Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 13 September 2014

PKR Jangan Buat Kerja Bangang Roadshow 1 Selangor Atas Isu MB.

Takde ke orang nasihatkan parti PKR neh? Kesian betul la aku tengok. Segala perjuangan akan jadi sia2 kalau mereka tak belajar untuk terima pandangan orang.

Aku takde masalah PR berpecah dan PKR hancur. Aku bukan orang parti dan perkara itu tidak akan menjejaskan aku secara peribadi. Mungkin akan terjejas sikit2 kot contohnya BN akan rasa dia kuat bila salah satu musuh dia berpecah tapi takat itu je la. Bagi aku, setiap yang hidup akan mati. Jika PR berkubur akan sentiasa ada parti alternatif mengantikan mereka. Bukan sesuatu yang aku perlu rasa risau dan cuak. 

Tapi. Yang aku kesian kan sekarang neh ialah mereka2 yang berada dalam PKR dan ikhlas memperjuangkan hak rakyat. Ada walaupun bukan semua. Agak bohong juga kalau nak menghukum semua ahli PKR gila kuasa, tamak haloba atas perbuatan sesetengah individu.

Macam dalam krisis MB. Ini kerja sesetengah kumpulan. Bukan mewakili semua pihak dalam PKR. PKR sebut bahawa mereka akan jelajah 1 Selangor. Untuk perjelas krisis MB. Mak ai. Kemain lagi korang ye. Beria2 bagai pusing 1 Selangor untuk buat damage control ke atas imej parti korang ye.

Untuk apa?

Yang dah berlalu tue biarlah berlalu.

Korang sembang apa pun rakyat dah malas nak dengar dan amek port. Jemu dan muak sudah. Daripada layan isu MB yang hanya boleh selesai andaikata ;

1. Sultan beralah
2. PR beralah

Lebih baik ko focus untuk selesaikan masalah rakyat lagi bagus.

Ko buatlah roadshow apa bagai pun tetap tak boleh selesaikan krisis MB. Rakyat hanya menyeru kepada penyelesaian masalah. Ceramah, penjelasan ke apa ke semua tak payah buat. Buang masa, buang duit, buang tenaga lagi buang macam2 sebab tak mendorong kepada penyelesaian masalah.

Samada ;

1. PRN

2. Hantar lebih dari satu nama

Ini je cara nak selesaikan krisis MB. TSKI dah resign. So segala isu berkaitan dia tak berbangkit dah. Ko nak buat undi usul tak percaya pun tak guna. Dia dah resign kot. Dia berada disitu disebabkan sultan taknak terima calon mb yang dihantar oleh PKR dan DAP. Yang terbaru PKR melalui statement Shamsul Iskandar sebut bahawa PKR mungkin mempertimbangkan hantar nama lain jika sultan enggan berkompromi. Manakala PAS pun tengah cara jalan bagaimana untuk mengekalkan kedudukan TSKI. Kat FMT ada update. Selari dengan point Nik Nazmi ketua AMK. Dorang g jumpa TGHH tadi. Hak elok la tue. Bagi tambah keliru dan ribut. 

KAH KAH KAH

PKR taknak mengalah. PAS taknak mengalah. Selagi tak mengalah. Berperang la sampai kiamat. Roadshow sana sini pun tak guna. Buang masa.

Memandangkan PKR ada cita2 nak buat roadshow, daripada buang masa dok jaja citer krisis MB, dan buat2 berlakon macam mangsa keadaan dalam krisis tersebut pe kata kalau korang gunakan kesempatan yang ada untuk buat tinjauan umum.

Buatla roadshow untuk kumpul masalah2 rakyat.

Pergi dari satu tempat ke satu tempat. Buka meja. Dan kumpul aduan2 rakyat. Key in dalam satu aplikasi untuk rujukan dan solusi.

Bila korang dapat selesaikan masalah rakyat di satu2 kawasan, ko boleh mark, masalah itu dah selesai.

Rakyat happy, ko pun dapat kepercayaan rakyat.

Walaupun reputasi PKR terjejas teruk dalam krisis MB tapi kalau ko dapat serve kepada rakyat, bantu mereka selesaikan masalah2 mereka, mereka juga akan lupa apa yang berlaku dalam isu berkenaan.

