Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 25 Jun 2014

Presiden PAS, Hadi Awang Dituduh Terbabit Dengan Rasuah??

Bukan rasuah duit secara direct. Tapi dirasuahkan melalui jawatan oleh orang2 penting Hadi Awang.

Macam ini pun boleh?

Sedapnya bercakap guna portal berita online untuk kutuk jemaah perjuangan sendiri. Memang dasar parti baling kerusi.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Demi kerusi sanggup lakukan apa sahaja walaupun tindakan tersebut memburukkan keadaan. Tak fikir panjang. Tak fikir apa orang akan cakap mengenai presiden PAS. Tak fikir apa penyokong2 setia PAS akan rasa. Tak fikir apa yang ahli2 PAS akan rasa. Tak fikir apa yang penyokong2 PKR akan rasa. Tak fikir yang mungkin penyokong2 PKR akan gunakan isu tersebut untuk tuduh presiden PAS dengan macam2 tuduhan. Tak fikir yang penyokong2 PAS dan PKR akan berlaga di internet lepas tue UMNO tepuk tangan. Ini semua kerja2 orang yang tak berfikir. Yang gila babi kemaruk kuasa dan projek. 

Itu yang beria2 nak kan sangat jawatan MB Selangor.

Sampai malukan diri sendiri.
Malukan parti sendiri.
Malukan perjuangan Pakatan Rakyat.

KAH KAH KAH

Baca ;

 
Walaupun sudah hampir setengah tahun sejak PKR memulakan pilihan raya kecil Kajang untuk mengeluarkan Tan Sri Khalid Ibrahim, namun Menteri Besar Selangor itu masih selesa di kerusinya hanya kerana satu perkara, iaitu hubungan baiknya dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata sumber Pakatan Rakyat (PR).

Walaupun PKR dan DAP terus menekan Khalid, sumber itu memberitahu The Malaysian Insider, Langkah Kajang itu tidak pergi ke mana-mana kerana Hadi sehingga kini masih tidak menyokong usaha untuk mengenepikan Khalid daripada kerusi tertinggi dalam negeri terkaya itu.

Mereka berkata, sejak berbulan PKR dan DAP membincangkan di kalangan mereka bagaimana mahu menggantikan Khalid dengan Presiden PKR yang juga Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, namun tidak disokong Hadi.

Ko gila?

Nak gantikan Khalid dengan presiden pacak paling popular di Malaysia, Wan Azizah?

Semua tak berani nak cakap. Sebab nak menjaga ahti. Itu yang jadi masalahnya bila kita semua rasa menjaga ahti itu lebih penting daripada menjadi jujur. Menjaga ahti memang la boleh menjaga ahti tapi jangan la sampai menekan diri untuk menipu.

Hakikatnya, Wan Azizah tak berfungsi langsung sebagai presiden PKR yang sepatutnya. Senang cakap tak memainkan peranan la. Kalau nak dikatakan gerak kerja, banyak lagi kerja2 yang Azmin buat sebagai timbalan presiden. Itu dari segi kerja2 kepartian. Betul ke salah ke perjuangan Azmin tunggang langang ke apa ke itu semua lain citer. Wan Azizah baik ke tak kacau orang ke tak terlibat rasuah ke apa itu semua sikap peribadi dia. Yang aku tumpu kat sini ialah presiden PKR tak memainkan peranan sebagai presiden PKR. Dia hanya jadi mak pacak kat situ. Baik. Tapi tak memainkan peranan sebagai ketua. Ketua yang terima arahan dari orang2 tertentu. Buat apa jadi ketua kalau macam tue.

HAHAHAHA..

Lepas tue lagi ada ahti nak gantikan Khalid dengan Wan Azizah?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KELAKAR NAK MAMPOS.

Tak cukup dengan presiden mak pacak. Perlu jadi MB mak pacak juga ye?

Kan bagus kalau la pakatan rakyat benar2 memahami apa yang penting ialah tujuan menang ialah untuk bantu rakyat. Hak2 rakyat dikembalikan. Kebajikan rakyat diutamakan. Perform di kawasan2 yang korang wakili. Turun padang. Buat kerja. Tukar cara baru untuk dekati penduduk. Ini zaman teknologi. Kita perlu ubah cara kita buat kerja dan selesaikan masalah. Bukannya bergaduh sesama sendiri macam HARAM.

