Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 30 Oktober 2014

Rafizi Laukkan Noh Omar Di Parlimen Kaw2 (Video Inside).

Padan muka.

Wakil rakyat sapa tah. Melalut aje dalam parlimen. Datang persidangan tapi hujah semua mengarut.

KAH KAH KAH

Perbahasan dalam parlimen. Point Rafizi sangat penting untuk tujuan rujukan dan fakta perbahasan.

Tadi. Di parlimen. Rafizi membongkar satu penipuan. Penipuan kerajaan ke atas rakyat Malaysia selama bertahun2. Dok brainwash kita. Supaya rakyat fikir bahawa subsidi petrol ke atas rakyat membebankan kerajaan. 


Broadcast live streaming video on Ustream  

Apa point Rafizi?

1. Kerajaan selalu cakap. Subsidi petrol dan diesel membebankan negara. Ia menelan banyak duit kerajaan untuk menanggung pemberian subsidi tersebut.

2. Namun. Menurut Rafizi pemberian subsidi petrol dan diesel kepada rakyat adalah kurang daripada jumlah yang telah rakyat berikan kepada kerajaan dalam bentuk pelbagai cukai2 yang membabitkan pemilikkan kenderaan.

3. Ini  termasukla cukai kenderaan seperti duti import, duti eksais, cukai tayar, bayaran tukar milik kenderaan, road tax, lesen, cukai motor berkuasa besar dan lain2 perkara berkaitan kenderaan.

4. Pada tahun 2014. Harga minyak telah mengalami penyusutan.

5. Untuk 6 bulan terawal. Harga se-tong minyak dianggar berada dalam paras USD100 - USD110 bagi petrol. Manakala 6 bulan selepas itu bermula Julai 2014, harga minyak menyusut lagi kepada USD90 -95 per tong.

6. Anggaran subsidi jika harga minyak berada di paras tertinggi tahun neh ialah USD110 per tong ialah ; 0.65sen per liter untuk petrol. Dan 0.78sen per liter bagi diesel.

Manakala. Selepas 6 bulan iaitu bermula Julai 2014, subsidi yang ditanggung kerajaan andai harga per tong berada di paras USD95 ialah 0.28sen per liter bagi petrol manakala 0.32sen bagi diesel.

7. Sekurangnya kerajaan perlu menanggung rm7.83b untuk petrol + 5.86b untuk diesel = rm13.69b / rm13.7b anggaran subsidi bagi tahun 2014. Ia adalah persamaan untuk 14b liter petrol + 9.6b liter diesel anggaran penggunaan bagi tahun neh. Anggaran ini diperolehi dalam bajet tahunan yang dibentang oleh Najib.

8. Total. Paling tinggi subsidi untuk minyak dan diesel paling tinggi pun akan mencecah rm15b andaikata kerajaan tidak menaikkan harga minyak dan diesel sebanyak 20 sen masing2 baru2 neh. Oleh kerana ia telah dinaikkan maka subsidi yang perlu ditanggung kerajaan susut kepada rm13.7b.

9. Dan. Dengan mengambilkira hasil pendapatan negara melalui pemilikan kenderaan semata2 iaitu pecahannya lebih kurang ;

- Duti import.
- Duti eksais
- Cukai tayar
- Cukai kenderaan mewah
- Cukai CBU
- Lesen
- Caj tukar pemilikan kenderaan
- Cukai jualan
- Puspakom

Dan hal2 yang berkaitan sekurang2nya kerajaan telah mengutip hasil sebanyak rm17.3b setahun. Lebih banyak dari apa yang diberikan semula kepada rakyat dalam bentuk insentif subsidi.

Sebenarnya. Yes. Kita akan sebut tentang gaji kakitangan dan blablabla tue. Tapi point penting kat sini ialah nak menafikan tuduhan kerajaan bahawa rakyat makan hasil buta. Bukannya rakyat dok mengangkang tak buat kerja atau tak bayar apa2 sehingga dinafikan hak untuk mendapat manfaat dalam bentuk subsidi. Buktinya. Cukai dari pecahan berkaitan kenderaan sahaja membolehkan kerajaan meraih lebih kurang rm17b tiap2 tahun. Ada lebih lagi jika dibandingkan dengan apa yang dikeluarkan oleh kerajaan dalam bentuk subsidi minyak dan diesel.

