Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 12 Ogos 2014

Penyelidik PAS, Zuhdi Cadang Kerjasama Dengan BN Di Selangor.

Ada yang cakap dia perli jek. Nak sindir Anwar perihal konsensus nasional. Ada pula yang cakap itu memang cadangan dia dari ahti. Entahla. Aku tak pasti. Aku baca dua, tiga kali juga. Rujuk sini. Tapi still tak faham motif utama kepada penulisan tersebut. Tapi soal kerjasama dengan UMNO jangan dibuat main2. Dengan UMNO segalanya kemungkinan. Dorang boleh musnahkan perpaduan dalam PAS dan tidak wajar lagi untuk PAS mempercayainya kredibliti UMNO khususnya di Selangor. 

Sedikit cadangan Zuhdi seperti yang dipetik dari portal berita (untuk versi asal rujuk link di atas) ;

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki menggesa Pakatan Rakyat mengambil jalan tengah dengan menubuhkan kerajaan campuran dengan BN demi merungkai krisis dalam pentadbiran negeri Selangor.

Beliau berpendapat bahawa langkah itu boleh dilaksanakan dengan mengekalkan menteri besar sebagai ADUN bebas dan memberi tanggungjawab bersama kepada pembangkang di negeri itu.

Langkah itu berdasarkan konsep perdamaian 'konsensus nasional' antara BN dan Pakatan yang giat dibincangkan selepas pilihan raya umum sebelum ini.

Zuhdi berkata, konsep perdamaian itu juga merupakan pertimbangan utama oleh Majlis Syura Ulamak PAS dalam memutuskan sokongan untuk menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar.

“Perkara ini juga menjadi intipati penting kepada keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang memutuskan untuk mengekal Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, atas asas kepentingan rakyat perlu didahulukan daripada kepentingan individu dan parti,” katanya. -MKINI-

Cadangan Zuhdi merujuk kepada ikatan kerjasama antara PR dan BN. Bukan antara PAS dan BN. Tapi seperti yang kita sedia faham, orang takan peduli bab tue. Yang orang nampak pakar penyelidik PAS maka cadangan akan dibaca sebagai PAS mahu bekerjasama dengan BN.

Aku nampak cadangan tersebut takan dipersetujui oleh PKR dan DAP. Ini kerana dorang memang sebulat ahti mahu mengantikan TSKI kepada DSWA.

Konsensus nasional ka negeri ka demi kepentingan rakyat ka jimat duit ka apa ka dorang peduli hapa. Boleh pergi mampos. Yang depa tahu nak gantikan TSKI aje. Percaya atau tidak, perkara ini akan menjadi besar. Geng2 PKR dan DAP akan membalon Zuhdi, PAS dengan melemparkan hujah2 berkaitan UG. Korang tengok aje la. Masalah pokok tak selesai. Kita gaduh dulu.

KAH KAH KAH

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...