Bukan aku nak backup si Khalid tue. Tetapi jika Khalid perlu digantikan, alternatifnya harus la lebih baik dari Khalid Ibrahim itusendiri. Bukannya ganti mat kedekut kepada mak pacak aka mak terima arahan.

Bukan semua keputusan Khalid tue betul. Banyak juga perkara2 yang mengarut dia buat. Tetapi caranya bukan singkirkan dia ataupun JV untuk pastikan dia jatuh dari kedudukan MB. Sebaliknya bersatu untuk  memastikan dia buat kerja2 dengan betul.

Apa isunya? Dia taknak keluarkan 3billion untuk bantu rakyat? Okay. Tekan la dia pasal tue. Tapi adakah korang tekan dia pasal tue? Yang korang tekan bab projek. Bab jawatan. Bergaduh pasal pemilihan. Apa neh? 

Rakyat. Nampak, perhati dan analisis tindakan korang.

Rakyat. Ada kuasa untuk mengundi tau.

2008 PR menang. 2013 pun PR menang. Menang 2 kali tak bermaksud menang seumur hidup tau.

Baca lagi ;

Bahkan para pemimpin tertinggi PR bertemu Hadi untuk membincangkan usaha menukar Khalid, tetapi pemimpin PAS itu menolak usaha itu, kata sumber PKR.

"Kami memberi semua bukti: kami beritahu beliau tentang lebuhraya Kidex, tentang rampasan Bible, kami memberi amaran PR boleh kalah di Selangor jika Khalid kekal sebagai menteri besar, tetapi beliau enggan mendengarnya.

"Hadi sangat menyokong Khalid, dan dalam PAS segala kata Hadi dipatuhi," kata pemimpin kanan PKR itu.

Pemimpin PKR itu berkata, Hadi diikat oleh Khalid melalui menantunya, Zaharudin Muhammad, yang dilantik sebagai pengurus kepada unit hal ehwal Islam dalam Perangsang Selangor, anak syarikat pelaburan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Khalid juga melantik Raja Idris Kamarudin, salah seorang yang rapat dengan Hadi, sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) KDEB, kata sumber itu.

"Sesiapa yang mengawal KDEB dan Kumpulan Perangsang, akan mengawal sumber kewangan di Selangor.

"Raja Idris juga adalah sepupu kepada Sultan, jadi dengan beliau bersamanya,  Khalid mempunyai kedua-dua istana dan PAS."

Sumber juga menambah bahawa Khalid menggunakan Raja Idris untuk mendedahkan maklumat – termasuk gerakan untuk menjadikan Anwar sebagai menteri besar Selangor – kepada abang Raja Idris, iaitu blogger popular Raja Petra Kamarudin.

Menurut sumber itu, Raja Idris mempunyai hubungan yang rapat dengan Hadi sejak Hadi menjadi menteri besar Terengganu lagi apabila Raja Idris dilantik sebagai orang penting dalam Amanah Saham Gemilang (ASG) dan CEO kepada TDM Berhad, anak syaraikat kerajaan negeri Terengganu yang paling besar.

Sumber itu juga berkata, golongan ulama dalam PAS juga lebih condong kepada Khalid.

"Banyak bajet negeri juga diberikan kepada Exco dari PAS; RM8 atau 9 juta diberikan untuk latihan yang terletak di bawah Exco Pendidikan, dan PAS bebas menggunakan dana itu sebagaimana mereka mahu," kata sumber itu.

Walaupun kumpulan Erdogan dalam PAS tidak senang dengan Khalid, mereka terpaksa mengikut kehendak Hadi dan kumpulan ulama, kata sumber PKR itu.

The Malaysian Insider juga difahamkan, semasa retreat DAP baru-baru ini, isu mengeluarkan Khalid menjadi topik hangat, di mana para pemimpin DAP berpendirian dia perlu ditukar segera.

