Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 9 September 2014

Anwar Ibrahim Minta Maaf Pada Sultan Selangor.



KAH KAH KAH

KAH KAH KAH 

KAH KAH KAH 

KAH KAH KAH 

Dan macam biasa. Tetiba Najib plak terbabit sama. 

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memohon ampun daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, selepas sekutunya dari DAP, Lim Guan Eng berbuat demikian menerusi satu kenyataan pagi tadi.

"Merujuk kepada kenyataan media istana Selangor yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan semalam, pihak kami akan terus merafak sembah dan memohon keampunan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan seandainya keputusan kami mematuhi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan amalan (“convention”) sejak 1957 menyebabkan terguris perasaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Anwar bagaimanapun mempertahankan tindakannya dalam mengemukakan hanya satu nama kepada Sultan, sambil mengatakan bahawa amalan yang sama telah dipraktikkan oleh Barisan Nasional (BN) bagi memilih calon untuk jawatan Ketua Menteri, Menteri Besar atau Perdana Menteri.

Katanya amalan itu telah pun dipraktikkan sejak zaman kemerdekaan lagi di mana Umno dan BN hanya mengemukakan satu nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimen untuk jawatan-jawatan tersebut.

"Keadilan mengulangi pendirian untuk menjunjung kedaulatan Raja-raja Melayu, dan institusi raja berperlembagaan. Ini juga telah ditegaskan dalam warkah-warkah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Keadilan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor," kata Anwar lagi.

Sementara itu, Anwar membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak atas kenyataannya yang dibuat semalam yang didakwanya 'menafikan' pendirian PKR dalam menjunjung kedaulatan undang-undang dan sistem raja berperlembagaan.

 
Tegas beliau, Najib sepatutnya jujur dengan pendirian parti dan tidak mengkritik PKR kerana mematuhi amalan yang sama. -AWANI-


Tue baca tue. Keadilan menjunjung kedaulatan raja2 melayu okay.. 

KAH KAH KAH

Dah, p maki Anwar macam korang maki PAS sebelum2 neh.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...