Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 12 Ogos 2014

Fakta Mengenai KIDEX Dan Kaitannya Dengan Selangor YG Anda Perlu Tahu.


Apa itu KIDEX?

KIDEX ialah satu projek pembinaan lebuhraya Kinrara ke Damansara. Projek ini dijangka akan menghubungkan persimpangan Damansara - NKVE dengan lebuhraya Lembah Klang ke bandar Kinrara Selatan.

Panjang lebuhraya ini ialah 14.9 KM jaraknya. 

Anggaran kos bagi pembinaan projek ini ialah 2.42 billion ringgit Malaysia. 20% adalah modal yang dikeluarkan oleh syarikat manakala 80% datangnya dari pinjaman bank. KIDEX tidak mendapat modal daripada kerajaan persekutuan mahupun negeri dari segi PEMBINAAN LEBUHRAYA.

Apa tujuan pembinaan projek ini?

Untuk mengurangkan kesesakkan lalu lintas di sekitar Damansara, Puchong, Petaling Jaya, Lembah Klang dan Bandar Kinrara. Dengan singkatkan jarak perjalanan antara Damansara ke Kinrara dan sebaliknya sebanyak 25% (masa perjalanan) juga kurangkan kadar kesesakan jalanraya antara Puchong ke Petaling Jaya dan sebaliknya sebanyak 5% (jumlah traffic). Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof pula berkata, projek ini mampu mengurangkan kesesakan trafik di Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) sebanyak 20 hingga 30 peratus.

Siapa punya IDEA neh?

KIDEX ialah projek/cadangan/usul oleh KERAJAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA. Ia adalah keputusan MALAYSIA untuk melaksanakan projek ini atas alasan mengurangkan kadar lalu lintas di sekitar Damansara-Kinrara.

Putrajaya terlibat langsung dalam penganugerahan tender. Syarat kelayakan, pemilihan syarikat konsesi, pelabur, pelan pembinaan projek semuanya adalah hasil kerja dan pemantauan daripada 22 agensi persekutuan dan negeri. Antaranya, LLM = Lembaga Lebuhraya Malaysia, EPU = Unit Perancang Ekonomi, Agensi perancang lebuhraya, Kementerian pertahanan, kementerian kewangan, kementerian kerjaraya. Untuk rekod, pembangkang mengatakan projek ini dipilih berdasarkan rundingan terus, tapi CEO KIDEX menafikan hal tersebut dan mengatakan bahawa mereka menang bidaan berdasarkan open tender.

Siapa yang memiliki syarikat KIDEX SDN BHD?

KIDEX dimiliki oleh dua syarikat induk Emrail SDN BHD dan Zabima Engineering Sdn Bhd.

Dalam erti kata lain, Putrajaya yang anugerahkan tender kepada kedua2 syarikat induk itu sebelum membentuk KIDEX SDN BHD.

Apa kaitannya dengan UMNO?

Zabima Engineering = peguam UMNO, Datuk Hafarizam tersenarai sebagai pengarah syarikat dan juga pengerusi kepada Emrail.

Emrail Sdn Bhd = Isteri kepada bekas ketua hakim negara, Tun Zaki Azmi iaitu Toh Puan Nik Sazlina Mohd Zain tersenarai sebagai pengarah syarikat.

Bagaimana Tun Zaki dikaitkan dengan UMNO? Menurut hujah pembangkang (PR), kedua2 tokoh di atas terlibat dalam isu rampasan kuasa di Perak pada tahun 2009. Untuk rekod, projek ini mula diusulkan pada tahun 2010. Dan ianya mengambil masa selama 3 tahun untuk melakukan kajian hinggala kepada kelulusan dan penganugerahan tender.

Apakah reputasi kedua2 syarikat itu?

Zabima ditubuhkan pada tahun 1982 dan berpengalaman luas dalam bidang pembinaan manakala Emrail ditubuhkan pada tahun 1973 dan mempunyai kepakaran dalam bidang lebuhraya dan terlibat dalam projek2 seperti telekomunikasi, mekanikal, pembekalan tenaga elektrik. Kedua2 syarikat ini menurut kerajaan pusat mempunyai kelayakkan yang terbukti bagi membolehkan mereka membida projek tersebut.

Adakah projek ini mendapat persetujuan daripada kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran Khalid Ibrahim?

YA.

Pada tahun 2013, bulan november, KERAJAAN NEGERI SELANGOR telah menandatangani satu perjanjian konsesi dengan KIDEX SDN BHD.

Bagaimana KIDEX terkait dengan Selangor dan Tan Sri Khalid Ibrahim?