"DAP bimbang kita mungkin kehilangan Selangor jika Khalid terus bersikap begini," kata pemimpin DAP kepada The Malaysian Insider, tanpa mahu namanya dinyatakan.

Katanya, sehingga kini, PAS menentang usaha ini tetapi mereka boleh mempertimbangkannya jika diberikan kerusi timbalan menteri besar sebagai jalan kompromi.

Sementara itu, langkah terakhir yang boleh dibuat oleh PKR dan DAP Selangor yang mahukan Khalid ditukar – termasuk kumpulan Adun Erdogan dalam PAS – adalah dengan cara membuat undi tidak percaya, kata sumber DAP dan PKR itu.

Tetapi ia boleh memberikan kesan negatif kepada PR, kerana PAS boleh meninggalkan pakatan itu begitu sahaja, katanya. -TMI-


Yang cuba disampaikan.

1. Hadi terikat nak buat keputusan berbeza sebab diikat (rasuah pangkat dan sumber kewangan) dengan kelebihan2 yang MB Selangor berikan kepada PAS. So Hadi akan stick bersama Khalid.

Bukan aku nak kata tindakan Hadi itu confirm betul. Tapi situasi sekarang, tindakan Hadi itu ada wajarnya. Aku tak sokong individu jadi MB. Aku sokong BUATKERJA jadi MB. Sapa pun jadi MB bukan isu pada aku. Khalid. Hadi. Anwar. Wan Azizah sekalipun. Tetapi MB mestilah seseorang yang track recordnya boleh buat kerja dan AKAN terus BUAT KERJA. Bukannya akan terus GRAB PROJECT untuk kayakan diri sendiri. 

2. Nak bagitau la yang si Hadi sokong Khalid neh sebab menantunya diberikan jawatan. Orang pentingnya juga diberikan jawatan. Jawatan2 itu pula memudahkan PAS untuk memerhatikan kedudukan kewangan negeri. Dan exco PAS pula diberikan dana untuk buat kerja. Dan bebas menggunakan ia semahu mahunya. 

Woah. Bagitau macam PAS ada akses sepenuhnya ke atas kewangan negeri Selangor je. Betul ke betul ke?

3. DAP bimbang hilang kuasa pada PRU ke 14 kerana membayangkan wakil2 rakyat PR dok bertelagah sesama sendiri akibat kedudukan.

Tak payah bimbang la DAP.

Selfie kan ada. Selfie sudah. Selesai masalah negeri dan negara ma.

KAH KAH KAH

Bagi aku la kan. Perebutan kuasa MB ini sesuatu yang menyakitkan. Oleh kerana aku pengundi Selangor, maka aku rasa isu neh memang BODOH nak MAMPOS.

Aku dan ramai lagi rakyat Selangor mengharapkan dengan perlantikkan PR di Selangor sebagai kerajaan negeri, dorang akan focus untuk selesaikan masalah2 berkaitan rakyat.

Tetapi apa yang paling banyak dorang buat ialah bergaduh sesama sendiri dan bergaduh macam2 demi kerusi MB.

Silap2 aku dan rakyat Selangor bakar juga kerusi MB itu nanti. Biar semua pun tak dapat. Macam haram jadah.

Ada banyak DUN di Selangor. Ada banyak masalah di Selangor. Masalah2 yang dihadapi oleh penduduk tidak dititikberatkan oleh wakil rakyat Selangor yang menang atas tiket Pakatan Rakyat.

Menang kawasan. Peruntukkan ada. Tetapi masalah rakyat tak selesai.
Menang kawasan. Peruntukkan ada. Tetapi rakyat nak adu masalah pun susah.
Menang kawasan. Peruntukkan ada. Tetapi idea2 rakyat untuk bangunkan penempatan mereka diabaikan.

Kan bagus kalau kita balon DUN2 di Selangor yang tak perform dari berebutkan kerusi MB tue. DUN2 yang tak perform inila yang memungkinkan PR Selangor hilang kuasa pada PRU ke 14 nanti. Kalau la PR Selangor memahami.. betapa HAPRAK dan HAMPEHnya mereka bila kita perhatikan mereka bergaduh2 angkara kerusi.

Nah kerusi satu.

P la berebut kaw2.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...