Itu satu. 

Yang kedua. Apabila kerajaan membuat keputusan untuk mengurangkan insentif kepada rakyat, bukan kah sudah sewajarnya juga kerajaan bertindak tidak menambahkan beban rakyat. Contohnya. Harga kenderaan perlu dikurangkan sejajar dengan sikap kerajaan yang semakin kedekut dan berkira dengan rakyat berkaitan subsidi.

Lagipun. Ia terkandung dalam manifesto kerajaan untuk turunkan harga kereta. Bila nak tunaikan janji2 tersebut?

Point2 Rafizi lebih kurang begini. Good job. Rafizi kembali ke old-self. Rafizi is very good MP la kalau dia tak berbahas isu masalah dalaman PKR. Tapi bila dia dok bahas isu masalah dalaman PKR aku tatau apa dah jadi dengan perwatakan Rafizi. PKR merosakkan Rafizi yang selalunya cemerlang dalam membahaskan masalah2 berkaitan rakyat.

Then. Geng2 MP BN macam biasa. Dok provoke dan alih topic. Macam Noh Omar. Dia dok sembang bab PAS kena buli. Dia tatau. PAS kalau kena buli pun padan la muka. Bukan jejas hak rakyat pun. Tapi kalau rakyat kena buli dalam isu subsidi memang jejas hak rakyat. MP2 PAS pun tak bahas isu mereka kena buli dalam parlimen. Si Noh Omar nak menyemak lebih2 dah kenapa?

Lagi satu. Sapa kesah pun PAS kena buli? Kalau kesah sangat p la diskusi kat forum2 berkaitan. Ini parlimen kot. Tempat bersidang sembang perihal rakyat. Luar parlimen citer bab parti. Dalam parlimen pun nak memekak bab parti. Gila la kau Noh Omar.

Point Rafizi satu lagi aku terlupa nak selit. Dia sebut. Di Malaysia cukai paling rendah dikenakan ke atas pemilikan kenderaan ialah 85%. Paling tinggi 300%. WOW. Dan antara yang tertinggi di dunia.

Bayangkan.

Perlunya. Kita memiliki kenderaan di negara ini disebabkan sistem jaringan pengangkutan macam setan.

Di negara lain. Sistem jaringan pengangkutan sangat cekap, cepat, menyeluruh dan murah. Harga kenderaan juga murah disebabkan nak menarik orang membeli. Tapi peduli apa. Naik tren pun boleh p ceruk2 kampung. So tak hadap sangat nak ada kenderaan sendiri.

Konspirasi kerajaan ialah mereka sengaja buat sistem jaringan pengangkutan yang haprak, dan mahalkan harga kereta dan kenakan cukai jalan serta paksa rakyat amek insurans dengan kadar insurans yang macam sial (which is no insurans no renew for roadtax) dengan harapan mereka boleh mendapatkan hasil pendapatan yang tinggi melalui hasil cukai berkaitan kenderaan aje semata2.

Tak masuk lagi konspirasi kerajaan tentang rumah.
Tentang pinjaman.
Pendidikan.
Kesihatan.
Dan lain2 hal berkaitan lagi.

So nampak tak permainan mereka macam mana kat sini?

Time aku nampak Rafizi potpet berhujah tadi. Aku perasan perkara ini ;


Kerusi2 kosong banyak. Kenapa. Dah mampos ke semua yang kosong2 tue? G makan, g solat, g apa2 sekali pun kenapa kena pergi dalam waktu yang sama, serentak hampir 40 minit lamanya?

Kalau dah mampos. Senang kira. Tak perlu bayar gaji dan tak makan gaji buta. Kalau belom mampos = makan gaji buta. Ini tak senang kira. Ini sakit ahti kita berkira tau.

Selain daripada Anwar Ibrahim, mana2 MP tak sepatutnya TIDAK hadir melainkan korang mampos atau sakit.

Kalau tak mampos, masih hidup, tak sakit, maka lebih baik korang mampos.

Hidup makan gaji buta buat apa?

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...