Kerajaan negeri Selangor secara prinsipnya bersetuju dengan pembinaan projek ini. Menurut salah satu artikel berita yang diterbitkan oleh SELANGORKU menyatakan bahawa TSKI bersetuju (melalui kerajaan negeri) kerana KIDEX akan mengurangkan kesesakan lalu lintas dan juga meningkatkan kadar kecekapan jalanraya di Selangor (MALAYSIA DIGEST).

Apa masalah pembangkang dengan KIDEX?

Isu atas kertas, isu depan rakyat, adalah berkenaan kebajikan rakyat yang akan menjadi taruhan. Juga kaitan projek ini dengan UMNO menjadikan mereka syak sesuatu.

Apa masalah rakyat dengan KIDEX?

Penduduk2 di Petaling Jaya telah berdemo agar projek ini dihentikan. Apa alasan mereka? Penduduk keliru dengan projek ini. Maklumat tidak jelas dan penduduk mengesyaki PUTRAJAYA menyembunyikan sesuatu maklumat penting dari mereka. Ini disokong dengan maklumat yang dibekalkan oleh TIA, kajian impact traffic assessement yang dijalankan oleh pemaju (KIDEX) bahawa kadar kesesakan traffic di 43 jalan di PJ hanya dapat dikurangkan sebanyak 5-6% berbanding anggaran mereka iaitu sehingga 30% banyaknya.

Percanggahan fakta ini tidak dapat menyakinkan penduduk. Mereka juga dilaporkan bimbang diarahkan berpindah untuk memberikan laluan kepada pembinaan projek tersebut. 3,000 penduduk di sekitar kemungkinan besar akan terjejas (arahan perpindahan) jika projek ini dilaksanakan.

Tanah yang akan diambilalih. Tol sudah tentu. Oleh kerana konsesi membina lebuhraya menggunakan modal mereka sudah tentu mereka mahukannya balik dalam bentuk konsesi tol selama bertahun2 lamanya. Berapa banyak lagi TOL yang rakyat SELANGOR perlu HADAP?

Tahu berapa lama konsesi tol dimeterai dalam perjanjian ini?

48 tahun lamanya. Hari neh anak kau lahir, 48 tahun selepas itu baru la jangka hayat tol tersebut akan berakhir. Itupun, kalau berakhir. Dan, itupun kalau mereka mampu hidup sampai 48 tahun. Untuk rekod, perjanjian konsesi tol paling lama dalam sejarah negara pun 25 tahun. 48 tahun? KIDEX pecah rekod.

380 lot tanah akan terlibat dalam proses pengambilalih bagi merealisasikan projek ini berkemungkinan besar menjejaskan ;

- Tun Hussein Hospital Eye

- Amcorp Mall

- Hilton Petaling Jaya

- Tropicana Mall

- Taman Datuk Harun

- Jalan Templer 

- Taman Medan Baru

- Bandar Kinrara

- SS2 Mall

Seseorang mungkin hilang kerja. Seseorang mungkin terpaksa berulang alik dengan lebih jauh, ataupun dekat dari tempat kerja, belajar mahupun ke rumah keluarga. Siapa tahu?

Menurut Ketua Pusat Penyelidikan Alam Sekitar Universiti Teknologi Mara (UiTM,) Prof. Dr. Ku Halim Ku Hamid ketika diminta mengulas mengenai dakwaan pembinaan Kidex mampu memberi kesan kepada alam sekitar, beliau berkata, pembinaan sesebuah lebuh raya bergantung kepada sejauh mana ia mengubah struktur persekitaran sedia ada di kawasan tersebut. Dalam isu Kidex, katanya, berdasarkan jajaran laluan yang telah dikaji dan dikemukakan, kebarangkalian timbul kesan ekosistem alam sekitar mungkin akan wujud.

“Jika dilihat kesesakan lalu lintas yang teruk di satu-satu kawasan mampu meninggalkan kesan alam sekitar yang serius ekoran pembebasan gas dan tenaga yang dibakar terlalu banyak, namun tiada pergerakan yang lancar," katanya. -MD-

Ciri2 utama KIDEX ;

- Kos pembinaan 2.42 dikeluarkan oleh pelabur (syarikat konsesi) dan kos pengambilalih tanah (rumah dan sebagainya) pula diuruskan oleh kerajaan pusat. Tahu tak pasal akta pengambilalihan tanah menurut perlembagaan negara? Baca sini. Kau akan tahu apa hak mereka ke atas kita. Melalak la seribu kali taknak sekalipun. Kau akan kekal melalak, disitu dan keseorangan.

