Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 24 Jun 2014

Ketua Pemuda DAP Hampir Dibaling Kerusi Di Tempat Awam..

Gila ah.

Sukan baling kerusi semakin popular sekarang neh. Dasat beb. Dasat.

KAH KAH KAH


Dalam kejadian lebih kurang pukul 10.00 pagi itu, Teo bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bahau, Chew Seh Yong (DAP) sedang bersarapan di sebuah kedai makan di Taman Meranti, Bahau.

“Tiba-tiba seorang lelaki dalam lingkungan usia 50an, menghampiri saya dan menumbuk dada kiri saya sebanyak dua kali.

“Selepas itu dia cuba baling kerusi ke arah saya, tetapi sempat dihalang.

“Anggota polis yang tiba dalam masa kurang sepuluh minit, berjaya mengawal keadaan dan menahan lelaki itu.

“Saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Seri Jempol dan saya telah menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jempol.

“Tidak ada patah tulang tetapi sehingga ke hari ini dada saya masih sakit, terutama apabila menarik nafas,” kata Teo.

Teo mengulas bahawa beliau tidak bercadang mengambil tindakan terhadap lelaki itu kerana mengganggap ia sebagai cabaran yang harus dilalui olehnya sebagai wakil rakyat.

“Saya mengenali lelaki ini sejak tiga tahun lalu semasa saya menjadi ADUN Bahau.

“Dia pernah datang ke Pusat Khidmat DUN Bahau ketika itu.

“Saya tidak pasti sama ada lelaki itu ada masalah kesihatan atau tidak, tetapi dia pernah meminta saya membuat satu kain rentang (banner), untuk menyatakan rasa tidak puas hati dia kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya tolak permintaan beliau kerana permintaan beliau tidak sesuai dan tidak masuk akal.

“Sejak itu, jika dia terjumpa saya dimana-mana, dia akan memarahi saya walaupun di hadapan khalayak ramai,” ujar Teo.

Teo berkata selepas kejadian ini, beliau akan mengambil langkah lebih berhati-hati terutama jika ada orang ingin menghampiri beliau. -FMT-

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...