Ini yang PKR patut buat. JANGAN BUAT ROADSHOW BANGANG. UNTUK RAIH SIMPATI. ATAUPUN UNTUK BERLAKON JADI MANGSA. SEMAK OI.

Takde orang2 yang JUJUR untuk bercakap begini depan2 PKR?

Idea roadshow ini jelas satu idea yang bangang. Yang bagi idea tue bangang. Yang setuju idea tue pun bangang juga. Pemikiran rakyat takan berubah banyak mana pun dengan roadshow. Bahkan bertambah keliru dan celaru lagi ada. Sudah2 la tue. Isu neh dah teruk. Dah tak boleh buat apa. Korang abaikan isu neh. Sementara PKR dan PAS membentuk persefahaman antara satu sama lain, adalah amat bagus untuk PKR gunakan kesempatan ini untuk kembali semula memocuskan kerja2 mereka untuk membantu rakyat yang memerlukan khidmat wakil rakyat mereka. 

Jangan la ikut perangai Rafizi. Hari2 dok jaja citer MB. Sampai kena kutuk hari2 kat sosial M. Bukan auta, tapi fakta. Baca la sendiri. Dia dok main isu statement Mahathir. Memang nampak kebodohan disitu. Ada beza antara setuju dengan tak setuju. Mahathir tue sindir aje pun. Maksud Mahathir ialah UMNO tak pernah hantar MB yang ada masalah persetujuan dari sultan. Sebab tue hantar 1 nama pun dah cukup. Mahathir punya sindiran neh, kadang2 aku pun tak dapat tangkap. Kena tengok berita ketika dia ulas. Baru ko tahu. 

Ini apa yang Rafizi update ;


Ini antara respon yang diterima ;





 


Aku mula2 nak komen. Menyindir sikit.

Musuh kalau dah mula sokong kita maksudnya ada yang tak kena la tue.. nak campak kat penyokong2 PKR yang dok ulang copy paste hujah tue. Alamak ai. Kata2 ulama jadi lacuran politik oleh puak2 ini. Gunakan agama waktu2 tertentu. Waktu2 yang dia buat salah, dia campak hujah agama ke mana2 hala. Itu sebab aku tak mengaku aku pejuang Islam. Jadi manusia kena belajar sedar diri juga. Jangan ko jadikan agama untuk mendapatkan kemenangan dalam hujah. Agama adalah sesuatu yang ko perlu faham dan beramal dengannya.

Tapi tak jadi plak. Aku jadi simpati kat Rafizi. Bersepah dah orang komen kutuk Rafizi. Yang mengata Rafizi UG pun ada. Yela. Dok setuju dengan point Mahathir. Kan pemimpin2 PKR juga yang ajar. Kita tak boleh sependapat dengan musuh politik. Kalau sependapat maksudnya ada sesuatu yang tak kena. Itu baru sependapat. Belum lagi kira tang lain, ye tak?

KAH KAH KAH

Tapi ye la. Dulu kalau baca wall Rafizi puji je memanjang. Sekarang. Kutukan lebih banyak dari pujian. Dah tak larat nak baca. Itupun tunggu hari la kena ban. Bersepah kena ban dengan Rafizi. Aku pun tak sangka Rafizi tak raikan kepelbagaian pendapat. Haiya..

Sebab tue aku cakap PKR jangan la buat kerja2 bangang nak roadshow bagai. Sudah2 la tue. Yang dah berlaku dah berlaku dan kita dah tak boleh buat apa2 untuk mengubah apa yang dah berlaku. Tapi kita boleh control damage dengan cara daripada main isu MB 1 Selangor kepada mengubah kepada membangkitkan isu2 berkaitan permasalahan rakyat. Itu je satu2 cara yang tepat, cepat dan cerdik untuk PKR pikat semula kepercayaan rakyat. Kalau betul2 nak berjuang demi rakyat la. Kalau nak kejar kuasa juga, lantak korang nak fikir macam mana. Yang hancur pun korang. Aku peduli hapa. 

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...