- Kerajaan persekutuan melalui LLM akan berperanan untuk memantau, menyelia, dan menguruskan projek pembinaan tersebut dengan syarikat konsesi lantikan kerajaan (tender ditentukan oleh PUTRAJAYA).

- Jika tiada masalah (tinjauan umum) maka projek ini akan dilaksanakan bermula pada awal tahun 2015 dan dijangka siap pada tahun 2018.

- Lebuhraya sepanjang 14.9 km, mempunyai dua lorong dua hala beserta 3 meter bahu jalan, menghubungkan utara-selatan Lembah Kelang iaitu Damansara-NKVE Interchange, sebahagian daripada New Klang Valley Expressway (NKVE) di utara ke Bandar Kinrara di selatan yang bersambung dengan Lebuhraya Bukit Jalil melalui Bandar Utama, Kayu Ara, Damansara Kim, Petaling Jaya.

- Bypass kepada Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
- Sistem tol terbuka dengan 2 tol plaza “ramp” sedia ada di Damansara-NKVE (PLUS) serta 2 tol plaza utama di Jalan Harapan Seksyen 19 Petaling Jaya dan Taman Medan Baru/Taman Dato’ Harun
- Terdapat 7 “interchange” atau persimpangan iaitu Damansara-NKVE, Bandar Utama, Damansara-SPRINT, Lebuhraya Persekutuan 2, Taman Dato’ Harun-NPE, Kinrara-KESAS dan Kinrara-Lebuhraya Bukit Jalil
- Disebut-sebut sebagai “living skyway” yang pertama di dunia, teknologi hortikultural terkini digunapakai untuk membina lebuhraya lengkap dengan taman vertikal
- Bakal dikenali juga sebagai KIDEX Skyway kerana karakteristik “super elevated” atau struktur bertingkat lebuhraya ini – 40% dengan ketinggian 24 meter, 40% dengan ketinggian 16 meter dan 20% dengan ketinggian 8 meter atas tanah
- 90% daripada kepanjangan keseluruhan akan dibina di atas rizab jalan atau merentasi jalan atau lebuhraya sedia ada seperti Lebuhraya SPRINT, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), New Pantai Expressway (NPE), Shah Alam Expressway (KESAS), Jalan Puchong dan Jalan Semangat
- Melibatkan kawasan di bawah bidang kuasa ;
* Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) iaitu Petaling Jaya Selatan, NPE, Seksyen 52, Seksyen 14, Seksyen 13, Seksyen 19, Seksyen 17, Lebuhraya SPRINT dan Bandar Utama (hampir 90%). Untuk rekod, MBPJ telah menolak pelan pembangunan projek ini selama 3 kali atas alasan maklumat pelan tidak lengkap.
* Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) iaitu Puchong dan Kinrara (selebihnya)
- Pada 18 Julai 2013, Kerajaan Negeri Selangor telah menerbitkan satu warta bawah Seksyen 4 Akta Pengambilalihan Tanah yang membekukan transaksi melibatkan 3,784 lot tanah meskipun pemaju menegaskan hanya 380 lot yang akan diambilalih.
Dan, tahukah anda?

- Kos per kilometer bagi jalan ini ialah dianggarkan pada nilai 161 JUTA RINGGIT MALAYSIA. Jalan yang paling mahal sekali dalam sejarah negara ini.

Kau gila? Macam mana rakyat Selangor harus membayarnya semula?

48 tahun lamanya dengan kita tatau pula berapa kadar bayaran tol yang akan dikenakan. Sedangkan inila antara syarat utama yang perlu dikemukakan oleh KIDEX sebelum menjalankan projek. Buatnya mereka charge mahal2, macam mana?

Tapi, apakah kerajaan Selangor tidak boleh menghalang projek ini? Apakah peranan TSKI dalam menghalang projek ini? Kenapa dia tandatangani perjanjian konsesi KIDEX ini?

TSKI berpendapat bahawa projek ini dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas (SELANGORKU lihat rujukan).

Kerajaan negeri Selangor memberikan dua syarat iaitu ;

- Memastikan syarikat mendapat pembiayaian penuh sebelum menjalankan projek

- Lakukan tinjauan umum. 

Untuk penambahan, TSKI bersedia mendengar rintihan dan pandangan orang ramai secara terbuka. Dan kerajaan negeri juga memainkan peranan untuk membentangkan laporan telus dari kesemua pihak bersetuju atau tidak dalam projek pembinaan lebuhraya ini.

Menurut menteri kerja raya, projek ini tidak akan dilaksanakan jika tinjauan umum sebanyak 80% tidak berpihak kepada KIDEX.

