Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 3 Jun 2014

Inila Luahan JAKIM Mengenai Isu Coklat Cadbury.


Apa yang JAKIM rasa?

1. Tertekan. Kiri kanan umat islam dok salahkan JAKIM.

2. Tertekan kerana penerangan demi penerangan tidak difahami oleh rakyat.

3. Tertekan juga sebab semua orang hanya mempersoalkan tindakan JAKIM tanpa memahami bahawa JAKIM sebenarnya tak dapat pun laporan asal yang tersebar tue. 

Keratan akhbar di atas merujuk kepada satu status facebook dari salah seorang NGO yang tersebar secara meluas di facebook yang JAKIM anggap mencemarkan intergriti dorang lalu dorang buat laporan polis.

Rujuk sini.

Luahan JAKIM ;

 
Apa yang JAKIM perlu faham. Jangan salahkan masyarakat dan tindakan mereka terhadap JAKIM. Masyarakat ada sebab yang jelas kenapa mereka mahu marah kepada JAKIM. 

JAKIM sebut ;

1. Laporan yang disebarkan tidak sampai kepada mereka.

2. Mereka tidak tahu menahu pun apa yang terjadi.

3. Lepas terima laporan, buat mesyuarat dengan KKM dan JAKIM terus gantung perakuan halal dari Cadbury.

Yakni, JAKIM dah jumpa dengan KKM terlebih dahulu dan bertindak gantung perakuan halal. JAKIM sebut akan lakukan siasatan lanjut berhubung isu tersebut. Kenapa masa tue JAKIM tak tanya KKM siapa yang bocorkan maklumat tersebut dan kenapa berdasarkan laporan itu KKM bertindak keluarkan PC yang CADBURY disahkan mengandungi DNA babi tanpa merujuk kepada JAKIM terlebih dahulu?

Takde link di antara kamu. Jangan la salahkan persepsi rakyat yang keliru.

Dan sekarang KEMENTERIAN KESIHATAN nak siasat individu mana pula yang pergi bocorkan maklumat di public. Rujuk sini.

Pendapat aku, jangan. Tindakan ini hanya memburukkan situasi dan menunjukkan yang KKM dan JAKIM sedang tertekan walaupun memang korang sedang dalam tekanan.

Haha.

Apa yang dah lepas tue lepas la. Apa yang penting masa hadapan. Bila dah jadi isu macam neh cuba semak semula.

1. Kenapa laporan tersebut dibocorkan kepada orang luar?

2. Apakah pihak yang membocorkan itu sudah cuba sedaya upaya untuk sampaikan maklumat tersebut kepada pihak atasan namun diabaikan?

3. Bukan kah sudah sampai masanya untuk KKM dan JAKIM kaji semula proses dorang menerima dan meneliti maklumat mungkin ada kekurangan kat mana2 sehingga pihak tersebut gunakan jalan alternatif bagi mendapatkan perhatian pihak2 berauthoriti?

4. Jika JAKIM dan KKM mahu rakyat jangan mempertikaikan kredibliti dorang kenapa tidak JAKIM dan KKM adakan perbincangan dengan masyarakat terus? Jumpa la. Buat forum. Di mana dalam forum tersebut masyarakat boleh mempersoalkan JAKIM dan KKM dalam isu yang sangat kontroversi ini. Dan jangan lupa. KKM asyik sebut sample tersebut disyaki tercemar. Jangan cakap aje. Sila buktikan bagaimana product tersebut boleh tercemar dan apakah jaminan bahawa ia takan berulang lagi?

5. Jika JAKIM mahu rakyat percaya proses mendapatkan sijil halal mereka sangat sukar, JAKIM boleh juga buka lawatan kepada orang ramai untuk beri peluang kepada mereka meneliti, memahami dan mengkaji proses bagaimana JAKIM menentukan satu2 barangan tersebut halal ataupun tidak. Katakan, JAKIM jemput 10 wartawan dari 10 syarikat media yang berbeza, kemudian jemput 20 orang awam yang mewakili pelbagai sektor untuk jadi pemerhati. 

Tak perlu la JAKIM sibuk jadi jurucakap Cads sana sini sebab siyes dah macam team marketing kepada Cads pula. Yang penting JAKIM hanya perlu buktikan yang pentauliahan halal hanya kepada product yang benar2 disahkan halal. Jika wujud kesalahan kat mana2, mengaku sudah dan perbaikila agar ia tak berulang lagi masa hadapan.

Isu sampingan yang JAKIM perlu peduli juga.

Selama neh JAKIM seringkali bias dalam menilai tindakan rakyat Malaysia yang tak pro kepada keputusan kerajaan dalam beberapa isu. Ini boleh jadi faktor pemangkin kenapa rakyat hilang kepercayaan terhadap JAKIM. Ada banyak isu2 yang membabitkan ISLAM dan nampaknya JAKIM kurang peka untuk menyelesaikan isu2 berbangkit dan apa kata kali neh JAKIM belajar dari kesilapan dan mula ubah mana2 yang patut diubah dan belajar terima pendapat dan kritikan dari masyarakat bagi meningkatkan kecekapan JAKIM dalam melaksanakan kerja2 mereka. Ada banyak kritikan2 yang pernah hadir untuk JAKIM. JAKIM jangan sombong bila orang bagi idea bagaimana JAKIM patut berperanan merenovasikan sistem bantuan kepada orang2 susah melalui baitumal dan pusat zakat. JAKIM jangan main politik bila rakyat berdemo kritik tindakan kerajaan. JAKIM jangan gunakan khutbah jumaat untuk bentuk persepsi tidak baik terhadap rakyat2 yang berjuang bagi pertahankan hak2 mereka. Ini tak adil kepada mereka2 yang tertindas. Apatah lagi sampai sanggup gunakan agama untuk hukum rakyat, dan gunakan agama lagi untuk halalkan tindakan pemimpin. Wajar ke begitu?

Jika JAKIM sudi berubah tiada sebab kenapa kita perlu bermusuh. Tetapi jika JAKIM masih angkuh dan ego serta terus terusan mempertahankan pemimpin2 yang zalim sehingga menjejaskan hak rakyat2 yang teraniaya maka jangan la marah bila orang hilang rasa hormat terhadap JAKIM. 

Kredibliti boleh dibeli namun kredibliti JAKIM di mata rakyat tidak boleh dibeli. JAKIM perlu berusaha keras untuk membuktikan yang mereka memang berkredibliti. Ini sahaja yang JAKIM perlu buat dan kita akan saling hormoni.

Last. Aku harap JAKIM belajar dari insiden neh. Aku pun bukan nak salahkan JAKIM dalam isu coklat neh sebenarnya. Tapi more untuk sedarkan JAKIM kenapa kredibliti mereka hancur di mata umat Islam. Kita neh badan berauothoriti. Ada kuasa. Boleh ubah dan pinda beberapa peraturan dengan usaha dan jalinan kerjasama. Masalahnya, adakah kita gunakan kuasa kita dengan betul ataupun kita hanya gunakan kuasa kita untuk mendapatkan lebih kuasa supaya menjadi orang2 yang berkedudukan tinggi? Adakah kita gunakan kuasa untuk bantu rakyat yang sepatutnya dilindungi di bawah JABATAN AGAMA ISLAM ataupun gunakan kuasa kita untuk bermain politik tanpa peduli pun jika kita telah mengadaikan hak2 rakyat? Lue fikirlah sendiri la JAKIM. 

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...