Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 10 Ogos 2014

Pemecatan Khalid Ibrahim Tidak Sah - PSM.


SHAH ALAM, 10 OGOS: Pemecatan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disifatkan sebagai ‘penghakiman kangaroo’ ekoran keputusan terburu-buru Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arulchelvan menyifatkan pemecatan itu tidak sah atau ‘penghakiman kangaroo’ kerana tertuduh harus diberi hak membela diri terlebih dahulu sebelum proses pemecatan dilakukan.


“Saya pernah kendalikan banyak kes pemecatan. Tertuduh diberi hak membela diri kerana kalau tidak, ia adalah prooses pemecatan tidak sah atau pnghakiman kangkaroo,” katanya melalui laman Facebook.


Arul berkata, seharusnya semua pihak menunggu keputusan gabungan Pakatan Rakyat (PR) dan jika salah baru PKR mengeluarkan Abdul Khalid daripada parti itu. “Sekarang Abdul Khalid seperti mangsa perebutan kuasa dalaman PKR. Cara terburu-buru ini menjadikannya mangsa dan hero, bahkan yang penting bukan orang dalaman tahu tetapi perspektif rakyat luar,” katanya.


Beliau berkat, parti yang baik akan dapat menyelesaikan masalah kecil dalam perbincangan dan masalah besar dalam kongres serta memberikan amaran dahulu. Katanya, PKR juga seharusnya memandang serius sentimen rakyat yang menyokong Abdul Khalid dan ahli PKR yang memilih beliau sebagai Timbalan Presiden dalam pemilihan parti baru-baru ini.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated, Faekah Husin turut membangkitkan bahawa usaha untuk memecat Abdul Khalid itu diatur ‘gerakan’ tertentu.

“Bagi saya ini tak mengejutkan apabila melihat daripada momentum dan gerakan yang mereka aturkan. Keputusan ini dah dijangka dan dah masukkan dalam salah satu situasi gerak kerja kita,” katanya. Semalam, PKR bertindak memecat Abdul Khalid sebagai ahli parti ekoran beberapa isu yang timbul selepas mesyuarat pimpinan pusat selama dua jam.


PKR juga memanggil Abdul Khalid untuk memberi penjelasan, namun Abdul Khalid tidak dapat menghadirkan diri ekoran mempunyai mesyuarat lain dan memohon sesi pendengarannya ditangguhkan, pada 15 Ogos ini.


Peguam mewakili Abdul Khalid turut menghantar surat peringatan kepada Pengerusi Lembaga Disiplin PKR supaya tidak membincangkan kedudukan Menteri Besar, semalam. -SK-

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...