Kerajaan negeri Selangor secara asasnya tidak boleh menghalang atau melarang mana2 projek kerajaan persekutuan yang melibatkan pembinaan infrastuktur seperti lebuhraya, jalanraya, sekolah, institusi awam seperti hospital. Kerajaan negeri hanya dibenarkan untuk menasihati jika terdapat keraguan tentang jumlah pampasan tentang proses ambilalih tanah. Kuasa kerajaan persekutuan dalam penyediaan prasarana adalah hampir mutlak. Namun, bukan la bermaksud kerajaan negeri tidak boleh bersuara langsung.

Mereka boleh mengemukakan sebarang keraguan berkenaan projek melalui agensi kerajaan negeri dan juga peranan pihak majlis seperti yang dilakukan oleh MBPJ yang tidak bersetuju dengan pelan induk akibat kegagalan KIDEX mengemukakan maklumat lengkap. 

Apakah pendirian aku?

Aku setuju bab melancarkan traffic. Aku setuju bab kemajuan. Aku tatau kalau ada orang nak guna air perigi. Mandi air sungai. Pergi kerja naik basikal tengah panas terik. Aku taktau kalau ada mereka yang berfikiran macam tue tapi aku taknak. Kalau ia boleh memberikan kebaikan pada rakyat, apa salahnya. Tapi, bagaimana projek yang sepatutnya memberikan manfaat pada rakyat di kemudian hari juga berperanan menyakiti ahti rakyat pada masa yang sama? Mereka bagi kita madu, mereka juga bagi kita racun, madu dan racun kita kena telan bersama2. Bagaimana ini boleh dikatakan memberikan manfaat dan kebaikan pada rakyat? Rakyat Selangor tidak mahukan tol. Tol yang sedia ada sudah menyakiti ahti kami. Berapa banyak tol yang perlu dibuat oleh kerajaan sehingga mereka benar2 berpuas ahti dengan keuntungan dan kekayaan? Maka, KIDEX sewajarnya ditolak. Aku tatau kewajaran apa yang digunapakai oleh TSKI untuk menandatangani perjanjian konsesi itu pada NOVEMBER 2013. Alasan aku.

- Siapa yang buat kajian tentang kos? Adakah kosnya benar2 2.42b ataupun markup price?

- Siapa yang boleh buktikan kosnya ialah 2.42b?

- Apakah sudah tiada cara lain seperti membesarkan jalan sedia ada ataupun bina jalanraya yang tidak menjejaskan penduduk?

- Kenapa tempoh konsesi selama 48 tahun? Apakah kadar caj permulaan? Adakah ianya akan dinaikkan secara berperingkat?

Jika KIDEX tidak di-edit sehingga TIDAK MEMBEBANKAN rakyat, maka elokla tolak projek neh. Projek yang memberikan manfaat pada rakyat tidak sepatutnya menjejaskan rakyat di kemudian hari. Jika ia menjejaskan rakyat, nampak sangat ia tidak la memberikan manfaat sangat sepertimana yang dijanjikan. 

Projek ini mungkin limpahan wang ringgit dan kekayaan pada pihak tertentu, tapi ianya adalah limpahan air mata rakyat Selangor. Cukup dengan tol, cukup dengan beban yang kami perlu tanggung sekarang neh dan jangan tambahkan lagi.

Dalam isu bank Islam aku mungkin diperlihatkan condong kepada TSKI atas nama tajuk, tapi dalam isu KIDEX aku akan melawan kerajaan negeri. Ingat, pegangan kita ialah fakta kes. Kita tak peduli bab individu. Ketahuila, kami sudah cukup penat dengan tol!

Rujukan :  http://en.wikipedia.org/wiki/Kinrara%E2%80%93Damansara_Expressway

http://www.kidex.com.my/faq.php

http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/kidex-contract-won-on-merit-through-open-tender-ceo-says

http://www.malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/505381-kidex-fakta-sebelum-membuat-keputusan.html

http://bm.selangorku.com/52806/kidex-antara-tuntutan-pembangunan-dan-aspirasi-rakyat/

http://m.utusan.com.my/Kota/20140401/wk_03/Desak-henti-projek-lebuh-raya

http://idaman78.blogspot.com/2014/04/dedah-umno-terus-kayakan-kroni-bekas.html

http://www.malaysiaharmoni.com/v2/index.php/berita-zon/tengah/3602-pembinaan-lebuh-raya-kidex-tetap-akan-diteruskan-

http://bm.selangorku.com/48441/projek-lebuh-raya-kidex-perlu-kajian-lebih-mendalam-untuk-manfaat-penduduk/

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...