yang kita pilih sekarang bukan pemimpin yang mahu mengubah sistem. Tapi pemimpin yang mahu meneruskan kelangsungan sistem yang rosak. Pemimpin yang mahu bersama kapitalis. Pemimpin yang mahu meneruskan amalan racist dan diskriminasi bangsa dan agama. Pemimpin yang tak berani melakukan perubahan. Pemimpin yang suka play safe dan gemar berpoya2 dengan topic politik yang bodoh. Itulah pemimpin2 politik yang ada sekarang. Baik BN. Baik PR. Mereka semua sama. Sama. Jadi tiada apa2 yang patut kita korbankan untuk mereka dari segi masa, kewangan mahupun kudrat kerana perlawanan2 kita sudah tidak dihargai lagi.

Mereka tidak mahu bekerja demi rakyat. Mereka bekerja dengan kuasa, pangkat dan harta. Jadi kenapa perbodohkan diri demi pemimpin, partisan ataupun orang2 berpangkat tinggi neh?

Korang tengok.
Tengok.



MP PKR. Nak sebut nama Professor Hamdi kat parlimen sebab tak buka pagar. Kau tak rasa ke bodoh? Bodoh. Kau tahu. Bodoh. Bodoh sangat. Orang tak buka pagar pun nak bawa masuk parlimen. Punya la berlambak2 masalah rakyat di SG Petani tu patut dibahaskan dalam parlimen. Dah berapa banyak masalah2 rakyat yang MP selesaikan disitu?

Banyak isu rakyat tertindas. Rakyat miskin. Perlawanan terhadap riba. Perlawanan terhadap kapitalisme yang menindas yang perlu dibangkit dan dibahaskan dalam parlimen. Bukan isu pensyarah taknak buka pintu pagar. Dan mahasiswa2 neh taktau ke yang dorang berjuang2 bersama2 ahli politik yang mengambil millage di atas pemberontakkan mereka?

Melawan BN aku setuju.
Tapi perlawanan pada aku perlu guna kebijaksanaan dan be strategist.
Melawan kerana dipengaruhi untuk melawan aku tak setuju.
Melawan secara melulu pun aku tak setuju.
Melawan tanpa arah tujuan yang jelas pun aku tak setuju.
Cuba kau semua bela pendatang2 yang datang sini, kena rogol dan ditindas melalui undang2 yang bias lagi bagus daripada kau semua rempuh pagar untuk Anwar berpidato.

Berapa banyak pagar orang orang kaya yang membuli rakyat tertindas dan miskin yang kau semua dah rempuh kalau sungguh korang semua bercakap soal perlawanan, perjuangan dan revolusi?

Betul aku cakap. Salah cara korang semua neh. Salah. Bagi aku. Pemimpin yang baik takan mengheret rakyat. Dia takan sesekali menyusahkan rakyat. Jika dia terpaksa masuk penjara walaupun atas isu fitnah, dia akan masuk senyap2. Dia akan menghabiskan masa merangka strategi2 perlawanan. Dia akan bentuk kumpulan. Dia akan sebarkan idelogi dan kefahaman. Dia akan didik pewaris dan protege. Dia akan sharping ilmu2 perlawanan untuk masa hadapan. Dia tahu. Pidato tak selesaikan masalah. Berapa banyak pidato sudah dia lakukan. Adakah ia mengubah apa2 di negara neh? Berapa banyak ceramah demi ceramah yang rakyat Malaysia perlu dengar dari pemimpin2 pembangkang? Adakah ceramah boleh mengubah apa-apa?

Bila kau masak nasi, kau harapkan ia jadi gandum kau memang bodoh.
Bila kau masak gandum, kau harapkan ia menjadi nasi, kau memang bodoh.
Bila dah 55 tahun kau melawan, dan perkara yang sama berulang, ulang, ulang dan ulang, dan kau tidak mengambil apa2 iktibar, pengajaran darinya dengan mengubah cara kau melawan, kau memang bodoh.

Demi Anwar. Demi sebuah pidato yang isinya tidak la apa-apa sangat pun. Dan kau semua menggila. Mahasiswa. Partisan. Pembodek. Menteri. PDRM. Universiti Malaya dan ahli politik pembangkang dan kerajaan. Semua. Gila. 

Gila Anwar kerana mengheret rakyat.
Gila BN kerana takutkan batang tubuh Anwar.
Gila partisan kerana taksub tak tentu hala.
Gila mahasiswa sebab sanggup diperguna.
Gila UM sebab tak terbuka.
Gila PDRM sebab sibuk bermain propaganda dari menyelesaikan masalah jenayah.
Gila rakyat kerana duduk dalam situasi yang menggila neh. 

Habis.
 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...